Friday, December 30, 2016

Apakah Hukum Orang Yang Sengaja Tidak Mahu Bayar Hutang?

Source from google

Pernah ke korang alami masalah lewat bayar hutang samada diri korang sendiri ataupun kawan - kawan yang berhutang dengan korang? Biasanya kalau hutang kereta, sewa rumah atau installment rumah memang ikut time gaji kan...kadang lewat kadang awal...macam mana pulak kalau kawan yang berhutang dengan kita?

Haaa...ini yang nak citer ni..ada la si polan ni berhutang dengan kawan aku agak lama la jugak...masa tu sebab kesian dengan masalah dia..so bagi pinjam..dengan harapan bila dia dh ok dan dh stabil nanti baru bayar balik...dekat 2 tahun jugak la dia dh stabil dan kawan aku plak yg tetiba ada masalah...teringat yang si polan ni ada hutang dengan kita..amount pun agak banyak...so tanya la...mula2 eh...tengah takde duit katanya, gaji lom masuk..husband x gaji lagi...ok la..tunggu la lagi seminggu..tengok FB, IG siap update tgh happy macam takde masalah siap bercuti ke Indonesia lagi..Takpe la..maybe pergi company trip kot...then whatsaap tanya lagi..tp kena maki..eh..kita ke yang berhutang dengan dia ni...takpe diam lagi...sampai la sekarang rasa macam dh mengemis plak la ha...hati kawan aku berbulu je tgok dia upload gambar makan sana sini..hidup dah stabil..dah beli kereta baru..erm...macam mana tu...mintak banyak2 kali kang kena maki..masa dia susah dulu bukan main merayu
.anak takde susu bagai...kesian kawan aku..dia tengah susah..

Korang rasa macam mana?apa patut kawan aku buat?


Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,
Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

Jawapan

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

P/S korang kalau berhutang...langsaikan la..tak boleh bayar semua.bayar la ansur2 ikut kemampuan...lama2 habis la kan..aman ke hidup kalau di kelilingi hutang dengan kawan atau hidup dengan caci maki?
Renu


43 comments:

  1. issh tak patut betul orang yg berhutang tu..tak ada air muka ke..tak ada perasaan malu ke segan ke...bersalah ke...

    dah berhutang tak nak bayar...siap boleh pergi melancong pula.

    ReplyDelete
  2. Nani ni pun ada jugak pernah bagi kawan pinjam ratus ratus. Haritu terdesak nak guna duit tapi bila tanya dia cakap takdek duit lagi. Huhu. Tetiba rasa macam dah serik nak bagi orang pinjam duit.

    Betul, kalau tak mampu bayar banyak sekali gus bayar lah sikit sikit. Tq kak kongsikan pasal ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat sedekah aje.. duit tak dapat.. Pahala dapat

      Delete
  3. haish penah aje situasi macam tu. kita bila ada anak memang cepat kesian lagi lagi bila orang cakap tak cukup duit nak beli susu. adoi. padahal duit terakhir pun sanggup bagi. yelah kita kesian si kecik.

    janji cukup bulan tapi lepas tu bulan berganti bulan. gambar makanan dah banyak upload, iphone bertukar ganti, shopping beli itu ini, kete baru blablabla . aik. lupa ke bebuat lupa.

    kekadang yang bagi pinjam pulak kena tebalkan muka mintak. alasan lupa susah nak terima. Time nak pinjam ingat pulak no tepon kita alamat rumah kita. =.=

    emosi pulak hahahaha happy new year kak

    ReplyDelete
  4. ade je spesis macam ni kak..tapi susah nak buat ape sbb duit dah sampai kat tangan dia..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah memberi.. Bersedialah untuk rugi

      Delete
  5. Memang ramai orang macam ni... masa nak meminjam bukan main lembut bercakap, punya merayu baik punya bahasa dengan janji2 manis... bila dah dapat buat2 lupa janji.. hishh mintak dijauhkan sifat sebegini.

    ReplyDelete
  6. Pernah kena berkali2 gak..percaya ats dasar sedara mara dan jgak kawan..last2 kita yg dimaki hamun..manusia apalaa lagu gtu..macam2 peel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman hidup untuk dijadikan pengajaran

      Delete
  7. hutang ni xleh bawa men2...dosa besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat dunia ni dia tak nampak besarnya.. Tu yang tak takut

      Delete
  8. ekkk..boleh pulak gituuu..adoiii...

    ReplyDelete
  9. Sebab dik hutang kawan jadi lawan... sebab tu kadang2 pikir lebih baik tak bagi pinjam dari bagi... ishhh nanti bila nak minta balik mcm kita yang minta sedekah dekat dia! hati2 SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah susah sangat nak dapat balik.. Niat sedekah ajelah..

      Delete
  10. bab hutang ni susah nak cakap..huhu


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cakap. Kita tulis aje.. Hehehe

      Delete
  11. Tak elok macam tu..kalau dah berhutang tu,bayar la balik,sikit-sikit pun tak pa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah niat tak nak bayar memang macam tu

      Delete
  12. Penat dgn org yg liat nak bayar hutang ni. Masa nak meminjam lebut lidah, bila kita sesak mintak dia bayar balik...dimarahnya kita pulak. Sakit hati huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sakit hati.. Niat sedekah aje.. Pahala pun dapat

      Delete
    2. betul tu, patutnya dia yang sedar siapa hutang siapa...jangan lah marah, explain betul2....mse mintak hutang punya explain..berjanji bagai...puiii sangat !

      Delete
  13. Ada je org spesis gini...tak tahu nak ckp pe.

    Pernah terkena gak. Erm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pernah terkena jadikan iktibar.. Semoga jangan berulang kembali

      Delete
  14. Biasa la tu. Semoga Allah buka hati dia untuk bayar hutang tu.

    ReplyDelete
  15. tak faham kenapa manusia jenis bila nak berhutang mulut manis bergula tapi bila nak bayar ayat belit dan buat2 tak tahu. kalau betul tak ada duit lagi nak bayar, bincang elok2 kan lebih baik. btw nice sharing kak SA. biar sedar sikit org2 yg jenis mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedar alhamdulillah.. Kalau tak kena redha

      Delete
    2. At least, rm 10 je, bayar sesikit pon cukup baik..kannnnnnnnnnnnnnnn~

      Delete
  16. Hutang wajib dibayar. Orang yang memberi hutang pun kena mintak hutangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta.. Tapi kalau dah tak dapat.. Huhuhu kecewanya

      Delete
    2. Betul, kita kena mintak..sebab hak kita dan.kita pun tak nak dia terseksa kat akhirat sana, seidkit sebanyak kita tolong dia jugak..walaupun dia rasa macam kena pushh..hehe

      Delete
  17. Hutang ni kalau tak dapat balik redakan ajelah.. Kalau tak merangkak dia kat akhirat mencari kita.. Kita pulak yang tertangguh menunggu dia.

    ReplyDelete
  18. Tak tenteram hati kalau berhutang dengan org. Kalau boleh elakkan,elakkan lah. Sekali dah berhutang, boleh jadi habit. Akhirnya memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, macma member saya, hutang beli hp canggih, bayar ansuran..lepastu kahwin,hutang along plak..hahaa~ tp hutang tetap dibayar la..huhu

      Delete
  19. Klau ckit2 blh la nk halal,ni byak...bknnya x mampu,tp mmg sngaja xnk byar...bli keta mewah byar cash blh tp htg kta xnk byar kejam!!! Ckit pn aku x redha esk2 kau ambk dosa aku!!!

    ReplyDelete
  20. Tak suka berhutang dann tak suka bagi hutang..kesian memangla..cuma bila nak mintak tu...adoiii...hmmmm~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah