Friday, August 12, 2016

Tips Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Dari Rumah

Hi korang.....

Dalam kehidupan sebelum soal kewangan sememangnya akan berlegar- legar di fikiran kita. Walaupun begitu masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan.Disini aku ingin kongsi sedikit panduan agar korang lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan berbanding kehendak agar hidup korang tidak terjejas dengan soal kewangan di zaman kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini.

 PENDAPATAN TETAP DAN TAMBAHAN

Zaman sekarang ramai isteri yang di lihat keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak dinafikan harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.Mungkin pendapatan tambahan boleh di perolehi dengan menjadi dropship atau berniaga melalui talian.

 AGIHAN DUIT PENDAPATAN

Sekiranya kita sudah menerima duit gaji dari pendapatan tetap, benda pertama harus dilakukan adalah sila agihkan duit tersebut untuk bayaran- bayaran tertentu dengan kadar segera. Jangan sesekali gunakan duit selagi kita belum memperuntukkan bayaran seperti ansuran rumah, bil utility, ansuran kereta dan sebagainya supaya kita tidak terbeban  untuk membayar di kemudian hari.

BERJIMAT DALAM BERBELANJA

Untuk berjimat dalam berbelanja, elok sekiranya korang merancang dalam soal pembelian barangan baik keperluan dapur  di pasar mahupun di pasaraya. Korang boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan  terlebih dahulu senarai barangan yang perlu di beli.Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah terlebih berbelanja.Tambahan pula dengan adanya senarai barangan yang ingin dibeli dapat menyekat dan mengurangkan nafsu kita dari memberi barangan yang tidak perlu. Selain itu kita dapat melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasaraya, walau ada perbezaan RM1 atau RM2 bagi setiap barang, ia sudah cukup untuk memberikan banyak penjimatan. Jika terdapat penjimatan lebihan wang kita tadi boleh di simpan.

MENABUNG

Simpanan seperti pelaburan emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan tetapi korang juga perlu ingat tak semua orang boleh membuat pelaburan sebegitu.Oleh itu cara paling mudah adalah menabung dengan skala kecil sama ada RM100, RM200 sebulan memadai bergantung pendapatan sesebuah keluarga. Amalan menabung sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di kemudian hari.



Ini la cara aku menabung selain simpanan di ASB, aku menabung  duit syiling...cukup RM200 tukar kat kedai makan kat food court..aku sendiri bawak bekal pi kerja...so agak jimat la...tak dinafikan semua ni perlukan semangat yang gigih..Aku plak bukan jenis yang boros..sesetengah kawan- kawan aku..dapat gaji je..belanja macam dah takde hari esok dah...tak boleh ye...zaman serba mahal sekarang..perlu ada simpanan untuk tujuan kecemasan...kadang- kadang kita tak jangka bila masalah atau musibah datang bertandang kan....

Apapun...bagaimana cara kita atasi peningkatan kos sara hidup semuanya bermula dari rumah...selagi takde kesedaran...selagi tu kita tak capai matlamat kita...semoga kita semua dipermudahkan segala urusan...

17 comments:

  1. Saya tak pernah berjaya menabung secara tabungan macam sis nie..
    Yang berjaya simpanan luar (ASB) tu je.. Agihan tu memang selalu buat bila dapat gaji.. Sekarang nie tengah latih diri supaya berbelanja dengan jimat.. Part nie yang susah terutama sekali bila nampak makanan dan novel..

    ReplyDelete
  2. Setakat ni yang tabung pon Lya guna jugak utk duit syiling..Yang bulanan terus simpan kat tabung haji siap2 bila dapat gaji.m

    ReplyDelete
  3. tips yg bagus..bleh jadi rujukan pd masa akn dtg..^

    ReplyDelete
  4. tabung siap kira tuh, bagus SA. Kita main sumbat je. Pantang jumpa duit syling terus masuk tabung

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ler dgn aida, SA.
      ada tabung tapi takde mesin kira kat penutup nyer.

      Delete
  5. menabung juga cenggini..tp kene sorok. Kalau ank nmpak mula la dia keluarkan semua

    ReplyDelete
  6. Menabung juga. Lately ni bolehla sikit2. Duduk kat kg, so kos hidup rendah sikit. Bila ada kecemasan, tabungan tu dululah yg digunakan. Lepas ni nak cuba didik.bawa bekal every day...susah nau nk laksanakan...

    ReplyDelete
  7. Nice tip kak SA...
    zaman sekarang kena pndai2 berbelanja...
    Biar la org kata kedekut pun bab2 duit..janji bila kita ada apa2 duit tu ada kan

    ReplyDelete
  8. Nice sharing akak.. suka la tabung akak..comei jer..baru semangat nak saving ada tabung comei cmtu

    ReplyDelete
  9. bab nak beli brg memang bolh jimat , tp kalau bawa anak2 , anak minta macam2 lemahhhh mak ..tk dpt nolak ..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...betul tu kos sara hidup semakin meningkat. Akak pun pantang jumpa syiling terus sumbat dalam tabung. Bila penuh terus sumbat dalam ATM syiling masuk dlm acc. Guna bila ada kecemasan aje.

    ReplyDelete
  11. iols pun duk menabung gak ni..syiling je mampu
    alhamdulilah tiap 2x setahun pi bank simpan..

    ReplyDelete
  12. senanglah tabung tu..xyah dah kira bape duit dlm tabung
    tp leh percaya ke?hahaha

    ReplyDelete
  13. dulu masa belajar kita suka kumpul syiling..tp sekarang takde masa dh nk kumpul..asyik mengorek je..hahaha

    ReplyDelete
  14. Masa zaman mengandung selalu masak pepagi buta tu utk husband bawak bekal ke tempat kerja.. Bila dah makin sarat dah tak mampu dah nak bangun awal masak.. Huhu.. Ni tgh berpantang lagilah, tak dibenarkan buat apa pon.. Tunggu habis pantang ni In Shaa Allah nak start balik masak bekalan suami..

    ReplyDelete
  15. menabung memang menabung.. tapi biasanya belum cukup bulan dah korek balik tabung tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. tips yg bagus sbb sha dapat gaji je dh fikir nak beli skincare la mkeup la huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah