Tuesday, December 27, 2016

Housemate Ku Si Pinoy


Credit to google

Hi korang..
Apa kes plak pasal housemate Pinoy aku ni...sebenarnya takde la kes apa pun. Ini bukan cerita novel ye..ini citer pengalaman duduk serumah dengan warga asing..bukan Malaysia dan aku sangat selesa dengan dia...selama aku duk menyewa ni aku dh pernah serumah dengan macam-macam orang..bangsa dan perangai..tapi ini kali pertama aku serumah dengan Pinoy..apa tu Pinoy? Orang Philiphines la....bahasa singkatan yg selalu orang sebut Pinoy...senang nak sebut kan...
so apa kisahnya?
Dulu masa mula2 dia masuk menyewa aku agak x puas hati dengan house leader..main amik je bangsa lain sedangkan dalam rumah semua melayu..dulu okey la aku tolerate dia amik doktor Singh..doktor tu pun practical kat hospital sg buloh tu untuk 3 bulan..aku ok je la kan..as long as dia tau hormat yang lain...and dia mmg dh biasa serumah dengan muslim..macam kes si Pinoy ni plak..dah masuk baru house leader bg tau dia org Philiphines..dan ayat dia senang je.." i x sampai hati sebab i kesian kat dia" aku tanya jugak dh kenapa nak kesian..dia kata nanti dia suruh aku tengok sendiri..
Hari pertama x jumpa..kedua pun x jumpa..at last hari ke 3 baru jumpa...betul la silap aku sebab menilai macam tu je..aku bukan apa..cuma aku menjaga sensitivity...rupanya Pinoy ni serba kekurangan...cacat anggota badan iaitu fizikal tangannya..cakap memang fasih english la...humble dan pandai hormat orang...sebelah tangannya cacat pendek sebelah dengan jari yang kurang dan sebelah lagi tangan kanan sempurna cuma jari hanya 3 sahaja...ya allah aku insaf sekejap...sebab aku menilai dia tanpa aku tau keadaan dia..rasa berdosa kejap...aku marah balik house leader tanya knp x ckp betul2...katanya nak aku tgok sendiri...
Sejak dari tu aku jadi ok dengan dia..selesa..dan faham keadaan dia..boleh tolerate, tolong menolong dan aku tak berkira..dia pun x berkira..apa je barang aku dan dia share sama-sama kecuali makanan..dia beli makanan dia dan masak sendiri..macam tu gak aku..so far dia faham kami semua muslim dalam rumah tu dan dia tau sensitivity...so tiada bahan terlarang kat dalam rumah...dia pun rajin masak dan kemas dapur..kalau dia pi mana2 sure belikan aku something..buah ke..kuih or cake ke...simpati aku terhadap dia sebab kekurangan dia..kagum aku pada dia sebab walau keadaan dia macam tu..serba kekurangan tetapi dia tabah dan berdikari malahan sanggup kerja jauh demi keluarga..aku rasa dia bukan orang sennag di philipines..dia keluarga susah..cara dia masak dan bawak bekal ke tempat kerja pun aku dah tau dia bukan orang senang..sesekali makan spaghetti dia masak..sedap betul..makanan lain sama je macam makanan Malaysia..cuma makanan dia lebih kepada sayur-sayuran..aku plak jadi food tester dia...elok sangat la kan...sebab tu aku ni dh makin gemuk...moral of the story yg aku nak sampaikan..jangan sesekali menilai orang tanpa usul periksa..kena tengok dengan mata kepala..jangan serkap jarang...shame on you SA...jangan buat lagi....

16 comments:

  1. don't jugde a book by it cover..huhu

    ReplyDelete
  2. Kakak tak salahkan SA sebab kalau boleh memang nak serumah semua Islam
    Tapi itulah kadang yg non-muslim itu lebih baik dan pandai hormat berbanding yg seagama.

    ReplyDelete
  3. menarik citer along...betul tu..semua org tak telepas kene mcm along.... tu la org katekan, kalo nak menilai org tu pasti telek sehabisnyer...bagus laa die hormat org dlm umah tu dan jaga sensitiviti semua....die keje ape ye long...

    ReplyDelete
  4. Baru tahu singkatan bagi Philipines tu Pinoy. Hehe. Samalah Nani pun kadang2 selalu jugak buat andaian sendiri sebelum tengok. Huhu. Seronoknya kak SA ada kenalan dari luar. Hehe. Boleh tanya macam2 pasal tempat dia 😊

    ReplyDelete
  5. huhu..salute kat housemate SA tu sbb sanggup berjauhan dengan keluarga untuk cari rezeki di negara orang...

    ReplyDelete
  6. Pengalaman baharu dlm hidup agar bertimbang rasa sesama insan tanpa mengira agama n kaum.

    ReplyDelete
  7. pengalaman baru ye kak, dpt kwn baru jugak...

    dia keje apa kak? nk tau jgk tuh... bizi body betul...
    tp mmg salute kt oku yg rajin keje, bkn meminta2

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang ohsem..
    Ketabahan dia patut dijadikan contoh..

    ReplyDelete
  9. terharu dan sedih...tabah betol dia..

    ReplyDelete
  10. skrg ni masih jd house mate ke kak suria ?? betui tu ...cuma mind set kita memula mmg menolak org asing dan lain agama sbb sensitiviti agama kita ni

    ReplyDelete
  11. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal barulah suka. Mula-mula tu biasala ada sangsi sikit. Bila dah tau dan kenal hati budi dia barulah seronok duduk bersama.

    ReplyDelete
  12. Betul tu, tak boleh menilai seseorang dari luaran je.. Bila kita kenal dia.. Kita tahu dia macam mana.

    ReplyDelete
  13. Kadangkala hati kita ni nakal.. Tak nak berburuk sangka. Tapi kadangkala terkucil juga

    ReplyDelete
  14. Org mcm ni kak lagi kuat semangat dan kental hatu dari kita yg sempurna ni. Malu sgt rasanya kan bila tgk kegigihan mereka untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  15. sha teringin jugak nak ada kawan dari negara lainn

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......