Terlebih berat atau obesiti dikalangan kanak- kanak adalah masalah pemakanan yang kian meningkat di beberapa negara di dunia termasuk Malaysia. Kebanyakan ibu bapa menggunakan makanan sebagai tanda kasih sayang
sumber google ( kredit to http://supplemensemulajadi.blogspot.com)
Berhentilah menggunakan kaedah kurang sihat sebegini sebaliknya asuh pemakanan secara pyramid. Kasih sayang biarlah bertempat kerana anda adalah contoh terdekat dan idola anak-anak. Sedih bila tengok ada anak- anak yang obesiti di kalangan murid- murid tadika dan sekolah rendah. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka dengan mengurangkan berat badan mereka jika perlu.
sumber google (kredit to mypositiveparenting.org)
6 Tips Atasi Anak Gemuk
1. Tetapkan Peraturan Pemakanan
Disiplin dalam pemakanan kanak- kanak penting sebagai panduan dan pola pemakanan kelak. Anda perlu tetapkan tiga waktu makan utama iaitu Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam sebagai yang terpenting dan harus dipatuhi. Praktikkan jadual makan secara konsisten
2. Makanan Ringan Hanya Untuk Hujung Minggu
Pastikan makanan untuk sepanjang hari Isnin hingga Jumaat adalah yang sihat juga seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, snek, chip kentang, kek dan kuih hanya diberikan ketika cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
3. Sediakan Snek Yang Sihat
Sarapan, makan tengahari dan makan malam lebih mudah untuk dikawal namun makanan antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukan berikutan sukar di kawal dan dipenuhi pemakanan tidak sihat. Pastikan ibu bapa menyediakan snek yang mudah dan sihat seperti sandwich tuna,bijirin oat dan buah- buahan.
4. Ketahuilah Keperluan Kalori Anak Anda
Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak- kanak.Kalau kita yang dewasa selalu berkira- kira kalori makanan untuk menjaga berat badan kita, jangan lupakan anak- anak kita. Kira kalori dalam makanan mereka dan cuba galakkan diri mereka sendiri untuk mengira kalori. Tabiat yang baik ini akan memberi manfaat kepada mereka kelak.
5. Buang Tabiat Lama
Kalau anak anda mengalami masalah kegemukan, cuba buang tabiat kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan gaya pemakanan dan gaya hidup kekal menjadi tabiat baru untuk sepanjang hayat.
6. Fahami Tanggungjawab Anda
Anak adalah tanggungjawab anda, jika sayangkan anak pastikan berat badannya di bawah kawalan anda.
Ayuh ubahlah pemakanan anda mulai hari ini. Jalankan tugas sebagai penjaga dengan sebaik- baiknya. Nilai semula factor penyebab kegemukan dan bantu anak anda menjaga berat badan sekaligus menjalani pemakanan seimbang. Penyakit tidak kenal usia. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Khidmat pesanan masyarakat atasi masalah kegemukan anak dibawakan oleh Suriaamanda
risau jugak kan. sebab tu dari baby lagi bila dah cukup 2 tahun paed akan nasihatkan untuk stopkan susu formula and teruskan dengan fresh milk plus makanan sihat.
ReplyDeletebahaya kalau kecik2 dah obesiti..huhu
ReplyDeleteKalau cam tu 1 dari 4 kanak kanak obesiti ya
ReplyDelete.
Dulu kanak kanak main kat luar. Sekarang depan tab je
Kecik-kecik dah ada obesiti. Kesian kat diorang. Ibu bapa main peranan yang penting
ReplyDeleteSaya dan mamaD ada sorang anak jagaan yg agak chubby. Memang susah nk control dia punya tabiat suka makan tu. Kadang kesian.. Kalau x bagi apa yg dia nak makan.Tapi itulah jadinya.. Bertambah obesity. Bukan salah kita tapi dia yang nak.. Anak orang kalau tak jaga elok2 nanti kita disalahkan..
ReplyDeleteanak² kena pantau makan dia...
ReplyDeleteklu perlu dikurangkan makan nya..kita kena buat..
untuk kebaikan kesihatan dia...walaupun kita kecian sgt...
Sally pun dah 1 daripada 25 tuuu....sobss T-T
ReplyDeletetry stopkan susu formula. boleh amik susu fresh cam farm fresh tu. if anak above 2 tahun la
ReplyDeleteanak ai yg kecik tu underweight jenuh try mcm nk bg naik .. tp skrg ni mmg nampak budak yg gemuk2 .... kesian kadang tu
ReplyDeleteBahaya ni, Kadang budak pun dah ada kena kencing manis... Pemakanan ibu bapa kena pantau..
ReplyDeletesekarang banyak sangat makanan yang takbaik untuk kesihatan huhu kena pantau lebih lah kalau mcm ni
ReplyDeleteSalah satu punca dia bijiran yg melambak dekat pasaran. Kalau hari2 makan boleh obes dan diabetes tak silap ana. Ade kes kan dekat luar negara. Air mcm yakult dan vitagen tu pun Kena kurangkan. Bahaya semua tu.
ReplyDeletetakutnya dengar
ReplyDeleteKesian sebenarnya pada anak yang kecil kecil dah obes nie.. risiko penyakit..
ReplyDelete