Jom baca petikan artikel yang aku share dari website Sinar Harian Online dimana undang- undang ini telah di aplikasikan di Perachis. artikel ni sangat menarik dan buat aku terpanggil untuk share kat blog..mungkin boleh kita bincangkan secara mendalam kan...sharing is caring....
source from pinterest.com / google
PARIS - PERANCIS. Pekerja di Perancis kini boleh menarik nafas lega selepas undang-undang baharu yang melarang syarikat mengganggu pekerja selepas waktu pejabat dikuatkuasakan, hari ini.
Menurut laporan BBC, undang-undang yang diperkenalkan pada Mei lepas memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.
Ketika undang-undang tersebut baru diperkenalkan, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat.
Pekerja juga didakwa tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.
Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.
Sumber : Sinar Harian Online
setuju..cik nor slalu kna bebel wlapon lps waktu kerja..huhu
ReplyDeleteAkak bias agak kena
DeleteBab ni saya setuju tanpa protes.. Kalaupun majikan perlukan, majikan mesti beri elaun setimpal utk kerja luar waktu pejabat.
ReplyDeleteSetuju dengan pcl
DeleteKinah dlu pun lepas office hour ada je yang cari. Jadi lepas punch card terus cabut. Takdanya nak tunggu situ. Bukannya dapat claim ot pun
ReplyDeleteKalau dpt elaun kerja lebih masa boleh la dipertimbangkan..ye tak
Deletewow!tapi dkt sini...hmmm...tapi x semua la...ade sesetengah nya masih lagi mencari after office hour..
ReplyDeleteBetul tu Nieyl..ikut boss gak kan
Deletee'in setuju kalau malaysia ade undang2 mcm nie!! setuju sgttttt.. sbb bos e'in skrg nie mmg suke kacau lps waktu keja.. :'(
ReplyDeleteAlahai..kesian E'in
DeleteKalau boleh memang tak mahu diganggu bila dah keluar pejabat
ReplyDeleteTapi ada certain tu memang tak boleh dielak.
SA akan claim overtime kalau kerja time cuti..contohnya bab uruskan travel boss
DeleteMacamana pulak kalu company buat rules... Waktu pejabat tak boleh buat urusan peribadi? Sila amik cuti kalu nak buat urusan peribadi gitu?... Imagine... Matiklah kalu tak boleh jawap any call or msg dari mak pak, anak, jiran, sedara mara, tok nenek pada waktu pejabat! Tak boleh berlari curik masa even sekejap... Mampu? Ha Ha Ha...
ReplyDeleteCompany SA skrg mmg mcm tu, x bleh buat kerja peribadi waktu opis..kalau perlu kena amik half day atau cuti terus..rasanya company lain pun sama..kami dh biasa ikut peraturan mcm tu..
Deleteikut pendapat individual, ada jugak yang memang suka buat kerja office after office hour. masa tu jugaklah dia nak reply email dan sebagailah.
ReplyDeleteAda jugak yg jenis mcm tu..dh petang baru ada semangat nak bekerja..kat opis SA ni biasa macam tu..
DeleteBab ni biasa kena
ReplyDeleteHehehe kan kan .. tak best laa kdg2 daa abih kerja masih lagi dpt call la apa la suh buat kije walaupon masa tu time kita ngan keluarga..
ReplyDeleteWahhh bestnyaa kan...entahlah tp kerje kt msia ni boss selalu pelik2 sikit x sporting hehe
ReplyDeletetk pernah juga buat blk keje ke umh..paling stress tgh cuti dpt cal dr opis...kdg2 mlm2 pn bos whatsapp adoi bertabah la...
ReplyDeleteBagus juga buat gini..
ReplyDeleteSebab kadang2 ada setengah majikan suka ambil kesempatan..
Tempat kerja Sha ok je.. hehehe
tengok apa position kot. ada sesetengah memang kena on standby kan and on course ada extra claim la. handphone topup semua disediakan. Tapi ada sesetengah tu suka suka je nak kacau. orang cuti ke apa ke semua nak kacau. adoi
ReplyDeleteblh stress ohhh dganggu slps waktu pjbt, grrr
ReplyDeletekalau kerja kilang susah sikit, sebab production 24 hours..huhu T_T
ReplyDeletepada aida, memang tak nak diganggu lepas waktu keje.
ReplyDeleteitu waktu kita dgn diri sendiri & famili.
seperti juga waktu keje, surely bos tak nak kita campur dgn hal umah, kan?
maka kena faham la :)
but tgk situasi la. if perlu. ok aje.
Depend pada pekerja. Ada sesetengah orang suka bekerja waktu kerja dan tak mahu diganggu lepas waktu kerja dan ada juga sebaliknya.. Haha
ReplyDeleteMasa kerja di audit firm dulu mmg dh biasa kena call atau msg. Stress juga kdg2 lagi2 bila kita audit company client yg rapat dgn boss. Semua nk cpt padahal pending dr client. Kalau masa tgh holiday pun kena ganggu kak. Pernah tgh berendam dekat tasik dayang bunting PA bos call, berhuhu je la masa tu. Hehe
ReplyDeletealhamdulillah la sha takpernah diganggu malam malam pasal kerja hehe
ReplyDeletewajib buat kak Msia ni hehe. Baru majikan fhm
ReplyDelete