Thursday, June 9, 2016

Cashier Bermandikan Beras Mughal Faiz Basmathi

Aku tak tau la nak kata kejadian ni kelakar ke atau malang...kelakar ada..malang pun ada..kisahnya aku nak beli beras masa lepas berbuka hari pertama..pergi Tesco pas tu pilih la barang2 dan ternampak beras Mughal Faiz Basmathi tengah diskaun..biasa harga hampir cecah RM50, kat tesco masa tu RM34.99 untuk 5 kg...then dah amik beras tu jalan- jalan la lagi nak cari makanan lain plak...tapi takde yang menarik..then ternampak satu bahagian tu harga beras yang sama RM43.99..eh kau dah kenapa..kat rak section beras tu lain reganya...tu yang aku amik gambar tu...kalau masa punch harga Mahal dari harga yg terpampang mmg nak pi customer service kaunter


Aku baru tau beras Mughal keluaran Faiz ni rupanya bukan hak milik Faiza...ini dari syarikat pesaing dan takde kena mengena dengan Faiza Sdn Bhd..


Patut la jauh lebih murah harganya...

Nak dijadikan cerita..

Sampai kat kaunter aku susun semua barang dalam troli..aku tak letak kasar pun..letak macam biasa je...sampai turn aku cashier tu angkat dan hempas kuat depan dia..terus ghauuuuuuu...bermandikan beras cashier tu...ya tuhannnnnnn.....then cashier tu salahkan aku siap tanya kenapa amik yang koyak..aku cakap masa i ambil elok je takde pun koyak until u angkat dan letak secara kasar...its not my fault...then datang supervisor dia..siap suruh aku pergi ambik beras yang baru kat rak..memang tak la aku nak pergi ambik..aku nak cepat kot..then aku suh dia cancelkan aje..Q dah la panjang belakang aku..ni nak suruh aku pi ambik plak....memang tak la...Aku bayar mana barang yang ada je pas tu balik..nasib kau la cashier..buat kerja tak betul tu satu hal la kan..dh mungkin takde rezeki aku nak makan beras Basmathi...

Kalau korang takkan korang nak patah balik amik yg Baru kan..kalau dekat rak tu takpe..Ni nak kena jalan jauh nak cepat..patah plak balik ke kaunter.....Rugi tau lemak2 yang Aku kumpul...eh.....Hahaha...tapi kalau diberi pilihan Aku support beras keluaran Faiza la...bukan pilih kasih..dh rasa macam Beras tiruan plak..tgok pack Dia rapuh sampai bleh pecah pun dh cukup...better beli yang Ori...puas hati..


24 comments:

  1. macam-macam pesaing ek?? takut betul nak beli jenama beras harga sama kualiti tak sama. kena hati-hati lepas ini

    ReplyDelete
  2. kalau saya..terpaksa amik la sebab beras dah takde kat umah ekekekek :D

    ReplyDelete
  3. Baru pagi td nieyl terbaca pasal kes faiz n faiza nie..
    hmm...serupa benor pek dia...
    hahaha..klu nieyl?mmg x kan ku pergi laaa....bukan salah kita pun...
    lain kali,buat keje tu elok²...marah²..x ikhlas...mandi la beras tu..hihi

    ReplyDelete
  4. la aku pun ingat faiz tu faiza punya...bukan rupanya...apa la packaging teruk sangat sampai boleh koyak mcm tu sekali...kalau dah bwk balik beras tu pastu tumpah tak ke lagi rugi kan...huhu...nasib baik jadi kat kaunter...

    ReplyDelete
  5. huhuuuu bulan menguji kesabaran..

    ReplyDelete
  6. ika ada terbaca pasal beras ni. Faiz anak Puan Faiza tu.

    Alamak, mesti terhempas kuat tu kalau tak, takkan pecah

    ReplyDelete
  7. ada nampak aritu ingatkan faiza jenamakan semula beras dier..rupanya pesaing ekk..packing hampir sama kot..takde plak saman menyaman..

    ReplyDelete
  8. klu kite pun memang tak kuasa laa nak pegi ambik beras balik..ptutnye pekerja dia tu haa yang g ambik..hahaha

    ReplyDelete
  9. pernah nampak brand ini.. ada promo aritu kat giant

    ReplyDelete
  10. Sape yg pecahkan dialah yg kena ganti ambik balik, ye tak? Tapi mandi beras cashier tu, kesian. Haha.

    ReplyDelete
  11. Sekali pandang pek dia macam faiza punya keluaran

    ReplyDelete
  12. nama dah dekat sama..yang cshier tu pulak nak salahkan kita..memang kalau nad tak kose gak nak pergi amik lain

    ReplyDelete
  13. Beras moghul faiza dah kaler hijau. Dulu biru merah tu la..hampir terpedaya gak..

    ReplyDelete
  14. hamboi ganasnya cashier tu. sukati orang lah kalau nak amek yang koyak pun haha. nak cover kesalahan dia lettew takut kena ganti

    ReplyDelete
  15. nama pun da dkt2... kot2 dr kilang yg sm hehehehe

    ReplyDelete
  16. hampir sama kalau tak tengok betol2 memang tak perasan...mesti ramai yg dah terbeli...kalau rupe sama kualiti beras pon sama takpe gak kan...memacam diorang nak berbisnes skng ni keje senang betol just tiru je

    ReplyDelete
  17. alahai..
    faiza yg pn faiza promo sndiri ditv
    faiz yg fasha sandha jd duta tu kan.

    ReplyDelete
  18. packaging dia sangat hampir dengan faiza.. ema jarang beli beras Malaysia ni..selalu beli beras thailand...hehee.

    ReplyDelete
  19. Apa la diorg ni kan...
    Kalau ya pun...jgn la sbijik sbujat mniru haa...
    Bab2 packaging lg nmpk nauhu nk kompiuskan org...
    Xbaik tul

    ReplyDelete
  20. keje lagi tak ikhlas.. kan dah mendapat.. huhuhu

    ReplyDelete
  21. Ohh pesaing dia rupanya. Erkkk tetiba nak salahkan kita pulak. Apa lah cashier tu

    ReplyDelete
  22. Bila sekali tgk nampak sama..nama pon hampir2 dah..Alahai ada jugak pesen pentiru lagu tuu yaa..Eh eh eh cashier ni kan..nak kena pang sbijik.ke..

    ReplyDelete
  23. hahah xpasal2 bermandikan beras si cashier tuh..

    ReplyDelete
  24. tesco dah la besar, karang masuk line salah hahahaha mungkin cashier tu lapar kot tu marah sngt

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah