Wednesday, February 22, 2017

Short Trip To Melaka Part 2

Hi korang...

Okey kita sambung semula kisah short trip ni...gambar banyak sangat so disebabkan trip ni bulan December tahun lepas..lama gak dah..so kurang ingat sikit apa kejadian sebenar...harap korang x kisah kalau gambar - gambar di bawah tiada penerangan....yang penting aku anak beranak masuk ke museum dalam bangunan Stadthuys tu...cuma tak ingat museu tentang apa...tapi rasanya tentang jajahan Belanda, pas tu sejarah awal terbentuknya Melaka dan macam- macam lagi la...sampai bab perkahwinan orang Melaka pun ada...oh ye..nak masuk museum ni kami bertiga dikenakan bayaran Sorang RM5...kira murah la...berbaloi- baloi kata orang...


Penerangan tentang Bangunan Stadthuys


korang baca la eh...x yah aku salin dah



Orang - orang Melaka pada zaman ni pakar buat tembikar...






Nama- nama pemerintah dan tahun mereka memerintah


Penemuan Tarikh baru pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 1262


pakaian traditional majlis perkahwinan orang Melaka..


ini pakaian moden sekarang


Pekerjaan utama adalah Nelayan


Juga berdagang


Hepp...dah kenapa kakak Dania...


Mata wang di zaman tersebut...tak tahu la macam mana nilainya...

Selepas menimba ilmu dan ambil gambar sana sini...dah membaca apa yang patut...dah jelajah seluruh Museum yang ada 2 tingkat ni...kami pun keluar...pergi makan kat area situ jugak...panas terik buatkan kami jadi malas nak berjalan..nak cari makanan je...ekceli dalam museum tu banyak lagi gambar...tapi penuh gambar anak dara je...tak yah letak semua kot...well gambar tengah makan takde...masa tu tengah kelaparan sangat...

Lepas makan kami bertiga teruskan perjalanan ke Jonker Walk plak....

Kita sambung next entry....

20 comments:

  1. suka tgk baju adat pkwinan tu =D

    ReplyDelete
  2. sekali sekala belajar sejarah & tengok sejarah orang dulu2, best juga kan?

    ReplyDelete
  3. wee..xpernah sampai meseum ni walaupn dlu 3 thn kat melaka..:)

    ReplyDelete
  4. masa saya belajar dulu memang melaka bermula tahun 1400.. tak tahu buku sejarah sekarang dah ubah ke belum

    ReplyDelete
  5. Dania tengah menemuramah ya nak...hihi...
    Mendekati sejarah negeri lain seronok sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. Nanti balik lagi sekali nak pergi Muzium tu pulak.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga bawak anak-anak pergi melawat tempat bersejarah ni. Banyak informasi yang kadangkala kita tidak tahu

    ReplyDelete
  8. tak pernah msk pun sini wlupun rajin ke melaka tu .... asek pi kekapal dan muzium tentera tu je

    ReplyDelete
  9. Wah.. ada part 2 Rupanya.

    Dulu masa sekolah Cikla paling minat matapelajaran sejarah. Best sgt bila Belajar asal usul ni...

    Tgk mata Wang org dulu dulu, terfikir jugak macam manalah mereka berurus ni dgn 'matawang' besar mcm tu kan. Kita skng ni kalau duit syiling penuh dlm beg pun dh berat... *imagine jap


    Waiting your next entri...

    ReplyDelete
  10. Duduk melaka 6 tahun tpi tak pernah pun masuk muzium2 ni😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh, try la sekali..hahaha~ tp betul, tempat sendiri adakala rasa macam..................ok, xtahu..haha

      Delete
  11. tak pernah sampai kat muzium ni..menarikkknyaaaa...kat fb pun ramai yg update gambar muzium ni..

    ReplyDelete
  12. Suka tengok benda sejarah live gini..berbanding on book je

    ReplyDelete
  13. wah..adik pernah pergi sekali melaka..masa zaman kolej dulu..

    ReplyDelete
  14. sha taktau kenapa tapi sha memang suka masuk muzium haha

    ReplyDelete
  15. Berpuluh kali pergi Melaka tak pernah lagi masuk muzium ni kak. Bergambar depan muzium tu je yg pernah.

    ReplyDelete
  16. 3 tahun saya belajar kat melaka dulu, tak jejak pun kat muzium dia.. hee~

    ReplyDelete
  17. Siapa peminat sejarah, memang best jelajah dalam ni..huhu..
    Menambah ilmu pengetahuan kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......