Cuaca dari KL ke Melaka memang cantik je..panas lit lit...sampai mama kena migrain..so dapat la pi 3 tempat..nama pun short trip..melayan anak dara ni ha...ikut hati nak bawak dia naik river cruise tp x kesampaian sebab panas dan orang ramai..maklum lah masih cuti sekolah kan walau pergi hari biasa je...gerak dari KL awal pg sampai dalam pukul 10 lebih...mmg panas la..
Jom la tengok gambar2 Dania..
Dah macam Diva plak..siap ada kipas tangan
Amik je gambar tepi sungai ni..lagipun dh pernah naik river cruise..bersih sungainya masa ni..warna air pun biru..dah tentu air dirawat kan bagi tarikan pelancong.. Melaka River Cruise adalah ilham dan idea dari Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke 9 Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam. Beliau ingin melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St. Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.
Memang cantik2 tempat di area Sungai Melaka ni..memandangkan short trip ni untuk Dania maka memang sepanjang masa penuh gambar dia je la....mama tak kuasa nak bergambar sebab panas dan tengah migrain...papa pun malas nak layan mama bergambar...hahahaa...
Restaurant2 tepi Sungai Melaka...time ni macam blom buka...maybe diorang start bisnes petang kot..
Balai Seni Lukis Melaka merupakan pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang amanah warisan seni negara..pelbagai hasil seni oleh para pelukis tempatan dan luar negara dipamerkan disini untuk tatapan peminat seni lukis negara....Dania minat la..bila tanya nak masuk ke tak...tak nak plak...
Christ Church Melaka adalah bangunan gereja tertua di Melaka dan telah ada di Melaka sejak abad ke 18..
Zoom gambar dari luar....Dania tarik2 dh masa ni takut nak dekat sebab gereja..aduhai anak...kita bukan nak masuk pun..tengok dari luar je..gereja ni ada dalam matapelajaran Sejarah...sedikit sebanyak Dania dah tau kan..
Senarai- senarai paderi lelaki yang pernah berkhidmat di gereja ni...
Dania berlatarbelakangkan Christ Church Melaka...kat sini belek2 je hasil kraftangan yang dijual...blom nak beli lagi...
Kita singgah plak di Bangunan The Stadthuys..bangunan ini merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor yang di bina pada tahun 1650. Srruktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys adalah kompleks besar-besaran, dalaman bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan sekarang ianya di jadikan Museum Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Dipertua Negeri..
Papan nama Batalion Straits Settlements Volunteer Force..ada nama perwira melayu juga dalam senarai papan nama ni
Okeh...kita stop kat sini dulu...banyak plak bab2 sejarah mama nak kena rujuk...ni dah macam bukan Dania yang belajar ni...dah macam mama plak ulangkaji..hahaha...apapun..kami masuk dalam Muzium di bangunan The Stadthuys ni...part ni kita masuk next entry nanti ye...memang banyak gambar...mana yang aku ingat aku akan describe...kalau tak korang tengok gambar je la nanti...
Happy reading....
banyak tempat menarik di melaka sekarang ni
ReplyDeleteterlalu banyak yang menarik.. tak cukup sehari kalau pergi nih
Deleteselalu balik melaka pun tak berjalan sangat SA..suka dduk kampung kena angin tepi sawah..syok je..
ReplyDeletetepi sawah tu yang best.. huhuhuhu.. untunglah.. tak payah nak pi jauh-jauh untuk mencari ketenangan
Deleteyg cruise tu cikla dh naik dh. anak-anak mmg excited. sampai xnk turun. hihi
ReplyDeletehuhuhu.. malu nak cakap.. saya belum pernah naik cruise.. huhuhu
Deletetakpe.. nnti kalau dtg melaka jgn lupa naik tau...
Deleterindunya kat melaka ni!!!
ReplyDeletekalau rindu kena lepaskan kerinduan itu.. ayuh menuju ke melaka.. hehehe
Deletewah..bestnya ni...kg nak ke sini juga nanti... Dania dah besar panjang la...org sabah bilang sumandak
ReplyDeletememang kena masukkan dalam kalender percutian hehehe
DeleteHehehe seronoknyer bercuti .. meati kak dania happy dapat bercuti ngan mama..
ReplyDeletejom kita berseronok disana juga... rancangkan percutian bersama keluarga masing-masing
DeleteEh Dania Diva (DD).. kalau maknya stylo anak pun.ikut la. Part bawa anak jalan2 memang pcl setuju sangat.. Dalam negara pun ok la dulu..habiskan. Hihi. Pcl bab travel2 ni x teror sangat. Apa pun kita buat takat mampu jer.
ReplyDeleteBeruntungnya DD :)
setuju.. habiskan pusing dalam negara.. tapi kalau ada rezeki apa salahnya luar negara.. hehehe
DeleteLama dah tak g Melaka..seronok jalan2 kat Melaka..banyak tempat2 bersejarah kat sana..
ReplyDeletemelaka memang sangat bersejarah.. bandaraya bersejarah
Deletebaru juga datang melaka..cuti raya cina yang lepas ni...seronok explore tempat² baru...pergi musuem Art 3D tu ...seronok anak² bergambar
ReplyDeletebetul tu.. melaka memang banyak tempat seronok untuk ambik gambar.. banyak sangat tempat cantik-cantik
Deleteseronoknyaa bercuti ke Melaka...
ReplyDeletemelihat orang seronok bercuti.. kalau sendiri yang pergi tentu lagi timbul keseronokkannya
DeleteSebelum ni tak cukup corum kalau jalan dekat Melaka. Lepas ni akan kuusahakan semua anak2 ada sekali nanti walaupun hanya ibarat balik kampung.
ReplyDeletebalik kampung tu le yang seronok.. tempat orang lagi dikenang inikan pula tempat sendiri.. lagi le rindu..huhu
DeleteSeronoknyaa jalan jalan Melaka 😍 Nani tak pernah merasa lagi naik river cruise tu. Heheh. Next time kena ke sana lagi lah
ReplyDeletehehehe.. saya ingat saya sorang aje yang belum naik river cruise tu, hehehe ramai lagi belum rupanya
DeleteHappy Dania...Melaka byk tempat sejarah dan xpernah jemu ke Melaka.
ReplyDeletejangan pernah jemu.. sejarah nih kena jaga dan nikmatinya hehehe
DeleteYang penting Dania happy kan.. Nampak pun happy jer dia...Sweet sungguh bila dah besar ni anak dara SA.
ReplyDeletejom kita sama-sama hepi juga.. jom semua kita bercuti...
Deletekampung saya kat melaka. memang best kan melaka. pergi banyak kali pun tak bosan
ReplyDeleteuntunglah kampung kat melaka.. memang tak bosan punya
DeleteFamily dayah, kalau pergi satu2 tempat tu..memang cari tempat bersejarah jer..sebab memang minat nak tahu kisah dulu2..sama juga dengan melaka ni, kitorang masuk A famosa tu dekat 3 jam, tu pun x habis ronda and baca apa yang ada..haha
ReplyDeleteminat yang mendalam tu..ini kalau keluar periksa confirm detail jawapannya
DeleteOk Dania mama awak dah up entri..tunggu next pulak..aunty PC pulak teruja tengok ni..
ReplyDeletewahhhh.. semua orang ada cerita yang menarik untuk dikongsi
Deleteselamat bercuti sis.. :)
ReplyDeletejom kita sama-sama bercuti juga.. cuti-cuti malaysia
Deletekalau pergi jalan-jalan melaka seharian x cukup nak abiskan semua muzium paling kurang 2 hari hehe
ReplyDeletebawak tilam dengan bantal tidur kat muzium.. hehehe
DeleteBaru balik cuti2 dri melaka jugak tapi tak explore byk tempat sgt...saja cuti2 santai je...
ReplyDeletememang tak cukup kalau nak explore semua.. mahu makan sebulan hehehehe
DeleteDah lama tak pergi melaka. teringin nak pergi lagi.
ReplyDeletemoh kita ke melaka.. tapi jangan terperanjat kalau jumpa signboard Melaka Pindah.. melaka tak pindah.. itu nama tempat... hehehe
Deletemelaka.. bandaraya bersejarah.. memang tempat yang harus dikunjungi
ReplyDeletememang betul.. bandar hilir memang wajib kena singgah.. pendek kata seluruh pelusok melaka tu kena pi kunjung.. hehehe
ReplyDeletebudak.. hehehe.. kadangkala apa yang kita ajar itulah yang lekat dihatinya
ReplyDeletecantik sungai melaka.. patut la ramai pelancong
ReplyDeletepemandangan yang indah pasti akan ramai pengunjungnya
DeleteEh sama la kinah aritu gi melaka. Tapi takla explore semua. Pergi muzium samudera dengan muzium kastam. Nak pergi jalan jauh2 hujan pulak masa tu.
ReplyDeletenak explore semua? huhuhuhu.. banyak yang amat tempat menariknya.. tak cukup sehari kalau nak explore semua
DeleteRasa macam belajar sejarah balik. Hahaha. Short trip tetapi banyak jugak ilmu sejarah yang dapat ni ^^
ReplyDeletebelajar sejarah dengan menyelami sendiri sejarah tersebut sangat berbeza perasaannnya
Deletelama tak g melaka..sjak habis blajar dlu..:)
ReplyDeleteSaya juga dah lama tak kesana
Deletemelaka memang best..sebab banyak tempat bersejarah kan.
ReplyDeleteSangat bersejarah
Deletecantinya melaka, harap harap dapatlah pi melaka nanti
ReplyDeleteEsok ana ke melaka kak. Seminggu dekat sana ikut suami berkursus. Excited pula bila tgk gambar2 akak ni. Padahal setahun berkali2 ana ke melaka. Tp setiap kali pergi mesti byk tempat tak dan nak pergi especially di bandar sebab jalan sesak
ReplyDeletemanis dania ni.. hee~
ReplyDelete