Hi korang...
Semalam Dania ikut aku pi kerja...cuti sekolah kan...dah janji hari ni nak bawak dia pi Melaka...saje nak reward dia sempena cuti sekolah dan sempena dia dapat keputusan yang baik dalam UPSR..cuti sekolah pun dah 2 mingu berlalu kan..kang lambat plak bawak dia bercuti...merajuk plak...ikutkan dia takde la kisah sangat pasal bercuti ni...tapi dah namanya pun cuti sekolah hujung tahun kan..awal tahun depan dah masuk tingkatan satu..so tak tau jadual persekolahan dia macam mana..ntah ada masa ke tak nak pi bercuti ngan aku nanti...so...hari ni kita ke Melaka....nanti aku update kat sini kisah percutian melaka ni ye...
So semalam lunch berdua dengan dia kat Pasta Zanmai...untuk pengetahuan korang kat sini dihidangkan japanese pasta yang sangat2 sedap..bukan setakat pasta je..ada gak makanan lain berasaskan nasi serta makanan Jepun...sinonimnya restauran Jepun ni menyediakan Sushi atau makanan Jepun kan...kali ni saje nak mencuba Japanese Pasta...kenapa tak kan...boleh je cuba...harga pun berpatutan...sebelum ni aku dah pernah sekali makan kat sini dnegan kawan- kawan opis..being aku yang agak skeptikal berubah sama sekali bila first try...tu sebab orang tua cakap...dont judge the book by its cover...no harm trying kan....kalau nak dibandingkan dengan Italian Pasta memang la jauh beza...but Japanese Pasta pun not bad..just give a try then you know the different.....
outlet di NuSentral yang sentiasa full house...so far x lama la menunggu pun...
while waiting anak dara aku amik gambar...acara wajib dia..nanti nak tunjuk kata atuk ngan uwan
gambar dia harus ada la sebab nak share ngan kawan di grup whatsaap...kawana perempuan ye...aku pantau hp dia...
Ice Fruit Tea - RM9
Ice Lemon Tea - RM6
Chicken Teriyaki Omu Risoto Rice RM16 - Dania yang pilih
Alaa..gegar plak gambar....yang ni mama punya
Sirloin Spicy Pasta - RM17
total damage makan berdua RM48.00
Alhamdulillah...
Dania makan dengan penuh berselera...Japanese Pasta yang menyediakan pelbagai makanan yang enak...next time boleh cuba menu lain plak..semua menu dia menambat hati so tak hairan lah rata- rata pengunjung bagi feedback yang positif...korang yang berada di sekitar NuSentral...boleh la singgah ke Pasta Zanmai kalau inginkan kelainan...sangat- sangat recommended...harga pun boleh tahan murah....
seronok ny ! mcm adik bradik la Dania ngn mom =D
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteSEDAPPPP...Happy holiday kak
ReplyDeletemesti seronok dania
ReplyDeleteyummy...besar dah anak dara, dah mcm adik bradik je....
ReplyDeletemahalnya! tp tempat best..kira ok la kan
ReplyDeletesentiasa full of house means sedap la ni.. ok2.. kena try
ReplyDeletedh bsr gini seronok ajak jln2 supink2 mkn2 kak...
ReplyDeletekalu bsr aiyan tuh... seronok gk tp dh kire mcm sesi senaman lah
bestnya menu.
ReplyDeletecuti sekolah ni hari2 lepak ngan mama lah kan
ReplyDeletesonok dania..
Nani tak pernah makan sini. Hehe. Lepas ni boleh try :)
ReplyDeletesy tak pernah mkn japanese food ... tak pandai tkt nk mencuba 1 hal jg
ReplyDeleteNot bad. Seronok dania dapat spend time dengan mama dia
ReplyDeleteTak pernah jugak try japanese food sebelum ni. Kena try ^^
ReplyDeleteSedap dan murah.. Memang berbaloi
ReplyDelete