Saturday, October 8, 2016

Hidup Lama Dengan Bau Kentut??

*PERIHAL KENTUT*

Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda.

Gambar dari google


Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal.

Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan.

Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama

Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda!

Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat.

Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa.

Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit..

8 comments:

  1. time nak solat dah ambil wudhuk mesti rasa nak terkentut..hahah

    ReplyDelete
  2. Klau tgh kdaan perut x selesa, dpt kntut jd lega. Hihi

    ReplyDelete
  3. Okay.. Ini menarik.. Jangan pulak lepas ni asal ada yang kentut, beramai2 kita mengerumuninya demi menghidu bauan kentut utk kehidupan yg lebih panjang.. Ark ark ark! ^^,"

    ReplyDelete
  4. hahaha. Jangan pengsan sudah lepas hidu..

    ReplyDelete
  5. Setelah membaca entri ini.. Saya tak malu lagi untuk kentut... Hehehe

    ReplyDelete
  6. kalau kat rumah ok je. kadang kalau gi bercuti ke apa ya Allah susah betul nak ketut ahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......