Monday, September 5, 2016

Gempar Farah Fauzana Batalkan Pernikahan

Fafau Batalkan Pernikahan Yang Bakal Berlangsung Pada 17 September


Gambar sumber google

Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita panas pada hujung minggu ini. Selebriti Fara Fauzana yang sebelum ini mengadakan sidang media mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang jejaka bernama Hafiz mengatakan mengambil keputusan membatalkan majlis pernikahan tersebut.

Fara Fauzana mengumumkan membatalkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya.

"Dengan penuh rasa duka cita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang dengan pemuda bernama Hafiz telah dibatalkan atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.

"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil" jelas beliau. - Utusan

Apapun kisah di sebalik pembatalan pernikahan beliau semoga Fafau tabah menghadapi dugaan..seandainya tidak boleh dibetulkan seeloknya tidak perlu diteruskan..semoga pasangan ini dapat menemui keputusan yang baik untuk apa jua permasalahan yang timbul...

19 comments:

  1. Kita mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya..

    ReplyDelete
  2. isk..kenapalah tu kan...tapi apa pun..moga ada yang lebih baik untuk farah fauzana

    ReplyDelete
  3. hi..kalau ada jodoh tak kemana.(>.<)Hi Sertai Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing :cool:

    http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

    ReplyDelete
  4. Diharapkan Kak Fara tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah dan sudah semestinya ada hikmah di sebalik semua dugaan ini...

    ReplyDelete
  5. Sejujurnya dulu masa mula2 tgk gambar header kak suria kite ingatkan fara fauzana tau. Hahaha. Tgk dari tepi mcm ada iras2 muka dia..

    ReplyDelete
  6. Baik batal dari menyesal di kemudian hari.
    Apa pun semoga FAFAU tabah dengan dugaan

    ReplyDelete
  7. Walaupun sekadar mengenali melalui media tetap sedih dgn yg terjadi kan SA
    Moga dia tabah, kuat dan sabar dgn ujian besar yg Allah berikan
    Tak semua org mampu dgn ujian sebesar ini. Sedih:(

    ReplyDelete
  8. tiada jodoh nampaknya Fafau dengan jejaka tersebut. Ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. http://cahayacinta.com

    ada hikmah ...be strong ff . moga kamu akan ditemukan dengan orang yang akan benar ikhlas dan jujur nanti amin

    ReplyDelete
  10. kesian fara..semoga die terus kuat..semua yg jadik ade hikmah disebaliknye..

    ReplyDelete
  11. Kita hanya merancang, Dialah yang menentukan. Mungkin ada sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsi. Kalau dah nampak memang tak perlu diteruskan, lebih baiklah ambil langkah batalkan aje.

    ReplyDelete
  12. mungkin ada hikmahnya. insyaallah kalau ada jodoh, tak kemana

    ReplyDelete
  13. Semoga Fafau tabah dengan dugaan ni..

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah ada yang lagi baik menanti di hadapan.. ;)

    ReplyDelete
  15. Semoga beliau tabah.. Allah sebaik baik perancang...

    ReplyDelete
  16. hurmm.. perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......