Thursday, July 28, 2016

10 Tanda Utama Serangan Difteria

Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera!


wabak-difteria-diphtheria-Tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

    Demam
    Sakit tekak
    Sukar menelan makanan
    Batuk
    Air liur meleleh
    Kulit pucat dan kebiruan
    Hidung berdarah
    Selsema
    Sesak nafas
    Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam.

Mereka mungkin dijangkiti

11 comments:

  1. semoga dijauhi lahh kita semua dari sebarang jangkitan berbahaya ni,aamiin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum SA,

    Risau betul bila fikirkan difteria ni memandangkan Negeri Sembilan ada rekod penyakit ni. Kalau di rumah atau tempat-tempat awam, in shaa Allah boleh dikawal anak tu tapi saya risau bila di sekolah.

    Harap-harap kita terhindar dari penyakit merbahaya seperti ini, amin.

    ReplyDelete
  3. penyakit ni memang selalu serang kekanak kan...seram le pulak...semoga di jauhkan dari anak2 kite...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bgus..br tahu

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik..semoga kita dan anak-anak dijauhi daripada sebarang penyakit..

    ReplyDelete
  6. memcm la penyakit zaman skang.
    risau aida.
    da le ijat dok tadika, tau tau jer la.
    ramai anak2 kecik. kongsi tu ini.
    kalau sorang demam, sebuah tadika tu demam.
    aduhai :(
    moga kita-kita dan keluarga kita selamat la dari penyakit pe pun in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  7. Macam-macam penyakit pelik sekarang nie.. Hurm.. Mujurlah saya memang jarang bawa anak keluar rumah.. Tapi sesekali kami keluar juga beriadah.. semoga kita semua dilindungi..

    ReplyDelete
  8. Senang follow je schedule vaccination anak ni.. Huhu.. Risau skrg mcm2 penyakit ada..

    ReplyDelete
  9. haihhh..takutnyaaa..macam2 penyakit ada sekarang ni.. semoga kita dijauhkan dari penyakit merbahaya ni..

    ReplyDelete
  10. Bahayanya.. Itupun masih ada mak bapak yang taknak suntikan imunisasi.. Tak halal katanya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah