Thursday, December 22, 2016

#MyTravelokaEscapade | Impian Bercuti Ke HONG KONG Dengan Dania


Assalammualaikum…

Hi korang..sebagai seorang wanita dan seorang ibu perkara yang dapat memberikan aku kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak terkata adalah seandainya aku dapat bercuti dengan satu- satunya anak dara kesayangan aku.Sepanjang tahun 2016 ini aku agak jarang dapat meluangkan masa dengan Dania memandangkan komitmen kerjaya dan Dania pula sibuk dengan persiapan UPSR. Alangkah indahnya kalau dapat meluangkan masa berdua bercuti jauh sikit dan habiskan masa bersama melawat tempat orang.Dania pun dah besar dan dah boleh dijadikan teman untuk travel..ramai yang cakap aku beruntung sebab dah ada kawan yang boleh dibawa kemana- mana especially kalau bercuti.Tapi dengan keadaan aku sebagai ibu tunggal yang bekerja memang kurang berkemampuan kalau nak bercuti jauh dan luar dari Malaysia.Kadang- kadang rasa macam rendah diri sebab tak dapat memenuhi keinginan Dania nak bercuti bersama, kekangan masa, kewangan dan memikirkan kurang berkemampuan membuatkan impian itu terbiar begitu sahaja. Entah bila dapat ditunaikan tetapi setelah melihat banner contest yang dianjurkan oleh TRAVELOKA Keinginan untuk menyertai peraduan ini begitu meluap- luap. Cuba aje lah dulu kan mana tau kalau ada rezeki. Takkan nak biarkan impian hanya tinggal impian.


Untuk menyertai peraduan ini peserta dikehendaki memilih destinasi pilihan yang diberikan oleh TRAVELOKA dan peserta dikehendaki menceritakan kenapa destinasi itu menjadi pilihan dan apa yang peserta akan buat sekiranya dapat ke sana…mudahkan?

Nampaknya macam jalan untuk menjadikan impian bertukar menjadi kenyataan terbentang luas, mana tau dengan semangat ini aku dapat memberikan yang terbaik buat Dania..kepada korang yang tak tau apa itu TRAVELOKA dan tentu korang ada yang tertanya- tanya kan? TRAVELOKAmerupakan sebuah Website yang menawarkan kemudahan menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga promosi yang sangat- sangat murah dan berbaloi- baloi. Malah lebih murah dan lebih mudah dari website lain.



Impian percutian #MyTravelokaEscapade dengan destinasi pilihan aku untuk bercuti bersama Dania adalah Hong Kong.Kenapa aku pilih Hong Kong?Sekarang Visa tidak diperlukan di sini seperti sesetengah tempat, makanan halal pun rasanya mudah untuk ditemui kerana dah banyak restoran Muslim dibuka di sini. Sebab utama kerana Hong Kong ada Disneyland!!!!. Dania mempunyai impian untuk ke kota Disneyland seperti yang dia tengok dalam Filem animasi, rancangan kartun di tv dan dalam buku- buku cerita. Dia membesar dengan semua tentang Disneyland. Dunia indah seorang puteri yang menjadi igauan buat semua anak- anak gadis.

Apa yang aku dan Dania ingin lakukan di Hong Kong? Dah tentu kami akan jelajah tempat- tempat menarik di sini..jom la ikut kami berdua berangan bercuti di Hong Kong..berikut adalah senarai antara tempat menarik yang wajib dilawati.

1. Hong Kong Disneyland

photo kredit to Google

      Magik pengembaraan dan watak-watak kegemaran dunia menunggu anda di sini. Mulakan perjalanan dengan pengembaraan magikal untuk semua peringkat usia!haruslah aku dan Dania tak lepaskan peluang bergambar banyak- banyak kat sini...dah tentu- tentu cantik kan...dengan maskot Mickey Mouse, Donald Duck dan macam- macam watak kartun Disneyland...yang utama nak tengok pertunjukkan bunga api diorang....confirm seharian tak habis jelajah Disneyland ni...

            2. Ladies Street

photo kredit to Google

    Kesibukan pasar jalanan, serta tawar-menawar bagi barangan seperti baju, aksesori dan cenderahati     terdapat di sini dan tunjuk kat Dania kemeriahan Street market macam kat Guangzhou masa aku         pergi last time. Punya la ramai manusia di satu lorong di pesisir kedai2....meriah...

       3. Menara Jam  

photo kredit to Google

      Berketinggian 44 meter, menara jam yang tua ini dibina pada tahun 1915 sebagai sebahagian daripada terminal Kowloon-Canton Railway. Stesen yang satu masa dulunya amat sibuk ini kini tidak ada lagi, tetapi menara batu dan granit merah yang kini dipelihara sebagai Monumen Deklarasi, terus tegak dan menjadi peringatan kepada Zaman Arang Batu. Ia juga menjadi mercu tanda paling diingati bagi jutaan imigran Cina yang melalui terminal ini untuk memulakan hidup baru bukan sahaja di Hong Kong, tetapi di bahagian lain di dunia, dengan menggunakan pelabuhan di bandar ini.

       4.  The Peak 

photo kredit to Google

      Pemandangan bangunan pencakar langit yang tiada tolok bandingnya, pelabuhan yang airnya berkilauan dan kehijauan bukit-bukau di New Territories juga dapat dilihat dari kejauhan. Aku nak Dania tengok sendiri Hong Kong yang sangat pesat membangun dan maju dalam pelbagai kemajuan negaranya. Boleh dikatakan semua negara China pesat membangun dengan bangunan tinggi- tinggi.

   5. Temple Night Market 

photo kredit to Google

      Temple Street Night Market, sebuah bazar jalanan yang popular yang dinamakan sempena nama tokong Tin Hau yang terletak di tengah-tengahnya, dan telah menjadi latar tempat bagi banyak filem.
Barangan kecil, peralatan teh, elektronik, jam tangan, pakaian lelaki, jed dan antik boleh diteliti dan ditawar-menawar, manakala nasi claypot, makanan laut, mee dan juadah lain juga boleh didapati di sini.

   6. Ocean Park  

photo kredit to Google

      Dilancarkan pada tahun 1977, Ocean Park Hong Kong merupakan sebuah taman tema kehidupan laut yang menampilkan pameran haiwan, persembahan dan gelongsor serta aktiviti mengasyikkan. Pada tahun 2012, kebolehan unik destinasi ini untuk menawarkan pengalaman yang bertaraf dunia yang menggabungkan hiburan dengan pendidikan dan pemuliharaan untuk para pelancong menjadikan ia juara Asia pertama untuk Applause Award, anugerah paling berprestij dalam industry hiburan dan taman tema.
Taman ini terletak di selatan kepulauan Hong Kong, dan merangkumi lebih daripada 915,000 meter persegi. The Waterfront dan The Summit merupakan kawasan yang dihubungkan dengan Kereta Kabel dan kereta api funikular Ocean Express.

7. Hong Kong 3D Light Show

photo kredit to Google

Nikmati detik-detik penuh magis dalam bentuk pertunjukan cahaya 3D dengan muzik yang hebat dan pencahayaan yang paling mempesona. Pertunjukan yang mengujakan ini bersempena Festival Musim Dingin atau WinterFest Hong Kong, menampilkan pelbagai imej perayaan yang menambah kepada pesona musim perayaan ini.Mesti cantik semua pertunjukkan cahaya ni...kena lah ada extra kamera untuk aku dan Dania nanti...

8. Victoria Harbour

photo kredit to Google

Victoria Harbour sudah semestinya nadi kepada Hong Kong, dan untuk menikmatinya, anda perlu menyelaminya (tentulah bukan secara literal). Naiki pelayaran pelabuhan untuk menyaksikan bandarya ini dari pusat simbolik, dan lawati pelabuhan semulajadi yang telah menyambungkan Hong Kong dengan dunia selama lebih 160 tahun. Daripada lawatan hop-on-and-off waktu tengah hari atau pelayaran di waktu senja, anda boleh mengalami kehidupan Hong Kong mengikut cara yang anda suka.  Bestnya kalau dapaat bergambar di atas kapal persiaran tu..berlatarbelakangkan pelabuhan yang indah pada waktu malam.




Rasanya itu aje tempat yang sesuai untuk aku propose kepada pihak Traveloka kan?memandangkan tak pernah sampai lagi ke sini..makanya kurang sedikit ilmu pengetahuan tentang destinasi walaupun dah buat sedikit research tentang tempat- tempat menarik di Hong Kong.Semoga impian untuk bawak Dania ke Hong Kong tercapai. Moga ada rezeki untuk kami berdua mengalami percutian indah di Hong Kong. Rasanya seminggu pun tak cukup kalau nak jelajah semua tempat menarik di Hong Kong kan...Semoga percutian #MyTravelokaEscapade menjadi kenyataan...boleh selfie2 dua beranak di semua tempat yang menarik kan?

18 comments:

  1. Menarik..tak pernah senaraikan Hong Kong ni sebagai salah satu tempat melancong..Napa yea?Mungkin faktor makanan rasanya..Tengok senarai tempat2 menarik kat situ, macam best je..Gud Luck SA..Moga menang percutian ni & dapat cuti2 keluar negara dengan Dania...

    ReplyDelete
  2. Hong kong best! Kc doakan impian SA tercapai.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum suria...semoga impian nak ke sana tercapai hendaknya...:)

    ReplyDelete
  4. menarik,,hahaha kena settle black list ptptn baru dapat p la gamaknya

    ReplyDelete
  5. wow hongkong kitak ye
    all the best SA

    ReplyDelete
  6. Memang seronok kan kalau dapat pergi Hong Kong. Goodluck kak SA :)

    ReplyDelete
  7. nak pegi hongkong jugak..bestnye kalau dapat pegi kan.. gud luck kak sa.. :)

    ReplyDelete
  8. Good luck kak. Semoga impian akak tercapai

    ReplyDelete
  9. Hong KOng punmenarik jugak untuk holiday. Semoga tercapai impian SA

    ReplyDelete
  10. Tentu best kalau dapat pi Hong Kong

    ReplyDelete
  11. goodluck kak. semoga tercapai semua impian kak SA 😉

    ReplyDelete
  12. teringin jug anak ke HK kak, Disneyland tu wishlist anak-anak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah