Tuesday, July 19, 2016

Raya 2016 Yang Sederhana Dan Penuh Keinsafan..

Rata- rata yang update suasana raya diorang semuanya penuh kemeriahan, kegembiraan berbanding dengan kami sekeluarga...sememangnya tiada langsung persediaan beraya yang istimewa seperti tahun- tahun lepas..sambutan tahun ini penuh keinsafan apabila kami di duga dengan kesihatan Mak kami yang sangat membimbangkan...Mak mengalami komplikasi selepas pembedahan pintasan jantung nya...paru-paru mak berair dan membuatkan pernafasan mak tidak sempurna..kami redha apabila kami terpaksa beraya di hospital, kami redha apabila keindahan malam raya kami sunyi sepi tanpa alunan takbir raya dari Abah..sedih memang sedih...airmata kami seolah-olah sungai yang mengalir deras...juadah raya kami yang simple tetap kami sediakan...dibawa ke hospital dan dinikmati bersama satu keluarga...

Jangan salah faham...entry ni bukan mengundang simpati...aku abadikan di blog ni hanya sekadar kenangan..supaya kami sentiasa ingat kepayahan dan semangat kami di saat ini hanya inginkan mak sihat seperti sediakala. Sepertimana mak sihat sebelum pembedahan sampailah selepas pembedahan kami nak mak sihat seperti biasa...mak sekarang makin pulih walau terpaksa melalui proses pemulihan yang panjang...alhamdulillah...kesihatan mak semakin baik...

Jom tengok sedikit gambar kenangan di hospital, cuma x cukup kami 5 beradik..Lisa satu family lambat sampai...sebenarnya ramai yang tak beraya macam kami..bukan kami sekeluarga je...ada ramai lagi keluarga yang tak beraya...lagi hebat satu keluarga ni dari Banting...Mak dan Ayah diorang sama- sama buat Bypass...bayangkan nak jaga kedua ibu bapa diorang operation...masuk ward yang sama...tapi katil lain- lain....semua ini sememangnya menginsafkan....


Semua sebuah keluarga


Family aku yang tak complete


Family Angah adik lelaki aku


Family Ateh


Family Dikno


ini je gambar raya kami...

Walau tiada sambutan yang maha hebat...tetap meriah walau sederhana...terima kasih diatas kunjungan saudara mara di pagi raya...merasa la kami makan rendang dan lemang...alhamdulillah terubat sedikit rasa yang kurang...sepanjang syawal aku tak kemana pun...ulang alik hospital tengok mak..sampai la sekarang...aku tak berpeluang nak pi beraya atau rumah terbuka...pada aku yang penting hanya mak dan abah yang dah sebulan lebih kat hospital...diorang aku dahulukan...kalau nak fikir raya...bila- bila pun boleh raya kan...Apa yang aku harapkan adalah keajaiban...semoga allah makbulkan doa kami dan doa semua secara tidak langsung...hanya allah yang dapat membalasnya....terima kasih kepada yang sudi menitipkan doa buat Mak....

9 comments:

  1. Sesuatu yg manis utk dikenang ni SA.
    kehadiran anak2 sanak sedara kuat kan semangat mak SA.

    ReplyDelete
  2. insaf melihatnya. Moga di permudahkan urusan akk sekeluarga

    ReplyDelete
  3. semoga mak kak suria cpt sembuh ...

    ReplyDelete
  4. family first kak.semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  5. semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian ni..

    ReplyDelete
  6. Biar tak meriah tapi semua keluarga berkumpul.. Itu lebih bermakna kan sis..
    Sha doakan semoga mak sis diberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  7. semoga mak sis cepat sembuh ya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah