Thursday, December 15, 2016

Perkongsian Anak- anak Bersunat Dari Seorang Doktor

Sekarang ni musim budak- budak bersunat..anak buah aku si bujang tunggal tu pun bersunat hari ni kat Muar...umur baru 7 tahun...sedang elok la nak sunatkan dia dan the best part dia yang sendiri mintak nak sunat..ye la selalu pi masjid solat kat saf yang belakang..dia teringin nak solat saf depan kan...jadi kena la sunat...ntah apa la ceritanya dia bersunat tu...jom baca sedikit perkongsiaan dari rakan blogger iaiatu Dr. Khairul Faizie yang berkongsi tips2 menjaga anak- anak bersunat fi FB beliau...jangan risau aku dah dapatkan kebenaran Dr Faizie untuk kongsi di blog... :)


Ikie yang tengah- tengah tu...


Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau  terutamanya mak mak.

Ini antara tips dari rakan blogger Doc Khairul Faizie yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan /  bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman 😂😂

Kredit buat FB Dr Faizie

17 comments:

  1. penting juga untuk kita selain dr ibu bapa tau ilmu serba sedikit mgenai sunat ni =)

    ReplyDelete
  2. Bila anak anak dah bersunat. Cepat je jadi tinggi

    ReplyDelete
  3. haa.. kakak ade anak bujang.. tapi nak sunat masa umur dah 7 tahun nanti.. means, tahun depan, bulan 12.. hahahaa~ pening plak aku dok fikir.. dengan cuak nye bagai.. bukan dia tapi kakak yang cuak lebih..

    ReplyDelete
  4. Wahhh dah bersunat anak-anak kak Riz :) Hihi.

    ReplyDelete
  5. tu la dah siap share kat fb supaya nanti ank bersunaT boleh bc blk

    ReplyDelete
  6. wahhh boleh simpan tuk masa depan, kot2 Unni ada anak... hihihihi.. nice sharing sis

    ReplyDelete
  7. bagus ni...boleh prepara utk anak saya..hehe..tp lambat lagilah :p

    ReplyDelete
  8. bagusnya tawarkan diri. aina tanya anak sdare aina dia kata xnak sunat sb dia gegirl. padahal boy >_<

    ReplyDelete
  9. anak iols x leh sunat lagi
    doc kata x npk
    kena diet...haha adoi satu hal plak

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus untuk panduan ibu bapa :)

    ReplyDelete
  11. Nice sharing untuk anak anak lelaki yang akan bersunat tu..

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang baik.. Takut sekarang ni.. Dah banyak kes terpotong.. Aduh

    ReplyDelete
  13. syafi bulan satu hari tu terpaksa di sunatkan. dah lah baru kes yang terpotong tu kan. risau sgt sy. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. memandangkan syafi kecik dan meronta, terpaksa guna GA dan masuk OT. tak sampai seminggu pulih sepenuhnya. alhamdulillah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......