Assalammualaikum…
Hi korang..sebagai seorang wanita dan
seorang ibu perkara yang dapat memberikan aku kebahagiaan dan kegembiraan yang
tidak terkata adalah seandainya aku dapat bercuti dengan satu- satunya anak
dara kesayangan aku.Sepanjang tahun 2016 ini aku agak jarang dapat meluangkan
masa dengan Dania memandangkan komitmen kerjaya dan Dania pula sibuk dengan
persiapan UPSR. Alangkah indahnya kalau dapat meluangkan masa berdua bercuti jauh
sikit dan habiskan masa bersama melawat tempat orang.Dania pun dah besar dan
dah boleh dijadikan teman untuk travel..ramai yang cakap aku beruntung sebab
dah ada kawan yang boleh dibawa kemana- mana especially kalau bercuti.Tapi
dengan keadaan aku sebagai ibu tunggal yang bekerja memang kurang berkemampuan
kalau nak bercuti jauh dan luar dari Malaysia.Kadang- kadang rasa macam rendah
diri sebab tak dapat memenuhi keinginan Dania nak bercuti bersama, kekangan
masa, kewangan dan memikirkan kurang berkemampuan membuatkan impian itu terbiar
begitu sahaja. Entah bila dapat ditunaikan tetapi setelah melihat banner
contest yang dianjurkan oleh TRAVELOKA Keinginan untuk menyertai peraduan ini
begitu meluap- luap. Cuba aje lah dulu kan mana tau kalau ada rezeki. Takkan
nak biarkan impian hanya tinggal impian.
Untuk menyertai peraduan ini peserta
dikehendaki memilih destinasi pilihan yang diberikan oleh TRAVELOKA dan peserta
dikehendaki menceritakan kenapa destinasi itu menjadi pilihan dan apa yang
peserta akan buat sekiranya dapat ke sana…mudahkan?
Nampaknya macam jalan untuk menjadikan
impian bertukar menjadi kenyataan terbentang luas, mana tau dengan semangat ini
aku dapat memberikan yang terbaik buat Dania..kepada korang yang tak tau apa
itu TRAVELOKA dan tentu korang ada yang tertanya- tanya kan? TRAVELOKAmerupakan sebuah Website yang menawarkan kemudahan menempah tiket penerbangan
dan tempat penginapan pada harga promosi yang sangat- sangat murah dan
berbaloi- baloi. Malah lebih murah dan lebih mudah dari website lain.
Impian percutian #MyTravelokaEscapade
dengan destinasi pilihan aku untuk bercuti bersama Dania adalah Hong
Kong.Kenapa aku pilih Hong Kong?Sekarang Visa tidak diperlukan di sini seperti sesetengah tempat, makanan halal pun rasanya mudah untuk ditemui kerana dah banyak restoran Muslim dibuka di sini. Sebab utama kerana Hong Kong ada Disneyland!!!!. Dania
mempunyai impian untuk ke kota Disneyland seperti yang dia tengok dalam Filem
animasi, rancangan kartun di tv dan dalam buku- buku cerita. Dia membesar
dengan semua tentang Disneyland. Dunia indah seorang puteri yang menjadi igauan
buat semua anak- anak gadis.
Apa yang aku dan Dania ingin lakukan di Hong Kong? Dah tentu kami akan jelajah tempat- tempat menarik di sini..jom la ikut kami berdua berangan bercuti di Hong Kong..berikut adalah senarai antara tempat menarik yang wajib dilawati.
1. Hong Kong Disneyland
photo kredit to Google |
Magik pengembaraan dan watak-watak kegemaran dunia menunggu anda di sini. Mulakan
perjalanan dengan pengembaraan magikal untuk semua peringkat usia!haruslah aku dan Dania tak lepaskan peluang bergambar banyak- banyak kat sini...dah tentu- tentu cantik kan...dengan maskot Mickey Mouse, Donald Duck dan macam- macam watak kartun Disneyland...yang utama nak tengok pertunjukkan bunga api diorang....confirm seharian tak habis jelajah Disneyland ni...
2. Ladies Street
photo kredit to Google |
Kesibukan pasar jalanan,
serta tawar-menawar bagi barangan seperti baju, aksesori dan cenderahati terdapat di sini dan tunjuk kat Dania kemeriahan Street market macam kat Guangzhou masa aku pergi last time. Punya la ramai manusia di satu lorong di pesisir kedai2....meriah...
3. Menara Jam
photo kredit to Google |
Berketinggian 44
meter, menara jam yang tua ini dibina pada tahun 1915 sebagai sebahagian
daripada terminal Kowloon-Canton Railway. Stesen yang satu masa dulunya amat
sibuk ini kini tidak ada lagi, tetapi menara batu dan granit merah yang kini
dipelihara sebagai Monumen Deklarasi, terus tegak dan menjadi peringatan kepada
Zaman Arang Batu. Ia juga menjadi mercu tanda paling diingati bagi jutaan
imigran Cina yang melalui terminal ini untuk memulakan hidup baru bukan sahaja
di Hong Kong, tetapi di bahagian lain di dunia, dengan menggunakan pelabuhan di
bandar ini.
4. The Peak
photo kredit to Google |
Pemandangan bangunan
pencakar langit yang tiada tolok bandingnya, pelabuhan yang airnya berkilauan
dan kehijauan bukit-bukau di New Territories juga dapat dilihat dari kejauhan. Aku nak Dania tengok sendiri Hong Kong yang sangat pesat membangun dan maju dalam pelbagai kemajuan negaranya. Boleh dikatakan semua negara China pesat membangun dengan bangunan tinggi- tinggi.
5. Temple Night Market
photo kredit to Google |
Temple
Street Night Market, sebuah bazar jalanan yang popular yang dinamakan sempena
nama tokong Tin Hau yang terletak di tengah-tengahnya, dan telah menjadi latar
tempat bagi banyak filem.
Barangan kecil, peralatan
teh, elektronik, jam tangan, pakaian lelaki, jed dan antik boleh diteliti dan
ditawar-menawar, manakala nasi claypot, makanan laut, mee dan juadah lain juga
boleh didapati di sini.
6. Ocean Park
photo kredit to Google |
Dilancarkan pada tahun 1977, Ocean Park
Hong Kong merupakan sebuah taman tema kehidupan laut yang menampilkan pameran
haiwan, persembahan dan gelongsor serta aktiviti mengasyikkan. Pada tahun 2012,
kebolehan unik destinasi ini untuk menawarkan pengalaman yang bertaraf dunia
yang menggabungkan hiburan dengan pendidikan dan pemuliharaan untuk para
pelancong menjadikan ia juara Asia pertama untuk Applause Award, anugerah
paling berprestij dalam industry hiburan dan taman tema.
Taman ini terletak di
selatan kepulauan Hong Kong, dan merangkumi lebih daripada 915,000 meter
persegi. The Waterfront dan The Summit merupakan kawasan yang dihubungkan
dengan Kereta Kabel dan kereta api funikular Ocean Express.
7. Hong Kong 3D Light Show
photo kredit to Google |
Nikmati detik-detik penuh magis dalam bentuk pertunjukan cahaya 3D dengan muzik yang hebat dan pencahayaan yang paling mempesona. Pertunjukan yang mengujakan ini bersempena Festival Musim Dingin atau WinterFest Hong Kong, menampilkan pelbagai imej perayaan yang menambah kepada pesona musim perayaan ini.Mesti cantik semua pertunjukkan cahaya ni...kena lah ada extra kamera untuk aku dan Dania nanti...
8. Victoria Harbour
photo kredit to Google |
Victoria Harbour sudah semestinya nadi kepada Hong Kong, dan untuk menikmatinya, anda perlu menyelaminya (tentulah bukan secara literal). Naiki pelayaran pelabuhan untuk menyaksikan bandarya ini dari pusat simbolik, dan lawati pelabuhan semulajadi yang telah menyambungkan Hong Kong dengan dunia selama lebih 160 tahun. Daripada lawatan hop-on-and-off waktu tengah hari atau pelayaran di waktu senja, anda boleh mengalami kehidupan Hong Kong mengikut cara yang anda suka. Bestnya kalau dapaat bergambar di atas kapal persiaran tu..berlatarbelakangkan pelabuhan yang indah pada waktu malam.
Sumber semua tempat menarik di Hong Kong : http://www.discoverhongkong.com/my/see-do/highlight-attractions/top-10/ocean-park-hong-kong.jsp
Rasanya itu aje tempat yang sesuai untuk
aku propose kepada pihak Traveloka kan?memandangkan tak pernah sampai lagi ke
sini..makanya kurang sedikit ilmu pengetahuan tentang destinasi walaupun dah
buat sedikit research tentang tempat- tempat menarik di Hong Kong.Semoga impian untuk bawak Dania ke Hong Kong tercapai. Moga ada rezeki untuk kami berdua mengalami percutian indah di Hong Kong. Rasanya seminggu pun tak cukup kalau nak jelajah semua tempat menarik di Hong Kong kan...Semoga percutian #MyTravelokaEscapade menjadi kenyataan...boleh selfie2 dua beranak di semua tempat yang menarik kan?
Menarik..tak pernah senaraikan Hong Kong ni sebagai salah satu tempat melancong..Napa yea?Mungkin faktor makanan rasanya..Tengok senarai tempat2 menarik kat situ, macam best je..Gud Luck SA..Moga menang percutian ni & dapat cuti2 keluar negara dengan Dania...
ReplyDeleteHong kong best! Kc doakan impian SA tercapai.
ReplyDeletemoga impian menjadi kenyataan
ReplyDeleteassalamualaikum suria...semoga impian nak ke sana tercapai hendaknya...:)
ReplyDeleteGud Luck SA!
ReplyDeletemenarik,,hahaha kena settle black list ptptn baru dapat p la gamaknya
ReplyDeleteGood Luck kak.. :)
ReplyDeletewow hongkong kitak ye
ReplyDeleteall the best SA
Wow jom jom cutiii
ReplyDeletegood luck kak..
ReplyDeleteMemang seronok kan kalau dapat pergi Hong Kong. Goodluck kak SA :)
ReplyDeletenak pegi hongkong jugak..bestnye kalau dapat pegi kan.. gud luck kak sa.. :)
ReplyDeletegoodluck kak
ReplyDeleteGood luck kak. Semoga impian akak tercapai
ReplyDeleteHong KOng punmenarik jugak untuk holiday. Semoga tercapai impian SA
ReplyDeleteTentu best kalau dapat pi Hong Kong
ReplyDeletegoodluck kak. semoga tercapai semua impian kak SA 😉
ReplyDeleteteringin jug anak ke HK kak, Disneyland tu wishlist anak-anak
ReplyDelete