Wednesday, December 21, 2016

Panduan Elakkan Jadi Mangsa Ragut dan Samun

Sumber google

Soal jenayah dan kekerasan terhadap wanita boleh dikatakan isu lapuk namun masalah ini tidak pernah selesai.Disana sini masih kedengaran kes jenayah samun ini...penjenayah lepas bebas sebaliknya mangsa tidak terbela nasibnya..ada yang cedera atau cacat kekal malah ada yang hilang nyawa..rata-rata mangsa adalah wanita. Pelbagai usaha dan panduan didedahkan untuk wanita lebih prihatin dengan keselamatan diri..

Panduan Keselamatan dan Pencegahan jenayah Ragut dan Samun

  1. Merancang perjalanan dan elakkan diri daripada melalui kawasan sunyi dan gelap
  2. Berwaspada dan lebih berhati-hati apabila diekori atau dihampiri orang yang tidak dikenali dan mencurigakan
  3. Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak
  4. Elakkan daripada membawa bag tangan dwngan cara yang memudahkan ia diragut
  5. Membawa bersama peralatan perlindungan diri seperti pepper spray atau payung
  6. Elakkan dari keluar berseorangan pada waktu malam
  7. Pastikan keadaan sekeliling selamat walau berada di mana
  8. Hantar pesanan ringkas kepada orang terapat ketika menaiki teksi, uber atau grab car seorang diri,hantar no plat kenderaan atau nama pemandu jika ada.
  9. Gunakan jalan yang sering digunakan oleh orang ramai.
  10. Tidak melayan sapaan atau panggilan sekiranya tidak kenal atau tiada orang lain di sekitar anda
  11. Pastikan keselamatan diri ketika menaiki atau turun dari lif..
  12. Laporkan kepada pengawal keselamatan sekiranya berhadapan dengan keadaan yang mencurigakan.
Ingat...keselamatan kita kaum wanita adalah yang utama..memandangkan ekonomi negara yang makin teruk..ada yang terpaksa merompak, meragut dan pastinya samun yg pengakhirannya membunuh..elakkan jadi mangsa..sama sama kita banteras jenayah ragut dan samun..ianya berlaku di mana-mana tanpa peri kemanusiaan.Mereka tidak mengira jantina, umur atau siapa kita asalkan mereka dapat apa yang mereka perlukan walau tidak mendapat hasil yang lumayan.


*Khidmat pesanan masyarakat dibawakan oleh Suriaamanda buat semua wanita*

14 comments:

  1. Banyakkan berdoa juga mohon perlindungan dari Allah

    ReplyDelete
  2. Pesanan yang sangat berguna..
    Semoga kita semua sentiasa berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. sharing is caring kak... mmg kene sentiasa beringat kan

    ReplyDelete
  4. kadang2 takut gak kalau nak g mana2 ni.. tq untuk tips ni kak.

    ReplyDelete
  5. Saya ok je jadi mangsa ragut .. tapi biarlah hati yang diragut .. hahaha .. :P

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dijauhkan kejadian2 yang tak baik amin

    ReplyDelete
  7. Nombor satu yang paling penting. Tambah pulak kita ni perempuan :)

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua dijauhkan kejadian2 yang tak baik

    ReplyDelete
  9. Nice Sharing.. Semoga kita semua dilindungi dari kejadian yang tak baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Ekonomi teruk.. Masyarakat terhimpit.. Ada yang guna cara mudah cari duit

    ReplyDelete
  11. sekarang rasa tak selamat nak kluar sorang sorang

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......