Friday, December 2, 2016

Tips Mendapatkan Mata Yang Cantik Dan Memikat

PENTINGNYA PENJAGAAN MATA, DARI MATA TURUN KE HATI


Aku mengaku aku ni adalah si rabun….masalah pada mereka yang rabun adalah mata cepat letih, bila kat tempat kerja selalu sakit mata walaupun mengunakan cermin mata..selalunya bila dah tau rabun tetap ada masalah malas nak pakai..dasar pemalas kan…bukan apa..ada yang berpendapat pakai cermin mata akan membuatkan rupa dan penampilan jadi tidak menarik…

Teknologi moden hari ini menemui banyak jalan penyelesaian untuk mengembalikan penglihatan individu rabun. Termasuklah rawatan surgery laser LASIK tetapi tidak semua mampu kerasa kos rawatan ini tinggi lebih RM3000 hingga RM7000.



3 Cara boleh kita praktikkan untuk kembalikan kesegaran mata dan penglihatan iaitu:


1       FAKTOR MAKANAN

      Vitamin A,C,E dan Mineral seperti zink adalah nutrient asas untuk mata. Sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning,labu, ubi keledek dan lobak merah banyak mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak mata terjejas disebabkan matahari.Bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandungi kandungan sulfur yang memelihara pembentukan katarak pada mata.



2        REHATKAN MATA

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur membuatkan mata berehat, membaiki dan memulih secara semulajadi. Peruntukkan sekurang- kurangnya 8 jam. Untuk individu yang kerja menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang- kurangnya satu jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihatan. Jika mata terlalu cepat penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata


3      LAKUKAN SENAMAN MATA

·         Gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba panas
·         Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambal mata ditutup selama lima saat. Ulang 3 kali
·         Pusingkan bebola mata dengan mata pandang ke atas. Buat putaran perlahan sebanyak 10 kali ikut arah jam
·         Pegang pen pada aras bahu di depan  anda. Pandang pen dan perlahan- lahan dekatkan pen sehingga ke batang hidung. Ulang 10 kali
·         Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari, tekan lembut dan urut gerakan membulat 20 klai arah jam dan 20 kali kearah sebaliknya.
·         Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan kedua- dua penjuru sisi hidung
·         Bersandar, relaks dan pejam mata selama 3 minit


Jom korang cuba 3 tips tersebut untuk segarkan penglihatan kita…mata adalah asset berharga kan…sebab tu kesihatan mata sangat penting...

Sharing is caring.....

18 comments:

  1. kesihatan mata selalu dilupakan

    ReplyDelete
  2. betul tu SA, bila dah rabun ni mcm ni baru rs rugi ye tak jaga mata dari muda

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah mata sy masih sihat hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, keep it up..
      tanpa mata, tak sempurnalah rasanya

      Delete
  4. Boleh guna tips ni lagi lagi yang nombor dua tu. Selalu tak cukup tidur lepas tu mata lebam esoknya.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul, betul...guna sebaiknya..jaga elok elok...senang kelak....

      Delete
  6. Mata kita dah rabun..
    Bagus tips nie..

    ReplyDelete
  7. Kak...fida dah amalkan semua di atas tp tetap rabun..makin tambah lagi adalah.

    ReplyDelete
  8. Mata dah rabun sejak zaman sekolah lagi. Mak ayah makcik2 semua pakai spec huhu. Harap si kecik ni tak ikut jejak

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Student. Memang tak cukup tidurla jawabnya.. Kalau senaman mata tu mungkin boleh try ^^

    ReplyDelete
  10. Sama le saya.. Si rabun yang pemalas nak pakai cermin mata.. Bos selalu bising.. Claim spec tapi tak pakai

    ReplyDelete
  11. Saya dulu teringin lebatkan mata, macam cantikk kan...sampai beli serum, tp lelama malas lak tepek benda alah tu..ahahaha~so apa yg boleh dibuat, rehatkan mata......tidur..tengok permandangan indah....rehat je mata nii..ehehhe

    ReplyDelete
  12. haritu mata sha dah ok dah skrg mcm makin teruk

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......