Hi korang..sebenarnya kan..dh banyak kali dh aku share Masak Lemak Cili Api NS ni..ni memang menu wajib kalau balik kampung..aku prefer guna ayam kampung instead of ayam saging biasa..sebabnya? Sebab daging ayam kampung manis kan...hehehe...ini pure ayam kampung eh..tangkap dan sembelih...buang bulu sendiri..gigih tau semata-mata nak makan ayam kampung..kat pasar harga RM22 sekilo..mahal kan? Kat kampung ko tangkap je...settle la sembelih.. x cukup seekor tangkap lagi seekor..ye la..ayam kampung kan kecik ....
Bahan-bahan
Ayam kg seekor potong 12
Cili api segenggam tumbuk dengan kunyit hidup
Santan sebiji kelapa
Serai 4 batang
Ubi kentang 2 biji potong 4
Cara2
Masukkan ayam + cili api dengan kunyit hidup + serai dalam kuali gaulkan + masak dengan api sederhana sampai air dari ayam td kering.
Kemudian masukkan santan dan sedikit air sekiranya santan td pekat sgt.
Masukkan kentang
Kacau selalu agar tidak bertahi minyak
Biarkan menggelegak dan kentang empuk
Perasakan garam
Biar kuah agak pekat dan kering
Padam api..
Siap!!
Selamat mencuba...
ni makan pulak dengan sambal belacan, hmmmm tak cukup nasik sepinggan..huhu. psst, ciknaa follow blog ni ye.. salam kenal :)
ReplyDeleteasal dtg sini laparrrr hahaha...
ReplyDeletemasak lemak my fav!!
ReplyDeleteyummy..sdapnya
ReplyDeletemahalnya. T_T
ReplyDeletekalau jual yang dah siap masak pun mahal
NS style kompem pedas ni. nak nak lawan dengan sambal belachan. wajib letak kicap. kalau ada telur masin pun sedap, yummy
o0o org nogori masak gulai tak letak bawang ek ... baru tau nk try la le nanti MIL ajar letak bawang .....
ReplyDeletemang ai, ayam masak lomak cili api ni mmg kegemaran family den, ayam kampong pulak tu ai, sodap ei teghaso ke tokak..
ReplyDeletenampak sedap ja tapi sy tak makan ayam kampung hehhe
ReplyDeletesedanya masak lemak cili api.. heehe
ReplyDeleteand sy dah follow sini :)
mereciknya SA :)
ReplyDeleteNi lauk favourite kami sekeluarga. Boleh bertambah2 nasi!
ReplyDeleteMasak lemak Negeri Sembilan mmg simple sangat ye SA...tak payah nak kopek bawang! Senang sikit keje kita kat dapur
ReplyDeleteayam kampung..perghhhh mmg terbaik
ReplyDeletemengancam tengok ayam kampung masak lemak cili api tu..yummy
ReplyDeleteSedap.
ReplyDeleteAda 1 kedai kay labu.
Jual pelbagai masak lemak. Bagi org luar bleh la try situ ekk...
sy suka mkn kat gulai omak den kat nilai tu .... dah jatuh cinta dgn masakan nogori dah
ReplyDeleteSedapnya kak, terliur pulak tengok gulai lemak ayam kampung tu
ReplyDeletemesti pedas kan? favourite ni.. hihi
ReplyDeleteOrang negeri masak lomak cili api memang pure... Perghhhh terbaik
ReplyDeletesha suka masak lemak ayam tapi takmakan ayam kampung
ReplyDelete