SELAMAT PENGANTIN BARU AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN
KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijabkabulkan pada pukul 5.15 petang hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini sebentar tadi.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Amyra, Rosli Awang dan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim.
Dalam majlis pernikahan itu, Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM1111 dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amyra Izzati, 25, dan Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 31, disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas empat bulan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu.
Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung di lokasi sama esok manakal, majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 19 November depan di Ampang, Kuala Lumpur.
SUMBER KOSMO ONLINE
hensem kan kak.. heheheh..
ReplyDeletemuka dorang ni macm seiras jak kan..
ReplyDeletelawa-lawa pakainnya
ReplyDeletegown masa sanding dia pon melehtup
ReplyDeletecantik gilaaaaa wedding dress dia. entah berapa riban lah agaknya kan T_T
ReplyDeletemacam barbie doll pun ada
Semoga Amar dan Amyra bahagia hingga ke Jannah..
ReplyDeleteSemoga berkekalan buat pasangan pengantin. InsyaAllah.
ReplyDeleteSelamat pengantin lama.. Hehehe.. Alhamdulillah
ReplyDeletedah ada baby dah skrg, comel pulak tu
ReplyDelete