Wednesday, August 31, 2016

LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Hi Korang...

Berita baik serta info menarik untuk mereka yang rajin menyertai acara larian....jom sertai Be My Reason Shower Run bersempena dengan Kempen Kesedaran Payudara  pada 9 Oktober 2016..

Be My Reason Shower Run merupakan anjuran Shokubutsu untuk terus meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.Be My Reason Shower Run bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Be My Reason Shower Run akan diadakan pada 9 Oktober 2016 di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi. 

Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia



Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan! 

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah but pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. 

Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.


Butiran Be My Reason Shower Run:
Tarikh : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran: Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Senarai kategori larian Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee


5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee

Use form attached and send to by Sep 10, 2016

5KM


RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 daripada pembelian setiap produk mandian Shokubutsu akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini dan juga sebagai tanda kesedaran. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. 


Pengambilan Race Kit :
Tarikh     : 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
Masa      : 11.00 pagi - 5 petang
Tempat  : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)


Korang nak join larian Be My Reason Shower Run?

Khas buat pembaca & follower Blog www.suriaamanda.com  ni, aku akan memilih 3 pemenang bertuah untuk larian tersebut secara PERCUMA!!

Untuk memenangi Race Kit secara PERCUMA dan korang akan menyertai larian yang diadakan pada 9 Oktober 2016. Korang cuma ikut arahan seperti dibawah ni yer....

  1. Follow Blog Suria Amanda | www.suriaamanda.com
  2. Follow Instagram Suria Amanda | www.instagram.com/Rizzdania78
  3. Korang hanya perlu muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan suami, ahli keluarga atau rakan-rakan korang.Sila masukkan slogan "Saya ingin menyertai larian Be My Reason Shower Run anjuran Shokubutsu kerana ......... (tidak melebihi 20 patah perkataan)
  4. Jangan lupa hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #suriaamandadotcom
  5. Lastly, tag gambar tersebut di Instagram Suria Amanda >  www.instagram.com/Rizzdania78 dan Instagram Shokubutsu Malaysia www.instagram.com/shokubutsumalaysia


Jangan tunggu lagi, jom beramai-ramai sertai larian Be My Reason Shower Run untuk bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara.

Jom semua…

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia

10 comments:

  1. lama x join larian2 ni..huhu..pancit kot rasanye nanti,,hehe :p

    kalau free jom join GA pertama saya :)
    http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2016/08/august-anniversary-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Kalau tak kerana berpantang nih nak jugak join.. Stamina tak berapa nak cantik dah sejak2 dah kawin ni.. Huhuhu~

    ReplyDelete
  3. Menarik. Boleh mengeratkan silaturahim kan..

    ReplyDelete
  4. lama dah nk join benda mcm ni tapi selalu clash dgn kerja

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......