Tuesday, June 7, 2016

Hypertensi Pembunuh Senyap


Salam korang..

Tau tentang hypertensi?

Hypertensi adalah penyakit senyap yang amat berbahaya dan berpotensi membunuh dengan senyap...ehem..Aku pun ada hypertensi atau bahasa senangnya tekanan darah tinggi...Ish..muda lagi dh dapat darah tinggi?ianya tidak mengenal usia ye..sebab tu la pentingnya menjaga pemakanan. Tahu tak korang bahawa pada waktu pagi fenomena fisiologi di dalam badan kita akan menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat secara luar biasa.


 Tips Mengawal tekanan darah tinggi

  1. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan iaitu sekurang kurangnya 1 1/4 sudu Teh.
  2. Amalkan minum air Putih
  3. Sasarkan untuk mendapatkan Berat Badan yg ideal
  4. Belajar untuk mengawal stress
  5. Berhenti merokok
  6. Kurangkan pengambilan alkohol
  7. Ikuti arahan pengambilan ubat daripada doktor 

Periksa Sendiri Tekanan Darah Di Rumah

  1. Duduk dalam posisi selesa Dan tenang
  2. Rehatkan tangan Anda Pada permukaan Sama paras dengan Jantung
  3. Ketatkan pad peranti pengawasan tekanan darah tinggi mengikut manual yang disertakan
  4. Mulakan peranti Anda dengan rekod keputusan yang di paparkan
Langkah pencegahan perlu dimulakan lebih awal untuk mengurangkan risiko kejadian strok. Pantauan hendaklah dilakukan 2 Kali sehari dimulakan Pada awal pagi...

Sama-Sama Kita menjaga kesihatan Kita ye korang...keadaan kronik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain yg kronik seperti kegagalan Jantung Dan buah pinggang..kalau dh terkena darah tinggi, kualiti hidup Kita pun akan terjejas..segala aktiviti yang kita biasa buat pun dah tak boleh buat macam biasa kan...

15 comments:

  1. darah tinggi bahaya.. darah rendah pun bahaya juga..

    ReplyDelete
  2. Belum lama hari itu kakak dengar radio tentang peratusan penduduk negara kita yg kena darah tinggi saban tahun meningkat mendadak dikatakan salah satu puncanya suka makan makanan segera...

    Nampak remeh tapi membawa maut.

    ReplyDelete
  3. betui tu..darah tinggi ni boleh buat strok woo jangan memain..
    jaga kesihatan uols semua ok..mkn tu kena jaga..sbb dr makan lah semua penyakit dtg

    ReplyDelete
  4. keturunan memang ada darah tinggi. Takut juga...moga dapat di jauhi

    ReplyDelete
  5. masa peknen dulu ada darah tinggi... mmg tensen rasa hidup masa tuh

    ReplyDelete
  6. ushh..bahaya ni kak. orang muda pon boleh kena ni.kena jagalaahhh makan...

    ReplyDelete
  7. memang kena jaga makan sangat ni..lagi2 orang muda..huhu

    ReplyDelete
  8. en suami saya ada darah tinggi..sekarang mmg kena makan ubat hospital..habis je kena gi amik..huhu...

    ReplyDelete
  9. Kerja dibahagian kejuruteraan dapat peluang menguji mesin tekanan darah @ blood pressure monitor. Jadi tidak ada masalah nak pantau tekanan darah selalu. :)

    ReplyDelete
  10. Majoriti pesakit yang ena pernah jaga ada HPT ni... Kalau ambil history dorang, mesti banyak yang tak jaga makan terutama time dorang tengah stress.. Tu yang trigger lagi penyakit tu

    ReplyDelete
  11. takutlah sekarang banyak penyakit

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......