Thursday, November 10, 2016

Istimewanya Dania Dalam Hidup Mama...

Dania ketika umur 8bulan...

Anak umpama sehelai kain putih yang bersih dan suci. Oleh itu sebagai ibu aku adalah insan yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka menjadi lebih baik, tak banyak masalah menjaga Dania sejak dilahirkan sampai sekarang, matang di usia muda..pemikiran kalah dewasa..bukan puji anak sendiri tapi ini pengalaman sendiri cuma ada cabaran paling besar dalam hidup aku..membesarkan Ainnul Dania Huda adalah cabaran yang paling besar dimana seawal umur 2 tahun aku terpaksa berkorban meninggalkan Dania dalam jagaan kedua ibu bapa aku...ye..aku ditakdirkan tidak mempunyai jodoh yang panjang dengan bekas suami. Maka membesarlah Dania dalam jagaan mak abah sementara aku pula berkorban berjauhan mencari rezeki..aku lah Ibu..aku lah ayah kepada Dania sehingga saat ini...11 tahun aku hidup sebagai ibu tunggal..penuh cabaran dan dugaan yang maha hebat..tapi aku tempuhi demi Dania...
Kini Dania mencecah umur 12 tahun..rindunya mama pada diri kamu sewaktu kecil Dania..seawal umur 8 bulan kamu dah berjalan..menjadi penghibur duka lara mama...menjadi penguat semangat..menjadi nadi mama...ye..aku dikecam hebat sebelum ini sebab tinggalkan anak di bawah jagaan mak abah..bukan bermakna aku melepaskan tanggungjawab malah menggalas tanggungjawab yang lagi besar..yang orang x pernah tau..tak pernah hadap...
Sampai bila aku bersendirian meniti kehidupan...aku serahkan jodoh aku pada allah..andai diberikan jodoh yang sesuai..aku akan tamatkan zaman single as Ibu Tunggal...bila? Biar allah yang tentukan..doakan untuk aku ye kawan2..


Jumaat nanti graduation day Dania..apa perasaan dia kalau mama tidak dapat hadirkan diri sebab komitmen kerja?itu yang aku sedang fikirkan ni...sedangkan aku dah ambil cuti 17hb untuk ambil result UPSR...

Mama tak janji sayang...tapi mama cuba...

15 comments:

  1. Aamin. Semuga Dania menjadi anak yang solehah

    ReplyDelete
  2. i feel u babe...11 tahun

    Allahuakbar...moga Allah ganti 11 tahun itu dengan rezeki 11 tahun akan datang amin

    ReplyDelete
  3. aduh sayu lieya bace tulisan along....

    in sha Allah along..dania akan menjadi anak yg akan membahagiakan along selama-lamanyer.....

    ReplyDelete
  4. akak kuat. semoga akak akan terus diberi kekuatan. Dania mesti sayang sangat dengan mama dia and anggap akaklah superhero dalam hidup dia . :)

    ReplyDelete
  5. Tabik spring kat akak...semoga akak dipermudahkan segala urusan..gudluck Dania...moga dapat keputusan UPSR yang baik..

    ReplyDelete
  6. hmmm semoga dania mebesar dan menjadi anak yang menyenangkan hati mama dia dan keluarga ....

    ReplyDelete
  7. kannn mmg tacing bila kenang si anak yang membesar..dulu kecil je..
    insyallah semoga SA dapat attend graduation day dania..semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Bertabah lah Ahkak... Bukan senang kan jadi ibu tunggal ni... Hopes bertemu jodoh baru nanti...

    ReplyDelete
  9. kejap je kan anak membesar. kalaulah boleh anak2 ni duduk dgn kita je :(

    ReplyDelete
  10. alahai.. harapnya ada rezeki buat SA tgk graduation day dia..

    ReplyDelete
  11. Semoga dania membesar sihat sempurna jadi anak yang solehah ya..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Tahniah Dania..

    ReplyDelete
  13. Anak adalah anugerah terindah... Alhamdulliah. Allah dah rancang yang terbaik buat sis dan dania ^^

    ReplyDelete
  14. Pengorbanan seorang ibu memang tak ternilai.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......