Friday, August 19, 2016

SAKIT KETIKA HAID ADALAH BIASA BAGI REMAJA

SEBAB SAKIT  KETIKA DATANG HAID


photo from google


Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.Ini adalah perkara biasa bagi golongan wanita. Cuma peranan ibu apabila anak mendapat haid yang pertama amat penting. Masa ini la ibu perlu ada di samping anak setiap masa memberi sokongan ketika anak menghadapi sakit ketika haid. Perlu di beri penerangan bahawa simptom ini adalah sementara kerana ketika ini hormon anak anda sedah berubah.

Apakah Penyebabnya?


Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti
  prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid

Gejala-Gejala Biasa


Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
Kelesuan
Loya dan muntah
Sakit kepala
Keletihan dan pening
Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha      

Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)

Primer:

Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur                 mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:

Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis               (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri

Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang           anda.
Mandi dengan air suam.
Urut di bahagian yang sakit.
Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
Teknik-teknik relaksasi
Banyakkan berehat
Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
Pengawalan pemakanan.
Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan

Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau               bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh                         mengurangkan kesakitan haid primer.
Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Teruskan mendapatkan rawatan doktor sekiranya mengalami sakit yang melampau..


13 comments:

  1. Alhamdulillah setakat ni anak ai takde pulak mengadu sakit yang keterlaluan.

    ReplyDelete
  2. Setakatni memang selalu terkena gejala period pain.. amalkan gaya hidup sihat jauhi sejuk beku insha allah semuanya back to normal

    ReplyDelete
  3. good info terutama bagi mereka yang punyai anak dara...

    ReplyDelete
  4. anak iols ada 3 orang..cam mana lah diorg tu 1st time nti hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah so far iols xde mslh ni ms remaja dulu..
    gud info SA

    ReplyDelete
  6. Nory dulu sengguguy teruk, tapi lepas bersalin, hilang terus senggugut tu..

    ReplyDelete
  7. Hooo, kite dulu senggugut sgt teruk.. Siap sampai pitam2 lagi.. Rupanya jenis sekunder.. Dah tua2 ni baru tau ada endometriosis.. Sbb tu lambat pregnant.. Tp Alhamdulillah, dah operate & dah berjaya pregnant.. Dah bersalin dah pon.. Alhamdulillah.. Syukur sangat2..

    ReplyDelete
  8. kite dulu pun masa mula2 period takut jugak...senggugut jugak...tapi senggugut tak kuat sangat la sampai nak pitam tu..sakit perut gitu je...pastu garang..hahahaha

    ReplyDelete
  9. sha dulu zaman skolah tkde pulaknsengugut. skrg dh 20 baru sengugut ;(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah