Tuesday, September 27, 2016

Sehelai Rambutmu Lebih Mulia Dari Jubah Ulama

KISAH INSPIRATIF

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin mengadu.

“Ustaz, saya adalah seorang ibu rumah tangga yang sudah lama ditinggal mati suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk menyara anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai buruh kasar di sela waktu yang ada.

Kerana saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait itu saya lakukan apabila sedang terang bulan.”

Imam Ahmad rahimahullah menyemak dengan serius pertuturan ibu tadi. Perasaannya sayu mendengar ceritanya yang memprihatinkan.

Dia adalah seorang ulama besar yang kaya raya dan dermawan. Sebenarnya hatinya telah tergerak untuk memberi sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu kerana wanita itu melanjutkan pengaduannya.

“Pada suatu hari, ada rombongan pejabat negara berkhemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlahnya amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa sepengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu saja itu tidak lain adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang kurang akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi.
Padahal jelas, wanita ini begitu miskin dan papa.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak kerana penderitaannya yang berpanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jabatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehinggakan adik kandungnya pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas panjang, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan mempergunakan wang negara dan menipu serta membebani rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, ibu. _*Sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari sela-sela jilbabmu jauh lebih mulia dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.*_

"Subhanallah, sungguh mulianya engkau, sampai hasil kait itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian dengan penuh haru dan takjub Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silahkan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, niscaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Jangan cari kekayaan tanpa keberkatan, carilah keberkatan walau dengan itu kamu tidak kaya.

Semoga bermanfaat dan menjadi asbab hidayah bagi kita semua....

10 comments:

  1. Sangat berinspirasi. Terharu baca :')

    ReplyDelete
  2. kalaulah pemimpin2 kita hari ini berperibadi seperti ini...

    ReplyDelete
  3. sgt bermanfaat kak... moga kita dpt meniru akhlak mulia spt itu

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. Betapa kerdilnya ai kalau nak dibandingkan dengan wanita semulia beliau.

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang penuh bermakna...boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

    ReplyDelete
  7. Mulia sungguh hati si ibu ini.. zama sekarang tidak semudah ni nak jumpa insan sebegini..

    ReplyDelete
  8. Nice sharing sis.. Halal dan haram lampu tu dipertikaikan juga..

    ReplyDelete
  9. moral of the story.. jangan curi wifi jiran.. hik hik hik..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......