Monday, June 13, 2016

Apakah Yang Bakal Berlaku Pada Rania?


“It looks like you have a serious eye damage Ma’am…”
Bagai panahan petir menikam jiwa, pipi Rania pantas terasa basah dengan genangan air mata. Dunia bagaikan terpadam lampunya.
Keputusan ujian doktor yang baru diterimanya sebentar tadi sungguh tajam merobek hati dan emosi Rania. Lidah yang petah kini bisu. Mati.. mati dari terus berkata-kata.
“Azman tidak perlu tahu perkara ini” Bingung dengan keadaan sekarang, Rania nekad untuk menyimpan rahsia ini daripada suaminya.

*  *  *  *  *

Sejak peristiwa itu, rentak kehidupan Rania mula berubah.
Emosinya membentak, jiwanya rajuk, titisan air mata tidak pernah lekang di pipi.
Gurauan Azman semuanya tidak diendahkan. Semunya ditarik muka.
Masa semakin singkat. Pandangannya semakin mengganggu.
Wajahnya… wajah Azman…. semuanya semakin kabur.

Berita yang perit tetapi lewat diketahui, menimbulkan kekacauan dalam hati suaminya.
Otak cuba menghadam tetapi emosi meracau dan mendesak.
Tanpa butir kata, Azman cuba mengukir senyuman.
Walau pahit.. namun cuba ditelan.. cuba disembunyikan..
Rambut Rania diselak... dahi dikucup... mata bergenang lagi..

Apakah yang bakal berlaku kepada Rania?
Adakah beban yang dikongsi ini larat digalas Azman?
Mungkinkah Azman beralih arah? Atau mungkin mereka kuat bersama?

Mungkinkah akan hadir cahaya? Atau gelap terus menanggung derita?


REMY ISHAK . NORA DANISH . AIZAT AMDAN

Raniaku
20hb Julai 2016

#SRGraniaku #raniaku #SAFImalaysia


4 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah