Thursday, January 5, 2017

25 Daripada100 Kanak- Kanak Dikhuatiri Mengalami Obesiti

Terlebih berat atau obesiti dikalangan kanak- kanak adalah masalah pemakanan yang kian meningkat di beberapa negara di dunia termasuk Malaysia. Kebanyakan ibu bapa menggunakan makanan sebagai tanda kasih sayang

sumber google ( kredit to http://supplemensemulajadi.blogspot.com)


Berhentilah menggunakan kaedah kurang sihat sebegini sebaliknya asuh pemakanan secara pyramid. Kasih sayang biarlah bertempat kerana anda adalah contoh terdekat dan idola anak-anak. Sedih bila tengok ada anak- anak yang obesiti di kalangan murid- murid tadika dan sekolah rendah. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka dengan mengurangkan berat badan mereka jika perlu.

sumber google (kredit to mypositiveparenting.org)


6 Tips Atasi Anak Gemuk


1. Tetapkan Peraturan Pemakanan
    Disiplin dalam pemakanan kanak- kanak penting sebagai panduan dan pola pemakanan kelak.             Anda perlu tetapkan tiga waktu makan utama iaitu Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam       sebagai yang terpenting dan harus dipatuhi. Praktikkan jadual makan secara konsisten

2. Makanan Ringan Hanya Untuk Hujung Minggu
    Pastikan makanan untuk sepanjang hari Isnin hingga Jumaat adalah yang sihat juga seimbang.             Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, snek, chip kentang, kek dan kuih hanya diberikan ketika     cuti hujung minggu atau cuti sekolah.

3. Sediakan Snek Yang Sihat
    Sarapan, makan tengahari dan makan malam lebih mudah untuk dikawal namun makanan antara         hidangan atau snek adalah pencetus kegemukan berikutan sukar di kawal dan dipenuhi                         pemakanan tidak sihat. Pastikan ibu bapa menyediakan snek yang mudah dan sihat seperti                   sandwich tuna,bijirin oat dan buah- buahan.

4. Ketahuilah Keperluan Kalori Anak Anda
    Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak- kanak.Kalau kita         yang dewasa selalu berkira- kira kalori makanan untuk menjaga berat badan kita, jangan lupakan         anak- anak kita. Kira kalori dalam makanan mereka dan cuba galakkan diri mereka sendiri untuk         mengira kalori. Tabiat yang baik ini akan memberi manfaat kepada mereka kelak.

5. Buang Tabiat Lama
    Kalau anak anda mengalami masalah kegemukan, cuba buang tabiat kurang sihat untuk jangka           masa panjang. Pastikan perubahan gaya pemakanan dan gaya hidup kekal menjadi tabiat baru             untuk sepanjang hayat.

6. Fahami Tanggungjawab Anda
    Anak adalah tanggungjawab anda, jika sayangkan anak pastikan berat badannya di bawah kawalan     anda.

sumber google ( kredit to kwiknews.my)


Ayuh ubahlah pemakanan anda mulai hari ini. Jalankan tugas sebagai penjaga dengan sebaik- baiknya. Nilai semula factor penyebab kegemukan dan bantu anak anda menjaga berat badan sekaligus menjalani pemakanan seimbang. Penyakit tidak kenal usia. Mencegah lebih baik dari mengubati.



Khidmat pesanan masyarakat atasi masalah kegemukan anak dibawakan oleh Suriaamanda

14 comments:

  1. risau jugak kan. sebab tu dari baby lagi bila dah cukup 2 tahun paed akan nasihatkan untuk stopkan susu formula and teruskan dengan fresh milk plus makanan sihat.

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau kecik2 dah obesiti..huhu

    ReplyDelete
  3. Kalau cam tu 1 dari 4 kanak kanak obesiti ya
    .
    Dulu kanak kanak main kat luar. Sekarang depan tab je

    ReplyDelete
  4. Kecik-kecik dah ada obesiti. Kesian kat diorang. Ibu bapa main peranan yang penting

    ReplyDelete
  5. Saya dan mamaD ada sorang anak jagaan yg agak chubby. Memang susah nk control dia punya tabiat suka makan tu. Kadang kesian.. Kalau x bagi apa yg dia nak makan.Tapi itulah jadinya.. Bertambah obesity. Bukan salah kita tapi dia yang nak.. Anak orang kalau tak jaga elok2 nanti kita disalahkan..

    ReplyDelete
  6. anak² kena pantau makan dia...
    klu perlu dikurangkan makan nya..kita kena buat..
    untuk kebaikan kesihatan dia...walaupun kita kecian sgt...

    ReplyDelete
  7. Sally pun dah 1 daripada 25 tuuu....sobss T-T

    ReplyDelete
  8. try stopkan susu formula. boleh amik susu fresh cam farm fresh tu. if anak above 2 tahun la

    ReplyDelete
  9. anak ai yg kecik tu underweight jenuh try mcm nk bg naik .. tp skrg ni mmg nampak budak yg gemuk2 .... kesian kadang tu

    ReplyDelete
  10. Bahaya ni, Kadang budak pun dah ada kena kencing manis... Pemakanan ibu bapa kena pantau..

    ReplyDelete
  11. sekarang banyak sangat makanan yang takbaik untuk kesihatan huhu kena pantau lebih lah kalau mcm ni

    ReplyDelete
  12. Salah satu punca dia bijiran yg melambak dekat pasaran. Kalau hari2 makan boleh obes dan diabetes tak silap ana. Ade kes kan dekat luar negara. Air mcm yakult dan vitagen tu pun Kena kurangkan. Bahaya semua tu.

    ReplyDelete
  13. Kesian sebenarnya pada anak yang kecil kecil dah obes nie.. risiko penyakit..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......