Tuesday, February 21, 2017

Konflik Di Dalam Sebuah Persahabatan


Hi korang..

Hari ni aku nak bercerita tentang Konflik di dalam persahabatan...jarang sekali aku nak up entry tentang masalah perhubungan sesama manusia..tapi apa yang perlu kita ambil tahu tentang krisis ini...situasi yang berlaku dalam diam dan terus memusuhi dalam tidak sedar...tahu-tahu sahabat kita telah menjauhi kita tanpa kita sedar...

Selalunya krisis berlaku selepas menamatkan zaman pembelajaran di mana masing-masing meneruskan kehidupan dengan bekerja, berkahwin dan berpindah randah. Bila berlakunya krisis ini memang kita akan berasa sedih. Sahabat kita tidak lagi berada di sebelah untuk berkongsi suka dan duka..pernah ke aku alami situasi begini? Ye..pernah..walau berhubung kembali di media sosial tetap ada jurang. Permulaan yang mesra kerana bertemu semula setelah sekian lama sikit demi sikit tenggelam kembali. Sorang- sorang menjauhkan diri.

Kenapa berlakunya krisis?

1. Berkahwin

Meneruskan kehidupan selepas berkahwin, tiada masa berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya,anak dan suami.disebabkan ini berlaku krisis sebab tiada masa untuk berjumpa dan bermesra sebagai sahabat seperti zaman sebelum berkahwin

 2. Cemburu

Cemburu dengan kehidupan, kerjaya serta kejayaan sahabat sendiri. Kehidupan beliau bahagia dan berjaya berbanding diri sendiri

 3. Jarak jauh

Lokasi tempat tinggal berbeza dan perlu plan perjumpaan terlebih dahulu. Jarang berjumpa maka hubungan sampai disitu sahaja.Kekangan waktu menjadikan tiada masa untuk berjumpa

4. Stalker

Bertemu kembali bukan bermakna hubungan persahabatan terjalin mesra, ada yang add media sosial kawan2 semata2 ingin menjadi stalker,bila kehidupan salah seorang kawan lebih baik berbanding diri sendiri maka wujud perasaan atau fikiran negatif hingga mendorong ke arah membenci

5. Batu Api

Bertemu didalam media sosial walau dh berkurun lama tidak berjumpa tetap ada perasaan menjadi batu api sama seperti dizaman belajar dahulu. Orang sebegini perlu dijauhi. Tidak menjadi kawan pun takpe sebab tak rugi pun

6. Dendam Lama

Tanpa kita sedar kita sedikit berdendam ketika kita dizaman belajar hingga terbawa-bawa ke alam kedewasaan.

Diatas merupakan antara sebab - sebab yang aku nampak dalam berlakunya sesuatu krisis dalam persahabatan. Persahabatan sebenarnya membolehkan kita berinteraksi secara positif tanpa sebarang tekanan.Pada pandangan aku balas dendam bukan jalan keluar kepada permasalahan ini. Pada pandangan aku perkara atau dendam lama tidak berkaitan seeloknya bila bertemu semula,ambil peluang untuk duduk berbincang dan tamatkan krisis yang pernah berlaku. Kalau tiada penyelesaian dan sebaliknya...terpulang pada diri masing-masing..sedangkan nabi ampunkan umat..inikan pula kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan..

30 comments:

  1. hmmm memang dalam persahabatan ni selalu jumpa ada yang tak jujur, dengki dan jenis tikam belakang. kita kena pandai pilih kawan, itu yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm.. pilih punya pilih dapat yang busuk juga.. hik hik hik.. yang penting redha

      Delete
  2. Betul tu. Ana dah alaminya. Takde sorang pun yang stay sampai skrg walaupun dulu rapat serapatnya. Mungkin ada hikmah. Ana tak pernah menyesal atas apa yang berlaku. 😘

    P/s: Kadang2 kawan dalam alam maya rasa lagi rapat. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jauh kita rapatkan ... yang dekat kita serasikan.. hehehe

      Delete
  3. Seeloknya cari kawan yang betul betul nak berkawan dengan kita kan kak. Tak best jugak bila dah lama berkawan tetiba ada konflik. Lepas tu nanti bermasam muka apa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni dia nak berkawan.. esok lusa kita bukan seorang peramal.. bertawakal.

      Delete
  4. Seeloknya cari kawan yang betul betul nak berkawan dengan kita kan kak. Tak best jugak bila dah lama berkawan tetiba ada konflik. Lepas tu nanti bermasam muka apa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya dah lamalah yang timbul konfliknya tu.. huhuhuhu

      Delete
  5. Anak-anak sekarang senang sebab sebelum berpisah lagi dah ada FB/weechat/whatsapp/Insta tak macam kakak dulu hp pun tak ada SA. Itu bila jumpa dan ujudkan group whatsapp kami reunion. Syukurnya tak pernah bermusuh jadi eratnya macam masa belajar dulu. Seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali jumpa tu yang seronok.. hari-hari jumpa macam jemu pula.. hehehe

      Delete
  6. krisis dalam persahabatan itu adakalanya tak dapat dielakkan. Pokoknya selama mana kita nak simpan dendam tu dalam hati kita...kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dendam jangan simpan dalam hati.. nanti jadi barah.. merana diri.. huhuhuhu

      Delete
  7. Replies
    1. suka, kita sama-sama tersenyum.. duka, kita sama-sama menangis..

      Delete
  8. betul jugak tu. cikla masa sekolah dulu mmg ada kwn yg rapat. adalah beberapa org. tp bila dh habis sekolah , masing2 bawa haluan memasing mmg dh lost contact. walaupun macam SA cakap berhubung balik melalui media sosial pun x sama 'kemesraan' nya mcm dulu kala...

    bertabahlah... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semesra dulu pun takpe.. asalkan jangan terputus tali silaturahim

      Delete
  9. takkan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.. hurmmmm.. konflik dan krisis memang tak dapat elak.. tapi jangan sampai putus saudara

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak SA. Semasa zaman belajar dulu kaulah sahabat kaulah teman. Tapi lepas habis belajar semua tu dah tak wujud lagi. Biasalah masing-masing sibuk dengan urusan. Rindunya zaman dulu. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa boleh diputarkan balik.. pasti banyak kesilapan kita dapat perbetulkan kembali..

      Delete
    2. Betul tu azman arsad. Apa pun kita kena terus pandang ke hadapan

      Delete
    3. Apa yang lepas jadikan pengajaran dan pengalaman hidup untuk dijadikan panduan masa depan.

      Delete
    4. Tapi ramai yang gagal mengambil pengajaran.. Leka dan lalai dalam kehidupan

      Delete
  11. takut sangat kalau tali persahabatan sekarang ni terputus sebab sayang sangat-sangat..huhu

    ReplyDelete
  12. Point Batu api dan dendam tu bahaya. Tak tahu la, kadang orang kita tengok depan baik.. Bila kat belakang.. Hurmmm

    ReplyDelete
  13. jangan mudah tersinggung.. sentiasa bersangka baik.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  14. Bukan semua boleh jadi sahabat baik yang boleh simpan rahsia kita sebaiknya.. macam kita.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. macam saya kak..kawan saya selalu tak puas hati dengan saya..hurmm..tapi saya jenis malas nak layan..dia marah saya speaking..dikatanya berlagak ,sombong..dekat saya..hurm..tak semua orang suka apa yang kita buat kan..

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah setakat ni, sha dan kawan kawan walaupun masing masing sibuk dan jauh tapi bila balik kampung wajib jumpa hehe

    ReplyDelete
  17. Semua point tu betul kak. Sedih pulak kdg2 bila teringat betapa rapatnya dulu tp skrg masing2 dan berkahwin dan jauh, hubungan pun jadi renggang. Tapi takde yg sampai berdendam. Kadang2 tu wassap juga lah. So far ok je.

    ReplyDelete
  18. saya tak ramai kawan.. tapi yang ada nih cukup lebih dari baik.. hee~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah