Monday, October 31, 2016

Harga Minyak Naik 15 Sen!!!


Naik lagi.....

Harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November 2016 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

Harga runcit baharu bagi diesel pula ialah RM1.90 seliter.
Ini menunjukkan harga petrol dan diesel telah naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter.

Harga ini akan mula dikuat-kuasakan pada tengah malam 1 November (12:01 tengah malam).

Lepas ni x tau la apa plak lagi harga yang akan naik...kita aimed Minyak Masak plak erk.....

Syukur...Malaysia Masih aman......

Kekal Muda Dan Anggun Selamanya Dengan 3D Gold Stemcell Serum

FORMULA TERKINI DARI MY BEAUTY HERBS UNTUK ANDA KEKAL SEMPURNA

Bagi wanita yang bakal menghampiri umur 40 tahun, pastinya mimpi ngeri akan muncul acap kali bila berbicara tentang kecantikkan kulit wajah. Alhamdulillah aku tak banyak mengalami masalah kulit melainkan agak kering dan berminyak..untuk itu langkah demi langkah aku cuba ambil untuk kekal muda dan bertuah sungguh kali ini apabila diperkenalkan dengan  3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs. 

Formula terkini yang diperkenalkan oleh My Beauty Herbs amat memuaskan hati, Dengan kandungan Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprout Extract dan Dermcom mampu membuatkan kulit wajah semakin gebu, muda dan berseri- seri. Perubahan yang konsisten muncul dari hari ke hari....


Jom baca Kelebihan Kandungan Bahan dalam 3D Gold Stemcell Serum 

Pure Argania Stemcell

  • Mengekalkan dan  melindungi stemcell kulit
  • Mengurangkan sehingga 50% kedutan muka
  • Mengetatkan dan memperbaiki tisu- tisu kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Memberikan rejuvinasi kepada kulit secara mendalam
  • Bahan aktif pertama yang terbukti mampu menyerap ke lapisan dermis kulit

Hydrolyzed Wheat Protein

  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Memberikan nutrisi dan melicinkan kulit
  • Mengelakkan kulit dari kering dan berminyak
  • Mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit


Lepitium Sativum Sprout Extract

  • Menghilangkan pigmentasi kulit
  • menghalang pembentukkan jeragat

Dermcom

  • Membantu menghasilkan kolagen dan elastisiti kulit
  • Meningkatkan pertumbuhan semulajadi sel kulit
  • Menghasilkan Kulit yang Segar, ceria dan anjal
  • Meningkatkan rejuvinasi tekstur kulit
  • Mengetatkan Liang pori kulit

TAHUKAH ANDA ?
  1. 50% proses PENUAAN kita disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti kerosakan kulit karena sinar matahari,pencemaran,merokok dan gaya hidup yang tidak sihat.
  2. Tanda PENUAAN yang paling jelas adalah dengan munculnya garis-garis vertikal halus yang terbentuk dari ekspresi wajah kita. Tanda tersebut akan terlihat lebih dalam seiring bertambahnya usia.
  3. Tanda-tanda PENUAAN ini menjadikan kita khususnya para wanita hilang keyakinan dengan penampilan dan seterusnya menjadikan kita kurang bersemangat untuk melalui hari-hari yang mendatang


Botol serum dengan warna gold yang memikat hati...


Sebelum consume serum 3D Gold Stemcell.kulit agak berminyak dan jerawat banyak di bahagian dagu.. nampak kan? jelas betul jerawat bawah bibir tu ha..tengok pun boleh migrain tau...


Selepas 2 minggu penggunaan dan masih terus menggunakan...kulit muka nampak segar dan bermaya, tidak kusam, kurang berminyak dan jerawat dah mula hilang...syukur..nampaknya serum ni sangat sesuai dengan aku...sangat- sangat puas hati..maklum lah umur dah 38 tahun..sememangnya aku sangat memerlukan serum yang hebat  seperti 3D Gold Stemcell Serum ni...Dari sekarang kena la jaga kan...2 tahun lagi dah nak ke angka 40 dah....



Korang nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum ni?

Jom layari media sosial My Beauty Herbs...dapatkan keterangan lanjut di sana...

Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram : @mybeautyherbs 
No. Tel : +601128090446 /+60122239447
Harga Serum : RM150 Semenanjung Malaysia
                      RM159 Sabah / Sarawak

Saturday, October 29, 2016

Kehilangan....

Aku hilang seorang adik sepupu lelaki..
Aku hilang seorang adik yang begitu rapat
Aku hilang gurau sendanya
Aku hilang gelak tawanya
Tak mungkin ada yang mampu menggantikan tempat dia
Dia umpama penglipur lara..
Damailah adikku di sana..
Semoga rohmu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Kami semua redha...dari melihat dirimu sengsara...
Pergilah....kami menyusurimu kemudian..

Innalillahiwainnailaihirojiun....

Friday, October 28, 2016

Mudahnya Shopping Barangan Dari Luar Negara Dengan ezbuy.my

Hi korang...

Online shopping sekarang memang memenuhi keperluan kita kan? Kenapa aku cakap macam tu..ye la..tak semua kita ada masa nak pergi shopping kat shopping mall kan? Nak pulak kalau surirumah sepenuh masa...memang tak mungkin ada masa nak pergi shopping. Kalau shopping pun mungkin bila tiba musim perayaan atau pun kena tunggu hujung bulan..setuju tak?

Macam aku yang sentiasa sibuk dengan kerjaya sememangnya tiada masa nak keluar shopping apatah lagi nak fikir shopping mall mana nak pergi, nak fikir parking lagi, tol dan minyak kereta. Semua tu harus diambil kira kan? Dengan itu baru- baru ini aku di perkenalkan dengan sebuah website online shopping iaitu ezbuy.my . Sekarang ini apa sahaja keperluan kita berada di hujung jari sahaja.Bercerita tentang ezbuy.my, mereka menawarkan barangan dari luar Malaysia seperti China, USA dan Taiwan dengan harga yang murah. Korang tak perlu nak beli tiket flight atau buat passport untuk shopping barangan luar negara. Semua di hujung jari sahaja....menarik kan?



Antara barangan yang mudah didapati di Ezbuy.my :

  1. Women’s Clothing
  2.  Men’s clothing
  3. Toys, Mother & Kid
  4.  Shoes, Bags & Accessories
  5.  Home & Garden
  6.  Beauty & Health
  7.  Sports & Outdoors
  8.  Office & Stationery
  9.  Automotives
  10. Mobiles and Tablets
Antara Cadangan Barangan Yang Patut Beli di Ezbuy.my :-

1. Beg berjenama seperti dari US,kerana harganya lebih murah. Diskaun pula sehingga 78%


Harga yang ditawarkan adalah sangat murah..


Pakaian Wanita sales sehingga 70% 


Pilihan Pakaian wanita yang fashionable


Gadjet dan bermacam lagi...


2. Basikal untuk Anak Kecil

Murah je di ezbuy.my berharga RM69.28




Bagaimana shopping di Ezbuy.my?



 1. Login / Register
 Daftar akaun ezbuy.my. Penuhkan segala details yang diperlukan. Untuk pertama kali log in akan  dapat rebet RM15. Wow...best kan?


2. Pilih Barangan yang korang suka di ezbuy.my
Klik barangan yang menjadi pilihan hati dan masukkan ke dalam shopping cart



3. Pelbagai warna / kuantiti disediakan di ezbuy.my
Pilih warna dan kuantiti yang diingini serta barangan BEST SELLER



4. Shopping cart ezbuy.my
pastikan semua barangan yang dipilih berada di dalam shopping cart

5. Shipping Fee di ezbuy.my
pelbagai pilihan penghantaran disediakan, korang boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet korang.



6. Alamat penghantaran
pastikan alamat penghantaran yang tepat supaya barang yang dipesan tidak hilang!!

7. Pembayaran
Pelbagai medium pembayaran juga disediakan mengikut pilihan kita sendiri.

ezbuy.my Prime Membership



Prime - Unlimited Shipping

Bagi tujuan penjimatan, jom subscribe ezbuy.my Prime Membership. Satu lagi tawaran hebat untuk korang dari ezbuy.my. ezbuy.my memperkenalkan Prime untuk korang. Prime merupakan unlimited shipping dengan hanya bayaran RM8.80 sahaja. Shopping  sebanyak mana yang korang suka dan korang hanya bayar RM8.80. Tetapi korang harus daftar dulu sebagai ahli Prime dengan bayaran RM18.80 untuk sebulan atau RM188.00 untuk setahun. Selepas pendaftaran, setiap pembelian yang korang lakukan di ezbuy.my korang hanya banyar amount yang ditetapkan sahaja tanpa tambahan. Apa tunggu lagi..korang boleh daftar di link ini https://goo.gl/7eXgQs. Terhad untuk 100 orang terawal yang mendaftar. Menarik kan?

Boleh rujuk sini : http://marketing.ezbuy.my/prime_land/ untuk maklumat lanjut mengenai Benefits of Prime. 



Jangan lupa dapatkan 15% off shipping fee with code ezship15...
korang boleh download apps ezbuy.my di App Store untuk memudahkan lagi korang berbelanja di ezbuy.my




New Register & Get RM15 ezbuy Voucher - http://bit.ly/2dDrSGW

Jom daftar ramai- ramai 


Lepas tu...jom Shopping!!!!!

Happy Shopping korang.......

Thursday, October 27, 2016

Dan..Keyboard Pun Berbunyi...

Kisah ni kisah seram..kisah yang dilalui oleh diri sendiri. Seram sebab hanya aku yang kena...dah lama sebenarnya keyboard ni x berbunyi..aku bukan jenis suka nak sound orang..tapi ada sikap segelintir blogger atau blogger wanna be ni buat keyboard aku laju je aku tekan...


Citernya macam ni..adalah adat bila seseorang atau blogger buat entry dan ping entry dalam mana2 grup fb untuk naikkan pageview atau unique views masing2..maybe personal entry maybe work task mereka..kisah aku mcm ni..aku ping entry dalam satu grup which x perlu aku mention sebab aku menjaga nama baik kawan blogger aku..bukan x kenal pun blogger tu..jenis sama2 pi event bertepuk tampar tiap kali jumpa..maybe silap aku la masa ping x tgok plak grup tu grup tentang apa...niche apa semua..bukan apa aku tgok gak admin dia ok je blogger lain ping entry lain yg xde kena mengena ngan tajuk grup..ada sorang mamat ni which is aku x sure la blogger ke apa ke...siap sound aku ckp entry aku SEMAK...dia akan comment yg sama dia setiap entry yg aku ping dlm grup tu..Dah la aku tanya semak dari segi apa dan celah mana dia x jawab..dia pi plak post  status kat timeline admin tu..yang bagusnya admin dh jawab elok2 dan aku terima..tindakan admin aku puji sgt..cuma mamat td which is aku kenal pun tak..tak jawab pun pertanyaan aku...aku try to be professional tunggu balik jawapan dia pasal Entry Semak aku tu...sampai la ni tak jawab...so aku amik keputusan aku remove semua entry yg tak related dengan grup...
Aku ok je kalau dia jawab elok2..ini serupa baling batu sembunyi tangan...pas tu pi kecoh kat kg org...relaks la..manusia mana perfect...silap ping entry tu berlaku dimana2...be professional..tegur elok2..bukan ko terus pi ckp entry org Semak...hello....aku ni bukan la blogger popular perasan bagus dlm malaysia ni...dan bukan jugak blogger tangkap muat...tapi kalau dh puaka sangat jari tu, hati- hati..jangan sampai aku puakakan jari aku plak...which is im not that type..kesabaran makz tinggi Hokeyyyy...
Ok lah Senah semua...penat la mak type keyboard mak ni...senang citer korang readers aku jgn buat perangai mcm tu even ko menyampah sgt ngan entry blogget lain...jangan2...no..no..no...not good...makzz senduk kepala nanti tau....

Till then...makz off balik keyboard makz dengan pesanan...
TAK PAYAH NAK MENGHANJINGKAN ENTRY ORG...
Nitezzzz........

Kehidupan Manusia Dan Sifir 7

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH


ASSALAMUALAIKUM

Kita, khidupan kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

*7x 1= 7*ya
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.

*7x 2=14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

*7 x 3=21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

*7 x 4= 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

*7 x 5= 35*
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

*7 x6=42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

*7 x 7=49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

*7 x 8= 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

*7 x 9= 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

*Ingat!! Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, byk juga yg umurnya ditangga ke 3.*

■ Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

■ Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah.

■ Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .

Diet Ke Laut Lagi...

Hi korang..2 hari berkampung kat opis sebab terlibat dengan project tender...2 hari jugak di jamu makan sedap2..ini x timbang berat badan lagi ni...kalau timbang bukan aku je menangis tepi bucu katil tp sure penimbang berat menjerit sebab aku dh berat...

Jom la tgok apa aku makan sepanjang 2 hari berkampung kat opis...


Roti canai


Pasta Chicken Bolognese


Dominos Pizza


Nasi Lemak & Kuih Melayu utk sarapan


Makan malam tadi..Nasi Goreng Kampung


Chicken Grill

Well....biasa la makan minum semua dihidangkan..makan je la kan apa nak tunggu lagi....diet memang kelaut dalam la..last timbang last time 55.3kg...ni tak tau la naik berapa kilo...

Ok la..aku nak tido dan nak rehat...

Nite korang...

Wednesday, October 26, 2016

Menangi Handbag LV dengan Peraduan Dari Bondoru Store..


Hi korang...
Meh aku nak bg tau ni...ada satu peraduan yang memberi peluang untuk korang memenangi handbag LV, Macbook dan Notepad...wahhhh....menarik kan? Macam mana nak menang ni...

Jom klik link ni

http://v.bandoru.com/ref/F3867583/

Register kat link tersebut dan korang akan diberikan referral untuk di promosikan...lagi banyak promosi lagi tinggi peluang untuk memenangi hadiah..

Jom join segera..

Tuesday, October 25, 2016

Air Tangan Suriaamanda Di Hujung Minggu

Hi korang...

Minggu ni..hanya lauk- lauk di bawah tu aje yang aku masak...as usual simple ikut kerajinan aku..kali ni aku cuba masak bahan- bahan yang dah sedia ada dalam fridge...mana- bahan- bahan yang beli stok seminggu semua aku masak..senang lepas ni bleh beli bahan yang baru untuk stok 2 minggu...kepenatan aku sejak kebelakangan ni buat kan hasil masakan aku kurang menyerlah...pada aku la..hahaha..balik- balik ulang menu yang sama....


Sayur campur...



cendawan kukur goreng berlada..


Ikan Kerapu masak kari


Sambal udang petai...

Itu je menu yang sempat aku masak..aku balik pun Sabtu malam..so Ahad tu agak kepenatan...itu je la hasil yang ada yang sempat aku abadikan...balik kali ni aku tak kemana- mana...lepas masak tengahri makan and tido..cantik benau perangai kan?minggu ni lagi penat...berkampung kat opis untuk tender project...bertabah lah wahai Suriaamanda...demi sesuap nasi demi anakanda tercinta kan....

korang kalau buntu tak tau nak masak apa...boleh la cuba masak menu- menu kat ats tu...at least korang ada idea kan....

Rasa Segar Dengan Rawatan Chocolate Whitening Facial Di Celebrity Skin Expert Shah Alam

Wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan..cuma yang memisahkan adalah masa sahaja..nak plak wanita bekerja macam aku ni ha...masa agak mencemburui aku untuk memanjakan muka..dulu masa kerja dalam bidang lain aku memang sentiasa menitik beratkan bab penjagaan muka...sekarang dah bekerja didalam bidang lain maka masa agak kurang..kerja..kerja..dan kerja...sebab tu aku mengalami kulit kering dan sangat berminyak..siap bleh goreng telur lagi..lagi satu menurut staff Celebrity Spa aku kurang minum air malah kerap ambil caffein. Itu tak baik untuk kecantikkan kulit..memang aku tak nafikan la sebab aku selalu amik caffein..cuma tak sangka itu antara penyebab kulit aku jadi kurang cantik...

Diberi peluang untuk merasai 1st trial Chocolate Deluxe Whitening Facial merupakan satu rahmat besar pada aku yang memang kesuntukkan masa...tanpa lengah terus menerima jemputan dan semangat untuk merasai pengalaman facial menggunakan chocolate ni adalah kuat walau hakikatnya sesat barat mencari Celebrity Spa Studio di Shah Alam.Melangkahkan kaki ke Celebrity Spa ni aku disambut mesra oleh staff mereka..layanan yang bagus dan sangat mesra..itu yang penting...


Senang je nak cari sebenarnya Celebrity Spa ni...cuma...waze dah bawak aku pusing keliling...


Kita pose dulu sebelum menerima rawatan


Kena isi borang untuk staff Celebrity Spa mengesan masalah kulit yang kita hadapi...jawab soalan betul- betul ye..supaya senang dia terangkan satu persatu masalah yang kita hadapi....dari sini la aku tau masalah kulit aku yang sebenar.....kulit kering dan berminyak....dari pemakanan juga merupakan salah satu penyebab masalah kulit yang aku hadapi...so lepas ni kena la jaga pemakanan...belajar untuk tidak ambil cafein....no starbuck, no coffee...no nothing...nak cantik kan?Nak cantik kena la berkorban....


Selepas tu rawatan pun dimulakan,,,maaf untuk rawatan ni aku tak ambil gambar dari awal menerima rawatan sebab aurat agak terdedah..so rasa agak kurang selesa..nanti aku tepek gambar sesudah menerima rawatan di akhir entry ni ye...bercerita tentang rawatan whitening coklat ni...satu pengalaman yang menarik..dari bersihkan muka...terus ke buang whitehead yang ada...huiiiii....sedap...sedap sangat si Nurin mengerjakan mula aku..menimbun white head berjaya dikeluarkan...muka rasa sakit betul...lepas tu baru la rawatan facial whitening coklat di aplikasikan ke muka...masa ni dengan bau coklat semerbak dimuka buat aku rasa nak makan je...wangi coklat tu buat aku rasa nak jilat2 je kulit muka...kalau la boleh kan..hehehehe....best...sangat- sangat best sebab lepas tu rasa segar sangat muka....rawatan selama 3 jam memang cukup puas hati...rasa segar aje muka.....jom baca kelebihan Facial Whitening Coklat


Kelebihan Chocolate Whitening Facial

1. Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
2. Kulit anda akan semakin Flawless
3. Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
4. Mengecutkan Jerawat
5. Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
6. Parut akan semakin pudar
7. Pori-pori anda akan mengecil
8. Texture kulit akan semakin tegang
9. Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.


Tadaaa..gambar sebelum menrima rawatan dan selepas menerima rawatan..abaikan muka buruk menahan pedih dimuka..nampak bersih skit muka lepas white head di buang...bak kata omputih kan....Beauty Is Pain...so..nak cantik kena tahan sakit sikit la...


Selain rawatan Facial Whitening Chocolate..lain -lain rawatan turut disediakan...berikut serba sedikit rawatan yang disediakan di Celebrity Spa Studio.Korang jangan sesekali lepaskan peluang ini sebab Celebrity Spa Studio sekarang sedang mengadakan promosi termurah untuk rawatan Facial Whitening Chocolate dimana harga promosi adalah RM68 seorang / RM120 untuk 2 orang...haaaa...murah kan?

Rawatan lain yang disedikan..
  1. Bekam Angin - RM48
  2. Facial Whitening Chocolate - RM68
  3. Eyelash Perming - RM68
  4. Full Body Massage - RM78
  5. Rawatan Pengantin/ Bridal Treatment - RM198


Terima kasih yang tidak terhingga buat  Puan Ellyn Jamyn diatas peluang merasai kehebatan rawatan di Celebrity Spa Studio milik beliau..korang jangan tunggu lagi..cepat2 dapatkan rawatan muka termurah dan terhebat..highly recommended tau...


Untuk maklumat lanjut 
Instagram : @spa_best_murah
Alamat : Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 60 3-5519 4159
waktu operasi : 11 pagi - 8 malam

Monday, October 24, 2016

Giveaway Play-Doh Cake Party Bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?


Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
Jawapan : saya patut menang GA ini kerana saya ingin anak- anak saya enjoy bermain dengan Play Doh yang boleh merangsang perkembangan minda anak- anak dan belajar menjadi kreatif. Play doh semestinya selamat berbanding permainan lain.

3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak.

Semoga 

Resepi Viral Cendawan Kukur Goreng Berlada

Assalammualaikummm...
Hi korang...pernah makan cendawan kukur...huii..ini rare ni cendawan ni..susah nak dapat..kat kebun getah je banyak ni....aku dh kenal cendawan kukur ni lama dh..dari aku kecik2 lagi..sampai la ni umur dh 38 tahun dah...tapi bleh dikira sepanjang aku hidup di bumi allah ni berapa kali je aku makan..hahhaha..
Jom tengok resepi..


Resepi Cendawan Kukur Goreng berlada

1. Cendawan kukur 100 gram direndam dan dibersihkan..
1. 3 ulas bawang putih - ditumbuk
3. 4 ulas bawang kecil- ditumbuk
4. 15 biji cili api - ditumbuk
5. Serai 2 batang - ditumbuk
6. 2 sudu besar sos tiram

Cara- cara 

1. Bahan yg ditumbuk di tumis sampai naik bau
2. Masukkan serai
3.masukkan sos tiram
4. Msukkan cendawan kukur
5. Perasakan sedikit garam..jangan banyak sebab sos tiram dh masin
6. Siap!!!

Selamat mencuba ye korang...

Saturday, October 22, 2016

Senarai Lagu Konsert GV3 Minggu Ke 2

Hi korang

Malam esok konsert GV3 minggu ke dua..kalau konsert minggu pertama mendapat sambutan hebat peminat seni tanahair dan tak kurang jugak ada yang kecam...harap- harap minggu ni lagi hebat....


Berikut merupakan senarai lagu untuk 12 orang peserta...wahhh...lagu kenangan ni...harap semua tak pancit la...

jom tengok apa tajuk lagu diorang

  1. Ameng  - Epilog Cinta
  2. Gmie - Januari
  3. Razis Ismail - Bunga Pujaan
  4. Rem - Suratan atau Kebetulan
  5. Shidi - Meneka dalam Kesamaran
  6. Zarul - Untukmu selamanya
  7. Azharina - Sinaran
  8. Elly Mazlein - Berpisah Jua
  9. Intan Sarafina - Pudar
  10. Nora - Setelah Aku Kau Miliki
  11. Siti Sarah - Teratai Layu Di Tasik Madu
  12. Zur Eda - Berpaut Di Dahan Cinta
Alahaiiii...tak sabar nya nak tengok konsert...ye aku minat lagu2 zaman aku...jangan kecam aku eh...so..mana #teamzarul, #teamelly #sarah......jom tunggu depan tv malam esok..pastikan ada titsbit sekali ok....

See Ya!!

Belanjawan 2017...Apa Kata Korang?

Rezeki Untuk Penjawat Awam, Untuk Khidmat Bakti Anda...


Kata beliau sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan .. #Bajet2017

Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kpd penjawat awam yg anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari




Ketiga: Kemudahan pembiayaan utk beli komputer diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 thn


Keempat: Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan drpd RM5k kpd RM10k




Kelima: Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan drpd serendah2 RM120k kpd RM200k, pinjaman paling tinggi drpd RM600k kpd RM750k


Keenam: Sebanynk 30k unit lg Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dgn harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k dan cuti belajar dengan gaji penuh cmpur biasiswa kepada kumpulan pelaksana


Ketujuh: Pegawai contract of service & contract for service yg akan tamat pnghujung tahun ini, Kerajaan lanjutkan sekurang2 setahun lagi


Kelapan: Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bg pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar


Kesembilan: Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat2 Dis 2016