Friday, December 23, 2016

Tazkirah Jumaat l Motivasi Diri

*MOTIVASI DIRI*



1.Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.*

3.Kalau kita bergaduh dengan boss,
*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

4.Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

5. Kalau kita bergaduh dengan guru,        *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan,
*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*
*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*
*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

10. Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*

11. Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*

12. Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*

16. Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

19. Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*

21. Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*

22. Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

Akhirnya banyak hal yang dapat kita berterimakasih setiap hari. Kita juga bertuah dengan izin tuhan telah menerima pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Semoga yang terima pesanan ini    diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.

12 comments:

  1. salam jumaat SA
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. Mudah kata kena positif selalu dan jgn pandang -ve dari apa juga aspek cari alternatif utk menjadikan ianya adalah kerana kebaikan / +ve.

    ReplyDelete
  3. Setiap yang kita pilih mesti ada positif dan negatif kan. Seeloknya biarlah banyak yang positif :)

    ReplyDelete
  4. pesanan yang membuka minda..kadang2 kita ni perlu positif dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  5. Tq sharing. Motivasi untuk diri saya juga

    ReplyDelete
  6. Nice sharing. Kata motivasi untuk positif menjalani hidup seharian...

    ReplyDelete
  7. Bergaduh ni tak ada untungnya.. Pasti ada hati yang terluka.. Peace yoo

    ReplyDelete
  8. nice sharing kak. cantik kata kata yg kak SA share ni❤

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah