Tuesday, June 21, 2016

Jom Berbuka Di Restoran 10 years Sri Petaling

Hi korang...
Bersempena Ramadhan tahun ni Aku berpeluang menikmati hidangan lazat yang diperkenalkan oleh restoran Ten Years..Ini merupakan kali pertama aku ke sini so perasaan teruja untuk mencuba lebih menguasai diri...tertarik dengan pelbagai menu Malaysian Cuisine yang pelbagai dan terkenal dengan kesedapan..memang rasa bertuah kali ni sebab di beri peluang untuk mencuba hidangan yang telah di sediakan...boleh dikatakan semua yang di hidangkan menarik minat untuk mencuba tetapi setakat mana la perut kecil aku ni boleh makan kan...

Jom kita tengok apa yang istimewa di Ten Years...


Tahun ini Ten Years memperkenalkan menu kombo Ramadhan yang telah pun bermula dari 6 Jun sehingga 15 Julai setiap 6 petang.
Harga yang ditawarkan adalah
RM60 nett (termasuk 10% service charge dan 6% GST) untuk 4 pax
Sah untuk dine-in dan take away.
( pre-order, 3 jam sebelum datang)


Kali ini Ten Years memperkenalkan kombo yang menawarkan 4 jenis nasi iaitu 
Kak Tum Nasi Kuning (Tawau), Kak Pah Nasi Dagang (Terenggnu), Kak Yati Nasi Lemak Dan Nasi Kerabu (Kelantan)..kombo yg sangat Menarik sebab 4 jenis makanan tersedia..siap boleh kongsi lagi kan..pilihan Sesuai mengikut citarasa untuk 4 orang..Jangan pening sebab set ini di datangkan dengan set Sate ayam sekali..
Menarik kan?


Set Kombo 4 jenis nasi


Lauk pauk untuk Set Kombo..


4 jenis nasi


Abu Pasembor Indian Rojak RM12.90


Kuah satay complete dengan ketupat timun dan bawang


signature juice yang pelbagai di sini, sedap dan fresh..


Linguine Chicken Sambal Tomato RM19.90


Nancy Nyonya Laksa  RM16.90 


T& T Prawn Mee RM14.90


Prawn Curry Carbonara RM22.90


Tiger Char Kuew Teow Penang



korang yang dah takde idea nak berbuka kat mana boleh jer terjah 10 Years ni...mana tau kena dengan citarasa dan selera kan..menarik semua makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan...jangan risau sebab semua harga adalah termasuk GST..korang boleh pilih mana yang menjadi pilihan hati...tapi ingat...jangan membazir ye..pilih setakat yang mampu di makan sebab tak baik order banyak- banyak tapi tak habis kan...but trust me..makanan di 10 Years adalah terbaik...

Selamat Mencuba...

TEN YEARS
Sri Petaling:
No 1, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9054 9688

Evvolve Concept Mall:
G08, Ground Floor, Evolve Concept Mall, Jalan PJU 1A/4,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78310996

4 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah