Tuesday, January 31, 2017

Harga Baru Petrol February 2017..Naik Lagi???


Minyak naik lagi...!!!

Stress la weh...asyik naik jer..tak turun pun...lepas minyak naik ni confirm harga barang2 kawalan pun naik...tak percaya tengok la...paling sakit hati ada plak yang rajin sangat buat FB Page Fake KPDNKK...diorang ni dah takde kerja ke ha?


Orang dah la sakit hati dengan berita kenaikkan harga minyak, dengan pi Petron nak isi minyak beratur panjang, dengan perangai sesetengah x reti nak beratur ikut giliran, sampai turn tetiba card credit decline, weh..dah bayar dah kot kad kredit..apehal decline plak...call bank, bank cakap takde masalah maybe offline sebab dah banyak angat orang guna kad kredit...macam tak logik je kan?Baca plak update kengkawan kat FB banyak pulak version, sekejap naik sekejap turun sampai tak tau mana satu nak percaya....

Haih...kalau macam ni semua boleh NAIK MINYAK la...walau aku pi kerja balik kerja naik MRT pas tu naik feeder bus tak bermakna aku tak isi minyak kan...nampaknya semua kena naik pengangkutan awam la...senang..tak perlu nak isi minyak hari- hari dah....

The January 2017 Giveaway by Mek Zumbie


Klik Banner untuk join

Syarat-syarat untuk join Giveaway ni ialah :

1. Korang perlu follow blog ini 😘

2. Korang perlu letak tajuk entri GA ini iaitu - The January 2017 Giveaway by Mek Zumbie.

3. Korang perlu letakkan banner GA itu, dan  backlink kan kepada entri ini.πŸ‘Œ

4. Di dalam entri untuk GA ini, korang perlu taip entri yang menyatakan dengan menarik tentang apa satu benda wajib yang korang nak buat, akan buat atau terfikir nak buat pada tahun 2017πŸ˜‰.

"Untuk tahun 2017 ni SA ada 2 benda nak buat dan harap allah makbulkan...yang pertama nak tamatkan zaman ibu tunggal yang SA dah sandang lama sangat dah..dah 11 tahun lebih dah..dan yang kedua nak travel berdua ngan anak dara SA iaitu Dania, x kira dalam atau luar negara...insyaallah andai allah permudahkan...amin..."

5. Selesai semuanya, dah post entri. Korang boleh komen dekat entri ini, dan sertakan sekali address entri korang itu yer 😌.

6. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri yang menarik pada pandangan aku 😎. Jumlah pemenang dan hadiah akan di-update kemudian😘.


P/S Giveaway  akan berakhir pada hujung bulan Januari tauuu😘

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

Klik Banner Untuk Join



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY :

Copy Banner diatas dan buat tajuk entri :

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

Follow semua yang ada dibawah ini:





TARIKH MULA : 1 FEBRUARI 2017

TARIKH TAMAT : 14 FEBRUARI 2017

Giveaway Sephia by Nik Ainaa

Klik Banner Untuk Join


CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:


1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

5- Tinggalkan LINK ENTRY di ruangan komen sahaja.


TARIKH TAMAT : 19 FEBRUARI 2017

Dari Dapur Suriaamanda

Hi korang...

Post wajib aku minggu ni...sajer share ngan korang..Apa cerita weekend korang..macam mana cuti?
pada yang pergi berjalan tu untung la...bukan apa aku lepak kat rumah je..tak keluar rumah langsung..tak tau la kenapa malas giler nak keluar.. Mak Abah pi shopping pun aku malas nak ikut..lepak tengok tv layan maraton citer ntah apa2 drama kat Tv tu..Papa Ricky ke apa ntah tajuk citernya...pas tu layan Sayang Papa Saya Tak...rasa macam mengarut tapi memang takde cerita...then aku masak la...menu kat bawah ni bukan aku masak sorang..ada menu adik ipar aku masak dan adik aku masak gak...ikutkan ada lagi menu aku masak..sweet sour ikan bawal hitam tapi tak amik gambar...lupa..

Jom la korang tengok gambar....


Ikan Bawal Emas Masak Kari


Sup Kaki Ayam


Laksa Perlis ( Adik ipar buat)


Kuah Laksa Perlis


Pucuk Paku Goreng Ikan Masin


Telur Dadar Tomato

So far itu je la masakan aku dan adik aku weekend lepas...walau cuti CNY tapi aku tak gantung kuali eh...masak tetap masak...scroll FB tgok ramai tul buat BBQ...adik beradik aku x berkumpul kali ni so takde la plan nak buat BBQ..ngan dua2 tengah preggy, sorang nak meletup dah...sorang lagi bulan 6 nanti...so kalau nak harap aku sorang mmg la x larat de...next time la buat...giler lama x gathering dan x buat BBQ...ntah bila la nak buat lagi....

Semarakkan Kasih Sayang Dengan Jayeon Aloe Vera Gel

Sentuhan Kasih Sayang Dengan Jus Asli Aloe Vera

Product Aloe Vera Gel keluaran Jayeon merupakan salah satu product terbaik yang di import dari Korea. Jayeon menjanjikan product yang berkualiti tinggi dengan 100% dari bahan semulajadi aloe vera terpilih agar mendapat tempat di hati wanita Asia yang sangat mementingkan kecantikkan kulit.
Peka dengan keperluan wanita Jayeon memperkenalkan Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel December 2016 dengan harga mampu milik RM19.90.


Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit sensitif dengan bauan yang lembut dan menenangkan. Gel yang sejuk, segar dan lembut meresap ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Sesuai digunakan untuk seluruh tubuh anda tanpa sebarang kesan sampingan. Ianya juga bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral.

Kandungan
  1. Rosemary Leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
  2. Green Tea Leaf : Antioksidan
  3. German Chamomile Flower / Leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
  4. Aloe baradensis Leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
  5. Byungpul Extract : Membaiki dan melegakan kulit
  6. Licorice Root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
  7. Mulberry Root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
  8. Artemisia Absinthium (wormwood) Extract : Anti bakteria dan melegakan kulit

Cara Penggunaan : 

Langkah 1

Setelah membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan.
Langkah 2

Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.


Fungsi Aloe Vera Gel

  1. Melegakan  dari Selaran Matahari
  2. Meredakan ruam serta kegatalan pada kulit
  3. Meredakan
  4. Antipenuaan
  5. Bertindak Sebagai Pelembap
  6. Merawat Jerawat



Semarakkan kasih sayang seorang ibu dengan usapan dan urutan lembut aloe vera gel pada anak gadis SA iaitu Dania. Setiap hari dirinya terdedah dengan cahaya matahari kerana menjalani pelbagai aktiviti sekolah especially bersukan. Kulit menjadi agak kering dan tiada kelembapan. Sapuan gel dan urutan memberikan kesegaran pada kulit Dania tanpa rasa melekit. Gel Aloe Vera meresap dengan lembut dan memberikan ketenangan kepada Dania. Bau yang lembut dan segar membuatkan Dania selesa tanpa sebarang tekanan serta memberi kualiti tidur yang nyenyak setelah penat dengan aktiviti seharian. Jayeon Aloe Vera Gel memberi sentuhan lembut seiring kasih seorang ibu menjadi peneman sepanjang hari.


Details selanjutnya anda boleh layari :

Website: www.jayeoncosmetics.com
Facebook: www.facebook.com/jayeoncosmetic
Instagram: @jayeoncosmetic

Monday, January 30, 2017

Sardin Ayam Brand Mackerel Pilihan SA

Hi korang...mesti korang tengah seronok berjalan sana sini kan..syoknyaa cuti lama pi berjalan sana sini..aku hari ni dh balik KL semula..tak berjalan kemana pun..
Tak tau nak cerita apa meh la citer pasal sardin Ayam Brand Ikan Mackerel all time fav aku ni..la ni mahal giler ok sardin Ayam Brand..dulu merasa la satu tin RM5- RM6....sekarang mana nak dapat, paling murah pun RM8.20..kenapa aku pilih jenama Ayam Brand..jenama lain kan banyak..erm..dh aku membesar dengan jenama ayam brand..cuba gak jenama lain tapi macam x kena plak ngan tekak..


All time fav aku ikan makerel..ada orang x suka sebab ikan dia keras..ermm aku x tau la citarasa org x sama kan..setakat ni ok je aku makan..lembut je ikannya..kena pandai cara masak kot...

Style aku tumbuk cili banyak2, bawang putih, bawang merah dan hiris bawang besar..bahan tumbuk tadi tumis sampai agak garing..masukkan bawang besar...lagi pedas lagi bagus..perahkan sebiji limau kasturi utk bagi hilang hanyir dan sambal sardin jadi sedap


Alaaa gegar plak gambar sambal sardin aku ni...ni la cara aku masak selama ni..kena buat pedas2 baru syok makan..pas tu gandingkan dengan telur dadar...cukup la 2 lauk tu boleh buat jahanam diet semua orang..kawan2 opis pun selalu mintak aku bawak sambal sardin sebulan tu ada la dalam 2-3 kali...Mungkin korang pun ada cara korang sendiri kan..jom la share cara korang masak sardin dan korang suka sardin jenama apa...share kat komen eh?

Deco CNY, Birthday Celebration & Farewell

Terlupa plak nak share aktiviti kat office last week 3 hari sebelum CNY..aktiviti yang aku maksudkan adalah deco department sebab department aku ada 4 orang yang merayakan CNY..department lain xde plak aku tengok diorang decoration..lrpas dh deco semua sana sini jadi merah je..hehehe..


Gantung jangan tak gantung


Tampal jangan tak tampal


Angpow packet yang kiyorang dpt semua jadikan props deco


Lantern beli je


Cubaan buat props ikan...


Lantern dh siap gantung


Deco depan pintu masuk

Then hari Rabu 25hb kami sambut birthday Dec & January serta farewell salah seorang colleague 


Macam biasa beli cake kat SR
Yang kat atas tu Choc Odessay 


Cheese Cake Durian yang awesome..nampak x cantik tapi penuh dengan isi durian yang giler fresh


Semua babies Dec & Jan


Sesi potong kek..


Sementara tu kami sambut jugak farewell Ms Ang yang bakal menamatkan perkhidmatan dia February nanti..semoga Ms Ang terus success dalam kerjaya..all the best and keep in touch..

Thats all for today...

Saturday, January 28, 2017

Maduku Ke Syurga Teragung

Utk yg tak sempat baca:

Maduku Ke Syurga Teragung


Assalamualaikum wrbt buat anak-anak pembaca budiman semua.

Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Amin.

– Dr. Fauziah

#copypaste

Friday, January 27, 2017

Kempen Keselamatan di Jalan Raya oleh MITA Travel Fair 2017

Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) akan mengadakan sebuah kempen kesedaran keselamatan di jalan raya yang disokong oleh SMART Tunnel pada 24th Januari 2017 jam 5 petang. Kempen keselamatan di jalan raya ini bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya untuk menggunakan slogan “MITA Travel Fair Mengucapkan Selamat Pulang” sekaligus menjadikan jalan raya supaya lebih selamat, dan sebuah tempat yang lebih menyenangkan.


Kita semua sedia maklum bahawa perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama
lagi. Semasa sesi perayaan, ramai pengguna jalan raya boleh terlibat dalam nahas kemalangan
jalan raya semasa pulang ke kampung. Sebahagian kecil mungkin akan terbunuh dan sebahagian
besar lagi cedera. Kemalangan yang melibatkan kenderaan adalah penyebab utama kematian
dalam kalangan masyarakat kita, dan pihak kerajaanlah yang akan dipanggil untuk meningkatkan
keselamatan jalan raya. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,
hampir separuh juta kes kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2015 serta hampir 7,000
orang terbunuh telah dilaporkan. 


Kita sepatutnya lebih berhati-hati semasa melintas jalan raya disebabkan jalan-jalan raya
yang menjadi semakin sibuk. Kita harus memberi perhatian di jalan dan tidak sesekali memandu
dengan laju. Kita juga harus mematuhi semua peraturan di jalan raya. Tambahan itu, kita perlu
memastikan keadaan kenderaan yang dinaiki adalah bagus beserta brek, lampu yang berfungsi
dan macam-macam lagi. Inilah antara contoh-contoh yang boleh diguna pakai untuk
mengelakkan kemalangan. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak menjamin bahawa
kemalangan jalan raya tidak akan berlaku. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga adalah
amat penting ketika menggunakan jalan raya. Kita seharusnya mengetahui semua yang berlaku
di sekeliling. Dengan itu, dapatlah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
mengelakkan marabahaya. Keselamatan di jalan raya adalah bergantung kepada cara kita
menggunakannya. Dengan menggunakan jalan raya secara berhati-hati, dapatlah kita
menggunakannya dengan jangka masa yang panjang. Gunakannya dengan berhati-hati atau kita
mungkin tidak dapat menggunakannya untuk selama-lamanya.


Pertama sekali, objektif kempen keselamatan di jalan raya ini bergantung kepada cara
pengguna-pengguna jalan raya berkomunikasi. Oleh sebab kempen ini disasarkan kepada
sekumpulan pengguna jalan raya, maka tingkah lakunya adalah berbeza antara satu sama lain. 
Penyelesaian yang paling efektif berkenaan masalah ini perlu merangkumi pihak pemandu,
kendaraan yang dinaiki, jalan raya yang digunakan, dan kesedaran terhadap alam sekitar. Cara
yang paling efektif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya adalah melalui perundingan dan
kerjasama dengan pihak kerajaan yang tertentu, pihak industri, dan orang awam. Semua
pengguna sistem pengangkutan harus berkongsi tanggungjawab di jalan raya untuk keselamatan
bersama. Kemalangan di jalan raya telah meningkat secara mendadak baru-baru ini dan perlu
dianggap sebagai satu bahaya terhadap kesihatan.


Kami akan mengedarkan 100 beg cenderahati dan pelekat kereta pada hari kempen
kepada pengguna jalan raya yang melalui stesen tol sebagai satu notifikasi bahawa “MITA
Travel Fair Mengucapkan Selamat Pulang”. Kami juga menjemput Presiden MITA Travel
Fair 2017, En Uzaidi Udanis, dan Pengerusi Penganjur MITA Travel Fair 2017, En Adam Kamal
Ahmad Kamil, untuk melancarkan kempen ini. Selain daripada itu, kempen ini akan mecari
pemenang bagi activiti-activiti yang bakal dianjurkan sebagai pemberian kepada pengguna jalan
raya yang melekatkan pelekat di kendaraan mereka. Seorang pemenang bakal mendapat baucer
tunai bernilai RM 288 pemberian daripada MITA Travel Fair. Pertandingan ini bakal bermula
pada 24 Januari 2017 sehingga 26 Februari 2017. Pemenang akan diumumkan di laman rasmi
Facebook MITA.

Tambahan itu, Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) telah menawarkan
10% diskaun untuk pengguna lebuhraya bermula pada 28 Januari 2017 jam 6 pagi sehingga 29
Januari 2017 jam 6 pagi. Strategi kami adalah bertujuan untuk mengagihkan trafik pada harihari
puncak dengan menawarkan diskaun dan mengeluarkan Travel Time Advisory. Untuk
maklumat lanjut, para pengguna boleh mengunjungi laman sesawang SMART di
www.smarttunnel.com.my atau di laman Facebook terowong SMART, Twitter @Smarttunnel
atau hubungi talian bebas tol 1300-88-7188.

MITA atau Malasia Inbound Tourism Association ditubuhkan pada 2005 sebagai sebuah
persatuan bukan bermotifkan untung. Dengan sokongan yang diberikan oleh Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, MITA sedang mempromosikan Negara Malaysia
sebagai sebuah destinasi dalam Negara yang terunggul di dunia. Untuk maklumat lanjut
mengenai MITA Travel Fair 2017, sila kunjungi laman rasmi MITA di www.mitamalaysia.com
untuk mendapatkan berita terkini atau emel kepada mitatravelfair@mita.my atau telefon di 03-
42510351

Penawar Resdung Paling Berkesan

PENAWAR RESDUNG PALING BERKESAN & MUJARAB



Gatal- gatal hidung, kerap bersin dan selalu mengalami selsema yang berpanjangan adalah antara punca atau penyebab Resdung. Adakala sangat tidak selesa kerana penghidap Resdung sangat alah pada persekitaran yang kurang bersih. Bersin yang berpanjangan sampai mata dan tekak menjadi gatal adalah tanda- tanda awal resdung. Ada juga menjadi kronik apabila jerawat batu tumbuh di muka. Simptom - simptom ini adalah sangat menganggu aktiviti kita seharian

Tanda- tanda lain resdung adalah : 


  1. Sering mengalami bersin berpanjangan
  2. Gatal hidung dan sekitar muka
  3. Selsema yang berpanjangan dan kerap
  4. Keluar lendir pada tekak, hidung dan telinga
  5. Jerawat teruk pada muka atau badan
  6. Demam
  7. Batuk dan gatal tekak
  8. Nafas berbau

Kesan-kesan Resdung

1. Hilang deria bau

2. Pelupa/daya mengingat lemah

3. Lubang hidung bengkak dan tersumbat

4. Gangguan Emosi

5. Rendah diri

6. Lubang hidung bernanah

Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut. Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang segala deria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Untunk itu adalah dinasihatkan agar korang cepat- cepat mencari penawar resdung paling mujarab agar masalah resdung tidak merebak menjadi lebih teruk dan kronik.


Sekiranya korang mengalami masalah resdung ini walau di peringkat permulaan adalah disarankan agar korang segera mencari Penawar resdung paling berkesan. Disini aku perkenalkan ubat resdung paling berkesan yang mampu menghilangkan masalah resdung korang dalam masa yang singkat dengan penggunaann yang berterusan.Ubat yang dibuat  daripada serbuk akar kayu herba tradisional untuk melegakan dan mengurangkan simptom resdung dan juga alahan kepada makanan laut.Ubat ini mampu menyembuhkan penyakit resdung dari dalam.Jangan diambil mudah dengan masalah resdung ini kerana ianya akan menjadi lebih kronik sekiranya dibiarkan.

Berikut merupakan antara testimoni yang berjaya  selepas mengambil ubat ini:











Untuk permulaan, Dos yang perlu dimakan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi. Dan sekiranya penyakit anda sudah berkurangan, anda tidak perlu lagi ambil dos setiap hari, Cuma ambil bila korang rasa perlu saja. Contohnya dalam seminggu cukuplah sekadar korang menelan sebiji atau dua biji. Ataupun korang juga boleh menelan ia selepas  memakan makanan laut.


Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, adalah lebih baik kita membuka sarung kapsul dan memasukan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong. Mengikut pandangan orang ramai sarung kapsul ini adalah kurang baik untuk pemprosesan buah pinggang. Wallahualam..Tapi untuk langkah berjaga-jaga lebih baik kita menelan ubat yang berada di dalam kapsul itu sahaja. Dan sarung kapsulnya tidak perlu ditelan.

Selepas dimasukkan serbuk ubat tadi ke dalam segelas air kosong dan kacau hingga larut. Sebelum minum jangan lupa membaca Bismillah dan selawat. Insya Allah dengan izin Allah swt. penyakit resdung yang kita alami selama ini akan beransur hilang.

Aturan pemakanan :
  1. 1 Biji Malam dan 1 Biji Pagi
  2. Ibu mengandung tidak di galakkan makan
  3. Jangan di langkah

Sekiranya resdung semakin reda, kurangkan pengambilan dengan memakan 1 hari sebiji sahaja atau selang 1 hari s1 biji.

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Ubat Resdung Paling Berkesan ini boleh hubungi :

Puan Aisyah (013-987 1616)

Kasui Pandan Dan Lauk Minggu Lepas

Hi korang..
Haih dh nak CNY baru sibuk nak up gambar last week..hari ni aku masih lagi bekerja ye uolls..takde extra2 cuti de..bagi chance kawan2 yang sambut CNY cuti..nanti masa raya kita diorang plak la kerja kan..eh..korang pi bercuti ke? Untung la korang kan..aku tak pi bercuti mana2 pun..budget constrains sangat..bonus takde tahun ni..eh....hahahha..ekceli adik bongsu aku tengah tunggu hari nak bersalin..kalau pi jalan pun maybe jalan dekat2 je..

Hari ni nak up kisah last week masa balik kampung..Acik aku ada buat kuih Kasui Pandan..first time makan ni...sedap..cuma aku x focus plak macam mana dia bancuh tepung tu sebelum kukus..makanya aku up gambar je la ye...


Kasui dah siap masak...sejukkan sebelum potong..nampak lembik skit sebab baru masak


Ini dah digaul dengan kelapa tua parut...untuk kelapa sila parut yang putih sahaja dan gaul skit ngan garam ye anak2...lepas tu aku kidnap Acik bawak balik rumah aku..lepak kat umah.. Acik sedang kesunyian sebab anak sulung baru 3 bulan meninggal..sebab tu sedaya boleh cuba buat dia ceria...


Malam tu aku masak Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api campur Kambas...korang kenal ke kambas..ala..org NS sebut kambas..tempat lain ada yg sebut peria besar..x kisah la sebut apa pun..janji korang faham kan..so..buat pedas2 malam tu..celur kangkung ngan buat sambal belacan..goreng ikan tenggiri jeruk..huiiiii...seronok memasing makan...sesekali ramai skit kat umah..biasa aku berempat je...
Tu je la aku nak citer hari ni..aku tengah nak buat 4 entry task kerja yang blom buat lagi..so ambil peluang cuti CNY ni untuk habiskan kerja...

Selamat bercuti korang..Happy Chinese New Year buat semua kawan2 cina..

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?

Mari kita baca jawapannya...

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*


*Satu*
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

πŸ‘³✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

πŸ‘³✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

*Dua*
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

*Tiga*
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

*Empat*
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

*Lima*
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

*Enam*
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Thursday, January 26, 2017

Lunch Daging Merah LoqStaq Zuan Melodi....

Hi korang...hari ni sejuk giler la..maybe penangan hujan sepanjang hari semalam kot..lain macam sejuknya..tak tau nak citer apa sebab mood dah fikir nak cuti panjang dah..hehehe...pesal la tahun ni banyak betul cuti kan...
Ok la hari ni nak citer pasal lunch semalam...department aku buat sambutan birthday sekaligus farewell. Birthday utk babies bulan Dec dan January manakala farewell buat salah sorang colleague yang berhenti..sebenarnya lebih kepada nak  cerita bab Daging Merah LoqStaq yang diusahakan oleh Zuan Melodi..mulanya aku tak percaya kitorang berurusan dengan retis cuma terjumpa bisnes diorang ni kat Instagram..terus order dengan jumlah yang banyak..dia pun setuju untuk hantar ke opis...aku ngan sorang lagi yg deal dengan Zuan pi NuSentral cari kek manakala tugas collect makanan bagi kat org lain..dia yg bagi tau kitorang berurusan dengan retis....cari balik kat Instagram memang betul Zuan Melodi...


Nasi Daging Merah LoqStaq yang femes....sedap giler Baq Hang...


Kuah kari dan air asam


Semua dh tak sabar nak makan..


Ada dua jenis...daging merah dan ayam..


Meriah pantry tau..


Ini yang Nasi lauk Ayam


Yang ni Daging Merah...Zuan pesan makan style banjir...

Ini la owner bisnes

Korang kalau nak cuba rasa Daging Merah @loqStaq ni boleh la terjah instagram diorang @dagingmerahloqstaq
Sangat2 recommended..memang sedap dan aku memang prefer Daging Merah sebab lain dari yang lain..ayam macam dh biasa makan kan..

Okey la korang..kalau dh cuba jangan lupa sebarkan kat semua kawan2...memang sangat2 berbaloi...diorang pun dah ada banyak cawangan kalau tak salah..boleh check kat instagram diorang..