Wednesday, October 12, 2016

RESEPI | Hati Ayam Goreng Berlada

Hai korang...

Ada penggemar hati ayam kat sini? orang kurang darah atau Anemia elok makan hati ayam, hati lembu..tapi bukan dalam jumlah yang banyak...selalunya sekadar untuk menambah darah...dulu masa preggykan Dania aku kurang darah..so kena la belajar makan hati ayam dan lembu...kalau di beri pilihan akau lebih suka hati ayam dari lembu...hehehehe...


Versi masih dalam kuali


versi dah dihidang dalam pinggan

Jom la tengok resepi..

RESEPI HATI AYAM GORENG BERLADA

  1. Hati Ayam setengah kilo
  2. bawang putih 4 biji - ditumbuk
  3. bawang merah kecil 2 biji - ditumbuk
  4. bawang besar sebiji - dihiris kasar
  5. cili api - 20 biji - ditumbuk
  6. sos tiram sesudu besar
  7. garam
Cara- cara Masak

  1. Hati ayam di goreng garing
  2. tumiskan bahan tumbuk dan sos tiram sampai naik bau
  3. masukkan bawang besar dan garam
  4. masukkan hati ayam yang dah digoreng
  5. gaul sebati
  6. biarkan seketika sampai bawang kekuningan dan layu
  7. tutup api dan sedia dihidang

Senangkan?

Selamat mencuba..tahap kepedasan terpulang pada korang...lagi pedas lagi ummmphhhh....

18 comments:

  1. slalu mkn hati goreng je..nmpk menarik ni

    ReplyDelete
  2. perghhh..nampak sedap tapi kann kite tak suka makan hati ayam..hahaha

    ReplyDelete
  3. tapi ramai orang kata dalam islam tak elok makan organ dalaman huuuu. saya suka hati masak rempah!!! :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya hati ayam. selalu goreng je.

    ingat dulu kekecik mak memang tak bagi makan hati ayam bebanyak lagi lagi nak dekat exam. katanya tak elok =.= taktahu betul ke tak pantang tu tapi selalu kena menahan je. hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh mudah je masak tapi yanie tak makan hati.. nanti leh tiru resepi buat dengan daging atay ayam ke..

    ReplyDelete
  6. kecik2 dulu mak selalu masak lauk hati ni .. bila dah besar sekali pun aku tak pernah mkn kak entah kenapa ... klu beli ayam sekor pun ckp siap2 takmau isi perut dlm ....

    seingat aku dulu sedap sgt lauk hati ni kan

    ReplyDelete
  7. iols x makan hati ayam huhu

    ReplyDelete
  8. Pergh! Merecik habis lauk ni..

    ReplyDelete
  9. 2-2 jnis hati ni x mampu di telan. Tak laluu..

    ReplyDelete
  10. Sedap ni. Kalau buat goreng tepung pun ummph!

    ReplyDelete
  11. Hurmm saya lebih suka hati lembu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah