Thursday, November 17, 2016

Adab Di Musim Result Exam

All Parents! Take note yaaa pasal ADAB di musim result exam! 😘😘😘

Status FB aku semalam..sedih giler tangok anak tu kena tonyoh kepala oleh ibunya depan orang..patut ke seorang ibu buat begitu?


Adab, kepada semua yang bergelar ibu bapa dan dewasa sewaktu musim keputusan peperiksaan diumumkan.
Paling hampir ialah UPSR, diikuti PT3, SPM dan STPM.

Musim menerima keputusan peperiksaan menjelang lagi. Ada yang gembira, ada yang kecewa. Jika anak berjaya memanglah bangga dan seronok. Tiada masalah untuk dikhabarkan  kepada sesiapa yang bertanya. Jika keputusan anak kurang atau tidak berjaya sudah tentu ada yang bersedih dan kecewa.

Justeru, beberapa adab harus dipatuhi sempena musim menerima keputusan peperiksaan ini :

1. Cukuplah sekali bertanya pada rakan akan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anaknya. Jika rakan itu  hanya menjawab ,'cukup makan' atau 'biasa saja', tidak perlulah diulangi pertanyaan buat kali ke 2, untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. Nak tolong bagi tambah markah  ke? Tolong jaga sensitiviti rakan. Hanya setakat itu saja yang dia bersedia untuk  kongsikan dengan kita. Itu hak dia. Perlu apa kita mendesaknya lebih lanjut lagi kalau dah dikhabarkan biasa saja. Yang tidak seronok dan amat mendukacitakan, ada juga orang yang nak sangat mengetahui kekurangan keputusan anak rakan untuk dikongsikan pula dengan org lain...dan talian hayat maklumat itu akan berpanjangan dengan ditokok tambah ayat2 penyulam yang tidak mustahil kurang enaknya jika didengar.

2. Jika berada dalam group janganlah memuji berlebih- lebihan kepada mereka yang anaknya berjaya, siap ada yang memuji 'emak bapanya bagus itu sebab  keputusan anaknya bagus'. Jika itu ayat itu dilontarkan bagaimana pula perasaan ibu bapa lain dalam group itu yang  anaknya kurang berjaya atau tidak berjaya langsung?  Adakah  sebab ibu bapanya tidak bagus, maka keputusan anaknya tidak bagus? Tentu mereka sedih. Hal ini adalah satu ujian, bukannya satu pembalasan.

3. Peringatan ini tegas untuk si penyoal yang suka bertanya tanpa ikhlas, boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Ingat anda juga punya anak. Anak anda juga akan memperolehi keputusan peperiksaan. Suatu hari nanti anda akan hadapi situasi itu. Belum tentu anak kita semua pandai-pandai belaka meski  pun kita rasa kita adalah orang yang pandai. Jadi untuk menanyakan keputusan anak org lain itu beragak-agak dan berpada-padalah.

Yang penting jangan memaksa orang memberikan jawapan yang panjang lebar.

4. Kalau orang itu menjawab anak nya cuma dapat biasa2 aje, jangan lah ditanya pula, 'sains dapat berapa ?', 'math dapat berapa? '.
Berhentilah menyoal. Kalau bertemu buku dengan ruas mahu berkudapkan selipar. Jadilah orang yang bermulut mulia tidak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.

4. Jika rakan kita itu ikhlas memberitahu keputusan anaknya tidak bagus, janganlah kita dengan sengaja mencerita dan menyampaikannya kepada oran lain. Hal ini mgkin tidak disenangi oleh rakan kita tadi. Kalau rakan kita tadi anaknya mempunyai keputusan yang bagus, bolehlah kita share dengan orang lain sebagai tanda tumpang gembira.

5. Hidup ini macam roda. Hari ini kita happy dengan keputusan anak kita, esok lusa tak tentu lagi. Hari ini kita gebang kekurangan  orang lain, esok lusa Tuhan paparkan kekurangan   kita pula.

Untuk peringatan sesama  kita,
Mulut dan hati perut manusia lain2...
Kekadang berbeza sungguh dengan penampilan..
So, berhati-hatilah.

#copypaste
#selfreminder

4 comments:

  1. Noted SA. Lagi 3 tahun nak merasa ni.

    ReplyDelete
  2. Sebagai ibubapa kita kena beringat jugak..jangan terlalu ikutkan perasaan ..anak kita tu ada perasaan jugak..sedih pulak baca..

    ReplyDelete
  3. Peringatan bersama. Nice sharing ^^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......