Thursday, November 24, 2016

TIPS ELAKKAN TEKANAN KETIKA MELANCONG


Minggu ni minggu akhir sessi persekolahan kan? Korang dah rancang percutian ngan anak- anak dan keluarga? Percutian sememangnya sesuatu yang menyeronokkan kerana ianya adalah salah satu peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugasan di pejabat atau rumah.Namun adakalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokkan membuatkan kita jadi tertekan.

Oleh itu aku nak share sedikit tips melancong  yang mungkin dapat membantu korang menghindari tekanan selama bercuti di destinasi pilihan korang.

sumber dari google



  • Wang adalah hal terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Check kembali jumlah wang korang. Tekanan sering terjadi apabila wang yang diperuntukkan tidak mencukupi.untuk mengatasi masalah itu, pastikan sebelum korang memulakan perjalanan percutian, korang kena menyimpan duit yang cukup untuk perbelanjaan sepanjang bercuti.


  • Berdasarkan bajet korang, pilih destinasi yang tidak lari dari bajet dan rancang perjalanan korang. Jangan ragu memilih agensi pelancongan jika korangtahu cara memilih agensi terbaik yang menawarkan harga yang berpatutan. Sekiranya korang bercuti bersama kawan- kawan, korang akan mudah merasa tertekan lebih- lebih lagi ketika mengatur jadual sepanjang percutian. Dengan itu khidmat agensi pelancongan amat berguna kerana mereka akan meyediakan pakej yang berpatutan.
  • Sekiranya korang memilih agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu perjalanan, perbelanjaan,penginapan dan tempat yang sepatutnya dikunjungi.Pastikan korang tahu jadual perjalanan yang lengkap. Sekiranya korang memilih percutian sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan, buat jadual perjalanan sendiri kerana ia akan memudahkan korang di saat bercuti.
  • Jika korang bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan disiapkan spenuhnya terutama yang akan digunakansebelum dan semasa penerbangan dan ketika berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan korang tertekan.
  • Pastikan korang membawa pakaian yang selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tempat dituju. Berkemas sebaiknya bagi mengelakkan korang membawa barangan berlebihan atau kurang. Adakala kita dah merancang dan membuat persediaan awal tetapi ada jugak hal tidak diduga berlaku. Oleh itu apapun terjadi elakkan dari tertekan dan pastikan korang menikmati percutian tanpa rasa cemas.



Itulah sedikit sebanyak tips yang boleh aku kongsikan dengan korang. Bukan apa kadang- kadang kita dah elok dengan perancangan serta persediaan tetapi apabila sampai di tempat percutian pasti ada yang tidak kena. Dari merasa tertekan, lebih baik kita bersedia kan?Tak nak la pulang bercuti dengan pengalaman pahit dan rasa tak puas..aku selalu hadapi perkara macam tu bila bercuti ramai- ramai. Nanti nak plan la bercuti berdua jer dengan anak dara aku yang sorang tu.Harap- harap takdelah masalah bila bercuti berdua..bukan apa..selama ni


15 comments:

  1. salam kak suria...terima kasih atas tips yang berguna...memang nak bercuti untuk hilangkan stress mencari ketenangan...tips ini sangat berguna

    ReplyDelete
  2. Persediaan memang penting. Untuk kurangkan kejutan. Nak elak semua memang tak mungkinlah. Sebab mita merancang

    Allah menentukan

    ReplyDelete
  3. Persediaan sebelum, semasa dan selepas sebarang aktiviti melancong adalah amat penting sekali..

    Jangan nak travel je..balik2 je pokai sampai hujung bulan..Ingatan buat diri sendiri jua

    Posting terbaru AM
    Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. nice sharing kak...banyak yang perlu prepare sebelum g melancong terutamanya duit..hihihi

    ReplyDelete
  5. melancong buat kita happy sblm melancong tu yg tekanan sikit sbb nak cari duit saving utk melancong nanti

    ReplyDelete
  6. Ok boleh guna tips ni mnggu depan nak travel. Heheh. Apa yang penting ikut bajet kita banyak mana kan. Nak bercuti ni nak enjoy2 dan tenangkan diri

    ReplyDelete
  7. Plan awal awal .. Tu paling pergi dan survey. Baru belanja tak melebihan budget..

    ReplyDelete
  8. Hehehe melancong pun stress.. Duk umah tido ajelah.. Lagi aman.. Hikhikhik

    ReplyDelete
  9. boleh try tips ni sbb last melancong stress sbb duit habis ahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah