Thursday, January 5, 2017

Panduan Berguna Untuk Mangsa Banjir

                                                        gambar sumber google.com

Banjir yang melanda akan mengakibatkan ribuan keluarga terpaksa bersesak di tempat perlindungan 

yang sememangnya tidak mampu menampung segala keperluan mereka.Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya penyakit bawaan air dan udara yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.
Terdapat pelbagai langkah penjagaan kesihatan yang perlu diambil bagi mereka yang terjejas akibat banjir demi mengelakkan dari penyakit bawaan air yang berbahaya seperti Taun, Kolera, Demam Kepialu, Cirit birit,E- Coli, Tifoid, HFMD serta Hepatitis A.

gambar sumber google

Panduan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan Banjir

Perkara Digalakkan:

  •        Masak air sehingga mendidih untuk diminum dan digunakan dalam masakan.
  •        Masak setiap makanan secukupnya
  •       Tutup semua makanan
  •        Buang sampah di tempat yang betul
  •        Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
  •        Menjaga kebersihan kawasan sekeliling
  •        Guna tandas yang sempurna
  •        Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doctor
  •        Dapatkan rawatan segera sekiranya cirit birit dan muntah- muntah
  •        Memakai topeng muka sekiranya batuk

Perkara Perlu Dielakkan :

    •    Makan makanan mentah seperti sayur- sayuran yang belum dimasak dan ulam- ulaman
    •    Makanan terdedah
    •    Bermain dan mandi dalam air banjir
    •    Minum air secara terus dari air paip sebelum dimasak
    •    Menyentuh dawai elektrik yang terjatuh dalam air
    •    Berjalan didalam air banjir kerana dikhuatiri terjatuh kedalam longkang, lubang,              terpijak benda tajam atau lemas
    •    Meninggalkan rumah tanpa mematikan suis elektrik utama.
 
Sepanjang musim banjir ini adalah digalakkan mengikut garis panduan yang disediakan. Penduduk perlu mengambil langkah berjaga- jaga supaya keselamatan terjaga dan tidak menjadi mangsa perkara yang tidak diingini.

Keselamatan kita dan keluarga adalah tanggung jawab bersama

11 comments:

  1. harap mangsa banjir dpt baca blog SA ... hp ada bateri dan powersupply tak kena off sbb banjir ni .. hehehe

    tp waktu banjir mmg byk penyakit berjangkit .... good tips SA

    ReplyDelete
  2. kena extra careful bila banjir ni

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka yang dilanda banjir tabah menghadapi dugaan Allah SWT

    ReplyDelete
  4. Semoga mangsa2 yang terlibat dgn banjir ini akan terus tabah..Ingat segala panduan yang diberikan..

    ReplyDelete
  5. takot ekk kalau2 la terlibat dlm banjir.
    minta2 dijauhkan la.
    aida risau.
    risau kan kereta.
    brg elektrik.
    karpet :) ha ha ha...
    and nyawa ler ofkos.

    ReplyDelete
  6. Good tips. Boleh diamalkan apabila berlaku banjir... Semoga dijauhkan la banjir yang teruk di Malaysia...Amin.

    ReplyDelete
  7. Sekarang nie tempat Sha nie musim hujan.. harapnya tak adalah yang banjir sebab bomba dah mula berjaga jaga.. bagus tips yang akak share nie..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......