Wednesday, November 30, 2016

Subhanallah...Jambatan Runtuh di Eco City

Terkejut bila dapat tau petang tadi ada kejadian jambatan runtuh di Eco City berhadapan dengan The Gardens, Mid Valley. menakutkan betul la..nasib baik berlaku di kawasan construction dan tak melibatkan oranag ramai cuma simpati atas nasib pekerja pembinaan yang terlibat..ada yang meninggal dunia dan ada yang cedera cuma tak pasti berapa ramai yang terlibat...Dapat juga gambar mangsa yang terkorban tapi tengok dari handphone kawan- kawan je..tak berani nak download gambar...

Jom tengok gambar di sekitar kejadian...










Rasanya inilah kejadian terburuk yang melibatkan pembangunan...ye la kat KL ni..ada jer kawasan lapang sikit pasti tak lama lepas tu naik macam-macam bangunan baru...kadang- kadang perkara nak berlaku bukan disebabkan kecuaian..mungkin sebab struktur muka bumi yang sekarang kan...lagipun seminggu dua ni hujan lebat seluruh negara...mungkin sedikit sebanyak terkesan kan...

Takziah dan innalillahiwainnailaihirojiun buat mangsa yang terkorban...semoga dipermudahkan buat mereka yang terlibat...amin....

MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan

OUR FOOD OUR FUTURE DI MAHA 2016


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Mummy tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?


👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.

👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !


👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.





KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI


🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

Tuesday, November 29, 2016

Minyak Yu Yee Cap Limau Penawar Masalah Kembung Perut Bayi

Bercerita tentang minyak Yu Yee Cap Limau pasti terbayang baby yang dah mandi sapukan minyak ni...lepas tu wangi je...kejap-kejap nak cium kan?Lepas tu kalau baby meragam kembung perut sure mak- mak kita hulurkan minyak Yu Yee ni.. Ye..Minyak Yu Yee memang terkenal turun temurun sejak lama dulu malah telah digunakan zaman berzaman. Digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit - sakit ringan pada otot dan sendi serta untuk melegakan simptom kembung perut dan selsema bayi...

Bukan setakat baby je guna kalau kat umah aku tu...yg dewasa pun guna sebab baunya yg melegakan. Dari anak- anak buah aku baby sampai la sekarang dah besar masih lagi gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau ni..adalah wajib serta perlu ada dalam setiap rumah dan keluarga.


Didatangkan dalam packaging yang berkualiti iaitu didalan bekas tin agar selamat dan tidak mudah pecah  serta senang dibawa kemana- mana



Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

  1. Peppermint Oil (36.0% w/v)
  2. Clove Oil (2.6% w/v)
  3. Nutmeg Oil (0.6% w/v)
  4. Menthol (1.6% w/v)
  5. Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
  6. Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
  7. Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)



Minyak Yu Yee Cap Limau  boleh di gunakan dimana- mana dan bila- bila masa. Ketika di pejabat kalau rasa tak selesa perut, boleh juga di bawa melancong di dalam dan luar negara kan...mana lah tau kalau tiba- tiba pening atau mabuk boleh sapu minyak Yu Yee Cap Limau ini untuk rasa yang selesa dan lega.Kadang- kadang bila melancong kita melalui jalan yang berliku-liku maka Minyak Yu Yee ini sesuai dijadikan sebagai teman...psstt.......bau peppermint oil pada minyak ini sangat menenangkan malah sesuai untuk semua peringkat umur...


Qhaira juga merupakan pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau dari baby sampai sekarang...sebab tu mama suka cium Qhaira lepas mandi...wangi peppermint oil pada Minyak Yu Yee ini sangat menenangkan...masalah kembung perut tiada lagi dengan Minyak Yu Yee Cap Limau!!!



Minyak Yu Yee Cap Limau Disahkan Halal

Setelah melalui pelbagai kontroversi suatu ketika dulu, Kini minyak Yu Yee Cap Limau di sahkan Halal oleh JAKIM Malaysia. Boleh refer di http://www.halal.gov.my. Korang boleh semak sendiri status halal minyak ini sekiranya rasa was- was. 

Cara Guna:

Sapu / Gosok pada kawasan yang sakit ketika perlu

Kesan Sampingan:

Tiada Kesan Sampingan serta selamat digunakan sekiranya tidak mempunyai masalah sensitif terhadap kandungan minyak Yu Yee ini. 

Cara Penyimpanan:

  • Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) 
  • Jauhkan dari kanak2. 
  • Patuhi arahan tarikh tamat penggunaan pada botol.


Jangan Lupa...dapatkan Minyak Yu Yee Cap Limau keluaran Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd di pasaraya berdekatan anda. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan harga berpatutan serendah RM9 atau mengikut saiz yang ditawarkan iaitu:

  • Minyak Yu Yee 10ml
  • Minyak Yu Yee 22ml
  • Minyak Yu Yee 48ml

Khidmat Masyarakat Minyak Yu Yee Cap Limau dibawakan khas oleh Suria Amanda

Sharing Is Loving.....

Monday, November 28, 2016

Cinta Saja Tak Cukup....

Pesanan buat yang belum kahwin.. 

kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Sumber google

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnya...Amin..

#jangantanyabilaakunakkawen

Sunday, November 27, 2016

Majlis Kesyukuran Buat Mak & Adik Bongsu

Assalammualaikum....
Selamat berhujung minggu korang...alhamdulillah semalam 26 Nov selamat berlangsungnya majlis kenduri kesyukuran buat mak dan adik bongsu...mak dah selamat operation dan sihat seperti sediakala..dan majlis kesyukuran buat adik bongsu yang dh 7 bulan hamil anak sulung...terima kasih buat tetamu yang hadir dan saudara mara juga...majlis yang ringkas dan meriah bila sesekali berkumpul..


Antara tetamu dikalangan saudara mara..sesekali berkumpul memang seronok

Kari ayam,tempoyak daun kayu sambal udang petai, sayur labu masak lemak putih, sayur kacang buncis dan kuih koci...

Makanan yang kami sediakan semuanya masak sendiri...penat masih x hilang..sekarang ni nak berehat sebab sakit kaki berdiri lama..hajat nak balik KL pun terbantut x larat...

Alhamdulillah...niat dihati nak buat kenduri dan bersedekah berjalan lancar....insyaallah akan ada majlis lain pula di masa akan datang...amin....

Friday, November 25, 2016

DILEMA WANITA BERKERJAYA

Walau sesibuk manapun tugas dipejabat, sekurang- kurangnya luangkan sedikit masa beberapa minit untuk menggunakan kecanggihan tek nologi dengan menghubungi anak korang yang berada di rumah asuhan. Dengan cara itu secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kasih sayang terhadap anak dan mereka dapat merakan yang mereka diberi perhatian.Walau setinggi manapun jawatan yang disandang, kebijaksanaan dalam menguruskan rumah tangga lazimnya menjadi kayu pengukur.Oleh itu keseimbangan antara rumah tangga dan kerjaya harus diurus dan dititik beratkan sebaik mungkin supaya salah satu darinya tidak terjejas.



Untuk menjadi IBU SUPER di rumah dan di pejabat bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi mengelak dari kehilangan kedua- dua kerjaya dan keluarga beberapa tips dibawah boleh dijadikan panduan.

TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF BAGI IBU BEKERJAYA


  • Utamakan Diri
  • Tetapkan jadual kerja atau aktiviti
  • Fokus pada kerja ( kerja pejabat tinggal di pejabat dan lupakan  rumah sementara waktu)
  • Tumpukan pada keluarga
  • Dapatkan bantuan sekiranya perlu
  • Cuti adalah cuti

LIMA STRATEGI YANG PERLU DIAMALKAN IBU BERKERJAYA


  • Permudahkan diri anda
  • Tingkatkan kejayaan diri
  • Kurangkan rasa bersalah dalam diri
  • Pelbagaikan cara penyelesaian
  • Selalu berbincang dan jangan malu untuk meminta bantuan atau khidmat nasihat

TIP MENJADI “IBU SUPER” DI TEMPAT KERJA


  • Pendidikan / ilmu pengetahuan
  • Kemahiran Komunikasi
  • Bina Keyakinan / tonjolkan diri
  • Disiplin
  • Gunakan kelebihan dan keunikkan
  • Fokus 

TIP MENJADI “IBU SUPER” DI RUMAH


  • Banyakkan maklumat
  • Sediakan ruang kerja yang sesuai
  • Aturkan jadual kerja lebih sistematik
  • Disiplin
  • Bijak tunda masa
  • Ketenangan


Sesungguhnya tanggungjawab bukanlah satu bebanan tetapi adalah fitrah kehidupan. Namun sebagai ibu berkerjaya timbul pelbagai rasa atau dikenali sebagai dilemma dalam diri mereka. Dilema terjadi berikutan timbul pelbagai masalah sehingga ada kalanya seperti memaksa supaya berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian pada keluarga.

Itulah dilema yang aku hadapi…tapi sayangnya..aku lah ibu..akulah ayah makanya aku harus berkerja demi kelangsungan hidup….semoga tips diatas dapat membantu sedikit sebanyak kita yang bergelar ibu...

Thursday, November 24, 2016

Kisah Si Ujang.....

SEORANG PENGGANAS YG DITANGKAP dan DIPENJARA PUN MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA*

Si Ujang ditangkap polis. Ujang disangka pengganas, kemudian ditangkap dan dimasukkan ke penjara.

Beberapa hari kemudian, si Ujang menerima surat dari Abahnya:

 "Ujang, Abah dah tuo. Sekarang sudah musim tanam jagung, dan ekau dalam penjara pulak.

Camano ini,  abah tak terdayo mencangkul dan tanam  sendiri."

Si Ujang kemudian membalas surat tersebut:

 "Abah, kobun jangan dicangkul dulu dan ditanam jagung. Sbbnya di kebun tu ese dh tanam senjato, peluru dan bom."_

Ternyata surat balasan si Ujang ditapis oleh pegawai penjara, dan langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.

Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah Ujang.

Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tersebut dicangkul hingga petang utk mencari senjata.

Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah Ujang menulis surat:

 "Jang, tadi ada polis datang.donga eay mereka mencari senjato, peluru dan bom yang ekau tanam di kobun... tapi tidak jumpo. Sekarang abah nak buat camano?"_

Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, Ujang kemudian membalas surat kedua tersebut:

 "Bah, skrg kobun dah dicangkul... tanam jo la biji jagungnya."_

Pegawai yg bertugas menapis surat tersebut langsung berteriak histeria: _"Celako kau Ujang"!!!!!!¡!😡😁

Hahaha...den pun terkono

TIPS ELAKKAN TEKANAN KETIKA MELANCONG


Minggu ni minggu akhir sessi persekolahan kan? Korang dah rancang percutian ngan anak- anak dan keluarga? Percutian sememangnya sesuatu yang menyeronokkan kerana ianya adalah salah satu peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugasan di pejabat atau rumah.Namun adakalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokkan membuatkan kita jadi tertekan.

Oleh itu aku nak share sedikit tips melancong  yang mungkin dapat membantu korang menghindari tekanan selama bercuti di destinasi pilihan korang.

sumber dari google



  • Wang adalah hal terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Check kembali jumlah wang korang. Tekanan sering terjadi apabila wang yang diperuntukkan tidak mencukupi.untuk mengatasi masalah itu, pastikan sebelum korang memulakan perjalanan percutian, korang kena menyimpan duit yang cukup untuk perbelanjaan sepanjang bercuti.


  • Berdasarkan bajet korang, pilih destinasi yang tidak lari dari bajet dan rancang perjalanan korang. Jangan ragu memilih agensi pelancongan jika korangtahu cara memilih agensi terbaik yang menawarkan harga yang berpatutan. Sekiranya korang bercuti bersama kawan- kawan, korang akan mudah merasa tertekan lebih- lebih lagi ketika mengatur jadual sepanjang percutian. Dengan itu khidmat agensi pelancongan amat berguna kerana mereka akan meyediakan pakej yang berpatutan.
  • Sekiranya korang memilih agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu perjalanan, perbelanjaan,penginapan dan tempat yang sepatutnya dikunjungi.Pastikan korang tahu jadual perjalanan yang lengkap. Sekiranya korang memilih percutian sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan, buat jadual perjalanan sendiri kerana ia akan memudahkan korang di saat bercuti.
  • Jika korang bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan disiapkan spenuhnya terutama yang akan digunakansebelum dan semasa penerbangan dan ketika berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan korang tertekan.
  • Pastikan korang membawa pakaian yang selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tempat dituju. Berkemas sebaiknya bagi mengelakkan korang membawa barangan berlebihan atau kurang. Adakala kita dah merancang dan membuat persediaan awal tetapi ada jugak hal tidak diduga berlaku. Oleh itu apapun terjadi elakkan dari tertekan dan pastikan korang menikmati percutian tanpa rasa cemas.



Itulah sedikit sebanyak tips yang boleh aku kongsikan dengan korang. Bukan apa kadang- kadang kita dah elok dengan perancangan serta persediaan tetapi apabila sampai di tempat percutian pasti ada yang tidak kena. Dari merasa tertekan, lebih baik kita bersedia kan?Tak nak la pulang bercuti dengan pengalaman pahit dan rasa tak puas..aku selalu hadapi perkara macam tu bila bercuti ramai- ramai. Nanti nak plan la bercuti berdua jer dengan anak dara aku yang sorang tu.Harap- harap takdelah masalah bila bercuti berdua..bukan apa..selama ni

Bila Atuk Melayan Cucu...

Perasan tak..kalau atuk ngan cucu memang sayang betul...apa cucu nak semua diikutkan...ini sebenarnya gambar lama..sekarang diorang dh besar kan..bila tengok balik gambar ni macam sweet sangat...atuk melayan cucu makan eskrem...




Rasanya semua atuk memang sayang cucu kan..kalau mak2 nak marah ke nak pukul sure mak2 kena balik...berani la pukul cucu depan atuk...cubit pun sembunyi2..
Atuk sayang cucu lebih...dulu masa anak-anak2 kecik siap kena bantai dengan tali pinggang or getah paip...cucu x pernah pun kena jentik..

Sabar je la...

TIPS MENGELAKKAN MULUT DAN NAFAS BERBAU

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi apabila orang memaling muka ke arah lain atau menutup hidung ketika bercakap dengan korang? Jika itu adalah reaksi diorang berkemungkinan besar korang berhadapan dengan masalah mulit atau nafas berbau.Masalah nafas berbau boleh menebabkan diri kita tertekan akibat malu hingga menyekat aktiviti serta kegiatan social.Lazimnya individu yang terlibat dengan permasalahan ini akan mula mengasingkan diri  dari teman- teman.Tetapi keyakinan diri boleh dipulihkan semua sekiranya masalah nafas dan mulut berbau dikesan dan dirawat dengan betul

Gambar dari google

Jom aku kongsi sedikit tips mengelakkan nafas dan mulut berbau

1.Mulakan dengan mengenal pasti makanan yang menyebabkan nafas berbau. Kawal serta elakkan    dari mengambil makanan itu

2.Cara pembersihan rongga mulut perlu betul, jika boleh gosok gigi 2 kali sehari. Lakukan flos, mengikis lidah, penggunaan ubat pencuci mulut yang khusus dan sesuai.

3.Pilih pemakanan yang lebihserat, kunyah gula- gula getah yang mengandungi herba serta ikut nasihat doctor.

4.Paling penting cuba berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok

Berus Gigi dan Lidah

Paras campuran sulfur yang busuk berkurangan 53% bagi mereka yangmemberus gigi dan lidah selama 2 minit, dua kali sehari untuk dua minggu.


Pengikis Lidah

sumber google

Mengikis lidah lebih berkesan berbanding memberus lidah dari segi membuang sisa makanan. Bagaimanapun kesannya tidak kekal lama.

Pencuci mulut Antimikrobial

Sumber google

Kesan pencuci mulut hanya sementara tapi jika berkumur dengan pencuci membasmi kuman adalah lebih lama kesannya. Ia bukan sahaja menghilangkan bau yang menyebabkan bakteria tetapi juga mengurangkan protin di dalam mulut yang disebabkan oleh bakteria ketika mengambil makanan.

Ubat Gigi Mengandungi Triclosan

Mengandungi bahan yang membunuh kuman mengurangkan campuran sulfur sebanyak 56% sementara ubat gigi dengan penyegar nafas tanpa triclosan hanya mengurangkan 10 %

Berkumur Di Antara Waktu Malam

Ia boleh menanggalkan partikel makanan yang digemari Bakteria


Sumber google


Ada cara yang mudah untuk kita mengesan masalah mulut dan nafas kita berbau atau tidak seperti melakukan ujian sendiri di rumah. Korang hanya perlu jilat belakang tangan serta tunggu hingga kering dan cium. Sekiranya ada bau sememangnya korang ada masalah tersebut. Lakukan sesuatu supaya kawan2 korang tidak buat aksi yang akan menyebabkan korang tersinggung dan rasa rendah diri..ingat..mulut adalah aset yang paling penting dalam hidup kita..kebersihan mulut adalah lambang peribadi kita sendiri....

Sharing is caring

Wednesday, November 23, 2016

Ayam Berlada dan Tumis Air Sayur Bayam Bekal Hari Ini

Semalam Migraine, giler punya sakit kepala sampai aku terpaksa MC....dapat rehat dan tido dan makan pain killer...rasa killer sangat..petang baru bangun...pas tu keluarkan apa yang ada dalam fridge...decide nak masak apa...maka terjadilah 2 jenis lauk untuk bekalan hari ni...


Ayam Berlada


Tumis Air Bayam aku campur cendawan( sebenarnya x tumis pun..rebus je)

Sayur bayam tu aku rebus je, campur bayam skit..cendawan skit...menyahut cabaran menteri kan..kurangkan penggunaan minyak...yang ni memang aku rebus je...tapi apesal letak nama Tumis?Entah la..biasa amak aku sebut macam tu...aku ikut jer la...

So hari ni boleh la makan dengan kawan- kawan...macam mana berat tak naik...dah kenapa aku jarang diet nasi ni...ntah bila nak mula makan roti semula..berat dah bertambah naik ni...dah terasa sangat dah ni....aku memang dah rasa berat badan naik..tapi kawan2 aku cakap celah mana yang naik...haih..aku pun confuse...acaner ni....

Tuesday, November 22, 2016

Kerana Rindukan Mee Kari Air Tangan Mak.....


Hi korang..

Hanya kerana rindukan mee kari air tangan mak aku...maka terciptalah Maggi Kerang ni haa...ye..mee kari mak aku memang kesukaan kami sekeluarga..oh bab mee kari ni aku tak menuntut ilmu ngan mak lagi...ada speciality yang mak aku masak yang susah nak dapat rasa yang sama tau...sampai sekarang tak tau apa speciality tersebut..apapun...aku tetap rindu air tangan mak..mak kan baru lepas operation jantung so memang tak boleh buat apa2 kerja lagi..kalau nak merasa masakan yang macam mak masak kena la mak sesama lepak kat dapur bagi arahan itu ini...kira mak tunjuk ajar la..tapi tetap tak sama...mak masak dengab kasih sayang so tetap tak sama kan...

Disebabkan rindu mee kari mak sampai terbayang2..aku siap beli kerang...then buat maggi kari..kasi ubah skit la...rebus kerang macam biasa, tumis maggi kari...letak segala mak nenek sayur sawi, cili api ngan telur...last sekali kopek kerang dan masukkan aje isi kerang tadi dalam maggi...SIAP!!!
MAGGI KERANG WUNNE!!!

Sedap gak....sorry la puji diri sendiri..sapa plak nak puji lagi kan...hahahaha....

Sapa suka kerang leh gang......

Selamat malam....

Ayam kg masak lemak Cili Api style NS

Hi korang..sebenarnya kan..dh banyak kali dh aku share Masak Lemak Cili Api NS ni..ni memang menu wajib kalau balik kampung..aku prefer guna ayam kampung instead of ayam saging biasa..sebabnya? Sebab daging ayam kampung manis kan...hehehe...ini pure ayam kampung eh..tangkap dan sembelih...buang bulu sendiri..gigih tau semata-mata nak makan ayam kampung..kat pasar harga RM22 sekilo..mahal kan? Kat kampung ko tangkap je...settle la sembelih.. x cukup seekor tangkap lagi seekor..ye la..ayam kampung kan kecik ....



Bahan-bahan

Ayam kg seekor potong 12
Cili api segenggam tumbuk dengan kunyit hidup
Santan sebiji kelapa
Serai 4 batang
Ubi kentang 2 biji potong 4

Cara2
Masukkan ayam + cili api dengan kunyit hidup + serai dalam kuali gaulkan + masak dengan api sederhana sampai air dari ayam td kering.
Kemudian masukkan santan dan sedikit air sekiranya santan td pekat sgt.
Masukkan kentang
Kacau selalu agar tidak bertahi minyak
Biarkan menggelegak dan kentang empuk
Perasakan garam
Biar kuah agak pekat dan kering
Padam api..
Siap!!

Selamat mencuba...

6 SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL


Apakah perbezaan panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

Jom kita berkongsi pengetahuan tentang Panadol dan kegunaanya yang sentiassa menjadi salah faham kepada pengguna...

PANADOL dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

🔻 PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

🔻 PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

🔻 PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

🔻 PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg   dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

🔻 PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

🔻 PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

"Saya tidak bertujuan menggalakkan atau menghalang  penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati"
*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*

Aku jarang amik panadol...kalau senggugut ke..sakit kepala biasa ke..aku rela tahan dari makan ubat...tapi kalau dah migrain teruk...sampai panadol pun tak leh lawan sakit..terpaksa la aku makan pain killer yang mana tetap merbahaya kalau diambil tanpa peraturan....

Semoga ilmu diatas berguna untuk kita dimasa akan datang.....

Monday, November 21, 2016

Masakan Kampung Menu Weekend Suriaamanda

Hi korang...kali ni aku up entry lepas makan tengahari..korang dah singgah tengok 2 entry tadi lom..
Kali ni aku satukan gambar macam ni..senang sikit so xde banyak gambar kat entry yang ni dan korang tak terliur lebih kan...

Jom tengok gambar


  1.  Ikan patin masak lemak cili api
  2.  Ayam goreng untuk anak-anak
  3.  Kangkung goreng
  4.  Hati ayam goreng berlada
  5.  Ulam kacang botol


Menu Ahad

  1. Sambal Udang Petai
  2. Ayam kampung masak lemak cili api
  3. Rendang hati dan pedal ayam campur pucuk paku
  4. Ulam pegaga
Itu je masakan untuk weekend yang sempat aku masak...korang masak apa weekend lepas?
Hujan melebat kan...bila dh hujan perut lapar je..so aktiviti makan ni memang sesuai la..lepas kenyang perut bantai plak tido...ubat yang bagus ni......

Al-Fatihah Murid Cemerlang UPSR Meninggal Dunia

KOTA BHARU: Murid cemerlang yang memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan minggu lalu, Wan Adibah Farhana, meninggal dunia, pagi tadi.


ALLAHYARHAMAH Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, yang menghidap kanser kelenjar menunjukkan keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR di Hospital Universiti Sains Malaysia pada 17 November lalu. 

Bapanya, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, yang juga Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, berkata anaknya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 4 pagi.

"Sebelum pergi (meninggal dunia) dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan... hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas pagi ini.

Kisah menyayat hati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2 itu mendapat perhatian ramai pada hari pengumuman keputusan UPSR pada Khamis lalu.

Dia dimasukkan ke HUSM sejak 4 September lalu apabila mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

Sumber : Berita Harian Online

Akhirnya Dapat Stok Minyak Masak

Hi korang....
Macam mana weekend? Ok?weekend aku macam biasa..aktiviti sebagai anak dan mama tetap aku teruskan seperti biasa..hujan sepanjang hari mematahkan semangat nak pi berjalan..minggu ni Sabtu nak buat kenduri doa selamat mak..so sempat pi menjemput sedara mara hari Sabtu..lepas tu Ahad tak kemana..dengan hujan lebat sepanjang hari, guruh berdentum kilat menyambar..menakutkan..

Hari ni nak citer pasal minyak masak...rata2 kat mana-mana pasaraya memang limit kan 2 peket je bleh beli kan..tp kat Pasaraya Zemart area umah aku ni memang xde limit pun..selamat borong 30 peket dan tambah lagi 15 peket belikan utk Mak Lang kat kampung...beli banyak2 nak buat apa..minggu ni ada kenduri dia selamat utk mak aku..mak kan dah sihat lepas operation jantung..tu sebab beli banyak2...

Banyak kan


Cuma bukan hari2 la diorang keluarkan stok minyak ni..kalau ada abah aku siap bg tau anak2 dia..sapa nak minyak abah belikan dulu..nanti kitorang balik bayar je duit kat abah


Minyak biasa 5kg


Jenama saji 5kg  - RM20.80


Ini yg kami borong...

Beli minyak mengalahkan nak meniaga..tp bagus jugak buat stok..botol ada je kat umah..nanti yg botol dh habis..kita kasik refill je..senang citer kan..

Tempat / Area rumah korang macam mana?
Minyak masih takde ke?

Saturday, November 19, 2016

Resepi Cendawan Kukur Goreng Berlada

Bila musim hujan kat Pasar Tani ramai yang jual cendawan busut dan cendawan kukur/kulat sisir..harga agak mahal..tapi sebab jarang jumpa so orang x kisah beli kan..last week ada buat resepi biasa mak masakkan...
Jom tengok resepi....


Resepi Cendawan Kukur Goreng Berlada


Bahan-Bahan

  1. 100gram cendawan kukur- rendam sampai kembang
  2. 2 ulas bawang kecil
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 batang serai
  5. 10 biji Cili api 
  6. Segenggam ikan bilis
  7. 2 sudu sos tiram
Cara memasak

  1. Bahan no 2-6 tumbuk dan tumis sampai garing
  2. Masukkan cendawan
  3. Gaul sampai bahan tumis sebati ngan cendawan
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air
  5. Perasakan garam
  6. Sedia dihidang
Sedap dimakan panas2 dan di gandingkan dengan ikan masin goreng...

Tak sedar bertambah 2 pinggan...

Selamat mencuba...

Friday, November 18, 2016

Ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!

Doa Ibu Adalah Makbul, Hati-Hati Bila Berkata Kerana Ianya Adalah Niat


Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..!

Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata,

"Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!”

Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..!

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..!

Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..!

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya..!

Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi..!

Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu..! Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.

Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping..!

Sebahagian mereka mengangkat badan  anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital..!

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya semasa ia masih kecil dahulu..!

Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku..! Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata,

"INI DOAMU KAN..? Sudah AKU kabulkan..! Setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya..!"

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir..! Aku berteriak dan menangis sambil berkata,

"Ya Allah..! Selamatkanlah anak aku..! Jangan pergi nak..!"

Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu..!
Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi waktu ini..!

Cerita ini dari satu kisah benar..! Pesananku pada para ibu..! Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sedang marah..!

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan..! Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah..! Tapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku..!

Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir..!

Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu..!

Tolong sebarkan cerita ini kepada semua wanita..! Doakanlah yang baik-baik saja untuk anak-anak..! Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama..! Tunggulah dan Allah swt pasti akan mengkabulkan

#JagaEmosi
#JagaPerkataan
#akusayanganakku

Tersampuk Shopping Di Lazada


Last week kan Lazada buat sales giler2 kan..aku puas menahan gelora hati sebab ye la tgh bulan kot...ekceli bukan xde duit..duit ada tp xde la allocation utk shopping bulan ni..hurmmm...besar betul setan yg menghasut...terjebak jugak beli 5 barang dan beli guna kredit kad...
Ko dah kenapa mama Dania oiiiiii.......ada 2 barang lagi lom sampai...haih..sabau je la...la ni dh rasa macam membazir plak...

1. Compact powder Loreal
2. Kryolan foundation
3. Professional Concealer

Lagi 2 barang next week sampai kot....

Kemeriahan Sambutan Karnival Keluarga Tahunan Fiesta Magica, IJM Land Seremban 2

"Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Trails Happy" Tema Karnival Keluarga Tahunan IJM Land Seremban 2

IJM Land Berhad ( IJM Land) Seremban 2 menganjurkan Karnival Keluarga Tahunan  di perkarangan Pejabat Jualan IJM Land. Karnival ini berjaya mendapat sambutan orang ramai dengan bertemakan "Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Trails Happy". IJM Land berjaya menjadikan karnival ini sebagai salah satu event tahunan dalam kalendar khas IJM Land yang sememangnnya mendapat tempat dihati pengunjung mahupun bakal pembeli secara amnya dan ini juga merupakan aktiviti yang sangat di nanti-nantikan.

Menurut Pengurus Besar Kanan IJM Land, Encik Hoo Kim See, penganjuran aktiviti keluarga-centric dengan sokongan padu  penduduk  dan bakal pembeli Seremban 2 akan sentiasa menjadi perkara yang paling  bermakna bagi IJM Land


Pengunjung yang hadir di Karnival ini



"Kami percaya Seremban 2 membangun dengan slogan 'A Place Great untuk Live' - adalah lambang perbandaran yang ideal,lengkap dengan kemudahan yang menyasarkan pasangan muda dan keluarga yang mahu menikmati persekitaran hidup yang selamat di lokasi yang strategik, " tambah Encik Hoo Kim lagi. Selain itu IJM Land Seremban 2 telah mengambil inisiatif mencipta paparan yang mempersonakan dan mampu menarik perhatian pengunjung yang sememangnya suka dengan kisah dongeng. Untuk itu "Tunnel Of Love" dicipta dengan ribuan LED berbentuk Cinderella Pumpkin Carriage, Giant Mushrooms dan banyak lagi sehingga akhir tahun ini. IJM Land juga telah menganjurkan Pertandingan Photo yang ajaib, yang bermula dari 13 November-18 Disember. Dengan jumlah hadiah wang tunai bernilai RM3,000 untuk dimenangi. Pertandingan ini akan menggalakkan penyertaan pengunjung dan penduduk untuk mempertandingan gambar yang cantik dan kreatif.




Pengunjung yang berkunjung  ke karnival ini dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak IJM Land antaranya "Perhimpunan cosplayers dan Pertandingan Kostum Cosplay" di Seremban 2 . Pengunjung berpeluang menyaksikan watak- watak 'aksara' kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan Cosplay dan pertandingan.Sememangnya aktiviti ini sangat mendapat tempat di hati pengunjung dan telah berjaya menarik perhatian  serta mendapat banyak penyertaan. Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan menarik si Ahli silap mata. Pengisian aktiviti terbaik disediakan sepanjang karnival ini berlangsung memandangkan ramaai yang teruja dengan cerita fantasi dan dongeng. Sambutan berunsurkan tema ini ternyata mencipta kejayaan buat IJM Land Seremban 2. 


Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Costume Cosplay


Pemenang pertandingan Costume Cosplay



Kempen Derma Darah


Percaya dengan konsep  menyumbang semula kepada masyarakat, Anak muda Malaysia Movement (YMMNS), Persatuan Belia Xiang Lian dan Persatuan Kwang Tung N.S - dengan IJM Land sebagai penaja utama - telah juga menganjurkan kempen derma darah semasa karnival ini berlansung Termasuk pemeriksaan percuma dari Perundingan Perubatan Cina Tradisional (TCM). Pemeriksaan tulang belakang dan postur pemeriksaan percuma, kaki, lutut dan juga tayangan scoliosis.

Mr Hoo Kim See berkata penganjuran karnival dengan penglibatan penduduk akan mengukuhkan hubungan mereka dan juga mampu membina kepercayaan penduduk dan bakal penduduk terhadap IJM Land dalam menyediakan pembangunan dan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka

"Aktiviti seperti ini dijalankan setiap tahun dengan objektif untuk memupuk perpaduan, menyatukan semula persahabatan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Seremban 2 pemastautin penduduk Seremban," kata Encik Hoo.

"Kami mahu menggambarkan kepada penduduk dan bakal pembeli bahawa IJM Land meletakkan komitmen yang terbaik untuk meletakkan pelanggan-pelanggan kami di tengah-tengah segala yang kami lakukan, sentiasa menyampaikan pada masa yang sesuai dengan kualiti yang tinggi dan sikap yang hebat, dan kami ingin memberi jaminan penduduk dan bakal pembeli bahawa apa sahaja yang kita lakukan, kita sentiasa mendahuli dan mengutamakan mereka sebelum sebarang keputusan dibuat. "

Pelbagai informasi lanjut tentang Pembangunan IJM Land di Seremban 2 disediakan dan anda boleh terus mendapatkan info dengan melayari laman ini: www.seremban2.com.my