gambar sumber google.com
Banjir yang melanda akan mengakibatkan
ribuan keluarga terpaksa bersesak di tempat perlindungan
yang sememangnya tidak
mampu menampung segala keperluan mereka.Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah
kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya penyakit bawaan air dan udara yang
boleh menyebabkan komplikasi yang serius sekiranya tidak ditangani dengan
sewajarnya.
Terdapat pelbagai langkah penjagaan
kesihatan yang perlu diambil bagi mereka yang terjejas akibat banjir demi
mengelakkan dari penyakit bawaan air yang berbahaya seperti Taun, Kolera, Demam
Kepialu, Cirit birit,E- Coli, Tifoid, HFMD serta Hepatitis A.
gambar sumber google
Panduan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan Banjir
Perkara Digalakkan:
- Masak air sehingga mendidih untuk diminum dan digunakan dalam masakan.
- Masak setiap makanan secukupnya
- Tutup semua makanan
- Buang sampah di tempat yang betul
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Menjaga kebersihan kawasan sekeliling
- Guna tandas yang sempurna
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doctor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya cirit birit dan muntah- muntah
- Memakai topeng muka sekiranya batuk
Perkara Perlu Dielakkan :
- Makan makanan mentah seperti sayur- sayuran yang belum dimasak dan ulam- ulaman
- Makanan terdedah
- Bermain dan mandi dalam air banjir
- Minum air secara terus dari air paip sebelum dimasak
- Menyentuh dawai elektrik yang terjatuh dalam air
- Berjalan didalam air banjir kerana dikhuatiri terjatuh kedalam longkang, lubang, terpijak benda tajam atau lemas
- Meninggalkan rumah tanpa mematikan suis elektrik utama.
Sepanjang musim banjir ini adalah digalakkan mengikut garis panduan yang disediakan. Penduduk perlu mengambil langkah berjaga- jaga supaya keselamatan terjaga dan tidak menjadi mangsa perkara yang tidak diingini.
Keselamatan kita dan keluarga adalah tanggung jawab bersama
good tips
ReplyDeletetips berguna SA
ReplyDeleteharap mangsa banjir dpt baca blog SA ... hp ada bateri dan powersupply tak kena off sbb banjir ni .. hehehe
ReplyDeletetp waktu banjir mmg byk penyakit berjangkit .... good tips SA
kena extra careful bila banjir ni
ReplyDeleteSemoga mereka yang dilanda banjir tabah menghadapi dugaan Allah SWT
ReplyDeleteSemoga mangsa2 yang terlibat dgn banjir ini akan terus tabah..Ingat segala panduan yang diberikan..
ReplyDeletegood info ni
ReplyDeletetakot ekk kalau2 la terlibat dlm banjir.
ReplyDeleteminta2 dijauhkan la.
aida risau.
risau kan kereta.
brg elektrik.
karpet :) ha ha ha...
and nyawa ler ofkos.
Good tips. Boleh diamalkan apabila berlaku banjir... Semoga dijauhkan la banjir yang teruk di Malaysia...Amin.
ReplyDeletenice tips kak SA :)
ReplyDeleteSekarang nie tempat Sha nie musim hujan.. harapnya tak adalah yang banjir sebab bomba dah mula berjaga jaga.. bagus tips yang akak share nie..
ReplyDelete