Tips untuk si gadis mendampingi lelaki pemalu
Gambar dari google
Kelihatan naif, kurang bercakap dan mudah gugup apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali terutama wanita...eh zaman serba canggih ni wujud ke lelaki begini...macam kurang percaya plak kan...tiga watak sinonim dengan lelaki pemalu yang sangat jarang ditemui tetapi wujud di dalam masyarakat kita. Kebanyakkan lelaki pemalu juga mempunyai masalah komunikasi dan paling ketara enggan bertentang mata ketika bertutur kerana kurangnya keyakinan diri
So jom baca tips berikut untuk si gadis yang ingin mendampingi lelaki pemalu :
1. Mulakan Perkenalan
Memandangkan lelaki pemalu kurang bercakap, tidak salah sekiranya si gadis memulakan perbualan.B eranikan diri untuk meluahkan daripada si jejaka tidak tahu anda menyukainya. Mencuba lagi baik daripada membiarkam si dia terlepas ke tangan orang lain..
2. Gunakan Cara Non Verbal
Jika tidak berani meluahkan perasaan secara berdepan. Cuba suarakan melalui kiriman pesanan Whatsaap atau applikasi laman social lain.Dengan cara itu perasaan anda tidak akan terpendam begitu sahaja. Lelaki pemalu juga akan kagum dengan keberanian anda dan yakin anda benar-benar menyukainya.
3. Borak Topik Umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai topik umum. Topik ini biasanya adalah berkenaan hobi satu sama lain, lagu mahupun filem terkini atau yang berkait rapat dengan isu semasa. Apabila dia sudah galak bercerita barulah anda masuk ke topik yang lebih serius.
4. Berbual Dengan Santai
Ajak si pemalu berbual secara santai seperti anda bercerita dengan rakan kerja anda sendiri.Jangan cuba kuasai perbualan dengan memandang tepat pada matanya kerana kuatir akan membuatkan dia rasa tidak selesa. Nada suara dan jarak anda dengan dia juga perlu diambil kira bagi mewujudkan keserasian antara anda berdua.
5. Jangan Cepat Putus Asa
Lelaki pemalu biasanya berkelakuan seperti itu pada permulaan sahaja. Apabila dia sudah merasa selesa berbual dnegan anda, easa malu itu pasti berkurangan.
Malah jangan terkejut kalau lelaki pemalu ini bertukar menjadi kawan malah lebih rapat dengan anda. Dari sini lah bermulanya bibit cinta dari seorang teman menjadi kekasih..
Jadi banyakkan bersabar dan jangan mudah putus asa..
Selamat mencuba...semoga berjaya..
klo dua2 pemalu cmne lak ea..haha
ReplyDeleteHee. Sesuai digunakan kepada wanita pemalu juga :D
ReplyDeleteRasanya tips tu berkesan sebab Mia dulu pun pemalu ... hehe
ReplyDeleteemmmm siapa yg malu sebenarnya ni AS..
ReplyDeletelelaki pemalu?..hhrrmmm..SB tak tau nak komen apa ni, SA..
ReplyDeletehee~ suami kakak kategori lelaki pendiam.. nak kata pemalu tu tak a.. tapi beliau jarang mulakan conversation.. jenuh gak a kita pulun idea nak borak dengan dia..
ReplyDeletepakwe ai buat camni la masa nak ngorat ai dulu.. ehh..hahahaha
ReplyDeleteAda je jenis lelaki pemalu ni.. Diorang ni kalau depan2 mmg x bercakap banyak.. Tapi kalau sms/whatsapp okay je sembang.. Hehe! Base on pengalaman zaman belajar dulu.. Hehehe..
ReplyDeleteComel je kalau lelaki jenis malu ni..
ReplyDeleteSayalah lelaki pemalu itu.
ReplyDeletemacam bf sha, sha yang mulakan dulu haha
ReplyDelete