POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI
Setiap gadis adalah berbeza, namun di dalam sifat semula jadi mereka yang ayu dan pemalu, terdapat juga semangat yang membara untuk mengecapi impian mereka dan inilah antara karakter-karakter unik yang akan menentukan siapakah mereka pada masa hadapan. Cuba bayangkan, jika kekuatan dalaman ini dipadankan dengan peluang yang cerah, bukankah ia akan melahirkan wanita yang berpendidikan serta berkemahiran untuk negara kita?
NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini.
Antara ciri terbaik di dalam projek ini adalah penglibatan para perantis secara lansung bermula daripada hari perekrutan sehingga hari mereka berjaya mencapai matlamat utama selain daripada memperolehi inspirasi dan memperkasakan diri mereka melalui NIVEA dan FORWARD. NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah membuka ruang yang terbaik kepada para gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka
Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip.
NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawall usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, project ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka Bakes, serta penasihat kecantikan terbaik NIVEA. Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini.
Berlian tidak muncul di depan mata, tapi perlu di cari. Atas sebab itulah, NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah distrukturkan untuk mencari para perantis yang berpotensi dengan teliti dan cermat melalui kaedah kaji selidik, serta pencarian di kawasan sasaran sebelum proses pengambilan, orientasi dan perantis dijalankan. Kerjasama antara NIVEA dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini.
Hanya yang terbaik di antara kalangan perantis akan meneruskan ke fasa Apprenticeship yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. Pada 26th September 2016, tujuh perantis yang berjaya akan di perkenalkan di dalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony daripada mentor mereka. Setiap perantis akan diberikan elaun RM250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. Pada minggu terakhir NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.
wah bagus ni
ReplyDeletesuka juga produk nivea..brand di percayai
ReplyDeleteCn suka deodoran nivea
ReplyDeleteterbaik..:)
ReplyDeleteWah! Menarik program ni.. Baguslah bagi peluang untuk org2 muda seawal usia 18 tahun..
ReplyDeleteProgram yang menarik dan nivea ni bagus sebab buat pengguna selesa dengan keluarannya.
ReplyDeleteNivea dan wanita.. Lelaki? Huhuhu
ReplyDeletebaru tau ada program ni
ReplyDelete