Thursday, November 24, 2016

TIPS MENGELAKKAN MULUT DAN NAFAS BERBAU

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi apabila orang memaling muka ke arah lain atau menutup hidung ketika bercakap dengan korang? Jika itu adalah reaksi diorang berkemungkinan besar korang berhadapan dengan masalah mulit atau nafas berbau.Masalah nafas berbau boleh menebabkan diri kita tertekan akibat malu hingga menyekat aktiviti serta kegiatan social.Lazimnya individu yang terlibat dengan permasalahan ini akan mula mengasingkan diri  dari teman- teman.Tetapi keyakinan diri boleh dipulihkan semua sekiranya masalah nafas dan mulut berbau dikesan dan dirawat dengan betul

Gambar dari google

Jom aku kongsi sedikit tips mengelakkan nafas dan mulut berbau

1.Mulakan dengan mengenal pasti makanan yang menyebabkan nafas berbau. Kawal serta elakkan    dari mengambil makanan itu

2.Cara pembersihan rongga mulut perlu betul, jika boleh gosok gigi 2 kali sehari. Lakukan flos, mengikis lidah, penggunaan ubat pencuci mulut yang khusus dan sesuai.

3.Pilih pemakanan yang lebihserat, kunyah gula- gula getah yang mengandungi herba serta ikut nasihat doctor.

4.Paling penting cuba berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok

Berus Gigi dan Lidah

Paras campuran sulfur yang busuk berkurangan 53% bagi mereka yangmemberus gigi dan lidah selama 2 minit, dua kali sehari untuk dua minggu.


Pengikis Lidah

sumber google

Mengikis lidah lebih berkesan berbanding memberus lidah dari segi membuang sisa makanan. Bagaimanapun kesannya tidak kekal lama.

Pencuci mulut Antimikrobial

Sumber google

Kesan pencuci mulut hanya sementara tapi jika berkumur dengan pencuci membasmi kuman adalah lebih lama kesannya. Ia bukan sahaja menghilangkan bau yang menyebabkan bakteria tetapi juga mengurangkan protin di dalam mulut yang disebabkan oleh bakteria ketika mengambil makanan.

Ubat Gigi Mengandungi Triclosan

Mengandungi bahan yang membunuh kuman mengurangkan campuran sulfur sebanyak 56% sementara ubat gigi dengan penyegar nafas tanpa triclosan hanya mengurangkan 10 %

Berkumur Di Antara Waktu Malam

Ia boleh menanggalkan partikel makanan yang digemari Bakteria


Sumber google


Ada cara yang mudah untuk kita mengesan masalah mulut dan nafas kita berbau atau tidak seperti melakukan ujian sendiri di rumah. Korang hanya perlu jilat belakang tangan serta tunggu hingga kering dan cium. Sekiranya ada bau sememangnya korang ada masalah tersebut. Lakukan sesuatu supaya kawan2 korang tidak buat aksi yang akan menyebabkan korang tersinggung dan rasa rendah diri..ingat..mulut adalah aset yang paling penting dalam hidup kita..kebersihan mulut adalah lambang peribadi kita sendiri....

Sharing is caring

20 comments:

  1. kalau berus lidah mesti nak muntah..hehe..tPI Kene berus jugakla kan

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni... dulu takut nk guna listerin ni..hehehe.. takut tertelan

    ReplyDelete
  3. lagi2 yg kejer front office...aduh jaga laa kebersihan mulut tu....

    ReplyDelete
  4. Mak selalu risau bila bercakap dengan orang takut mulut berbau...satu lagi bila berpeluh, bimbang bau badan mengganggu orang...

    ReplyDelete
  5. betul tue , asset yang sangat bernilai nie .)

    ReplyDelete
  6. nice sharing kak... dana suke listerine yg oren tu bau dia segar

    ReplyDelete
  7. biasa kumur dgn listerin je, segar semula

    ReplyDelete
  8. tq share tips ni kak...kadang2 kita pun tak sedar tentang ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Aida memang berus gigi & lidah skali.
    Terbaca tips tu kat mana ntah dulu.

    ReplyDelete
  10. Yg ni mmg masaalah utama dn ramai yg xsedar mulut diorg berbau😷 tq for sharing 😅

    ReplyDelete
  11. Gosok gigi memang kena selalu, tu yang paling penting

    ReplyDelete
  12. nice sharing.. ramai mengalami mulut berbau ni.. tq

    ReplyDelete
  13. Kalau puasa mulut akan berbau.. Busuk di dunia. Wangi diakhirat

    ReplyDelete
  14. nice sharing, boleh try tips ni nanti!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......