Monday, August 22, 2016

Faktor Dan Cara Elak Keracunan Makanan

KERACUNAN MAKANAN

Photo from google

Ramai di antara kita yang gemar makan di luar terutamanya ke tempat-tempat tumpuan ramai yang membuatkan kita sebenanrnya terdedah kepada keracunan makanan yang berpunca pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar.

Tanda-tanda keracunan makanan


• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
• Keletihan

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Simpan makanan yang disyaki menjadi punca keracunan tersebut untuk siasatan oleh pegawai berkuasa dan yang paling penting, pastikan tiada siapa yang makan makanan tersebut.

Keracunan makanan terjadi akibat beberapa faktor antaranya:


• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama iaitu lebih daripada 4 jam.
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna
• Daging dan ayam tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
• Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

Cara elakkan keracunan makanan


• Membasuh tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan.
• Membasuh makanan dengan teliti sebelum disediakan.
• Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak/mentah. Ini             kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum     dimasak.
• Pilih makanan yang telah diproses/dimasak untuk menjaga keselamatan.
• Masak makanan dengan sempurna terutamanya daging dan susu kerana kebanyakan makanan mentah   tercemar dengan pelbagai jenis kuman.
• Sekiranya makanan telah sejuk, panaskan semula.


18 comments:

  1. Nieyl dtg singgah petang...
    btl tu..last week MIL nieyl 1 rumah keracunan makanan...
    muntah²..

    ReplyDelete
  2. Syukur gak lama ni tak penah family terkena keracunan makanan. Kebersihan penting tu masa dalam proses penyediaan.

    ReplyDelete
  3. KDO..mudah nak kena keracuanan makanan ni....kadang2 makanan yang dimakan terpaksa kena muntah balik....ermmmm info yang berguna, sebab sedang cari gak petua apabila sudah terkena keracunan makanan ni.....thks ya...KDO teropong blog ini

    ReplyDelete
  4. lepas ni kena lebih hati-hati..thanks share ni kak...kenduri kendara pun kena tgk makanan yg disajikan kepada tetamu

    ReplyDelete
  5. terima kasih info. Kadang-kadang dah berhati-hati pun terkena jugak. Kalau makan kat kedai tu aduii.. kita kena ok lagi...kalau anak yang kena, memang melepek lerr..

    ReplyDelete
  6. Gud Info..skrg kena byk berjaga2 especially beli makan bungkus kat luar.. risau akan kebersihan.. last2 keracunan.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kurangkan makan luar ...bila masak sendiri lebih terjamin kebersihan makanan..in sha allah

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak amanda berkongsi info. kadang2 kita selalu terlepas pandang benda2 macam ni.

    ReplyDelete
  9. anak2lah kena jaga lebih..diorg tu kan aktif..
    lepas main make sure diorg bersihkan diri dulu

    ReplyDelete
  10. anak2 iols sllu kena marah..pas main terus makan x bersih dulu tgn..haihh kena sekolahkan dulu lah deme tu haha

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian.. basuh tangan sebelum makan tu memang paling penting sekali...

    ReplyDelete
  12. anak2 pernah kena masa bulan Ramadhan hari tu, sampai yang adik tu tak puasa beberapa hari..

    ReplyDelete
  13. Penah kena muntah2 sampai lembik badan..nak angkat tangan pon tak mampu...adehhh

    ReplyDelete
  14. Antara sebab agak risau nak makan kat kuar.. Kita tak tau bagaimana makanan dimasak, tahap kebersihannya, bahan yang digunakan semua tu.. Sbb tu suami pon lebih prefer makan kat rumah.. Huhu~

    ReplyDelete
  15. penah kena keracunan ni..memang teruk jugak laa...lembik je tubuh sebab asyik dok muntah dan buang je...

    ReplyDelete
  16. serik pergi hospital kalau keracunan makanan.. sakit perut pi klinik ajelah..

    ReplyDelete
  17. sha takpernah lagi keracunan makanan. harap harap takkan pernah kena la

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah