Thursday, June 30, 2016

Rahsia Pikat Suami Dengan Sexy Lingerie

Nampak Sexy Nampak Mengancam Agar Suami Tak Keruan


Korang jangan kecam aku eh....sexy-sexy di bulan puasa..tak leh simpan citer ni..kena share cepat2 jugak..lagi cepat lagi bagus....ilmu ni...ilmu...ahaks...korang jangan lupa praktikkan..nak kekal bahagia kena ikat suami tu dengan keseksian korang..jangan tido nak pakai baju kelawar dan pakai bedak sejuk je...lari laki korang nanti...meh ikut style aku...kena ada sexy lingerie dalam wardrobe...bukan selai..bukan dua helai..kalau banyak lagi bagus boleh tukar2 ikut mood dan karakter korang kan..

Tengok tu..ada yang senyum tu....Malu lettew...Rileks la..keharmonian rumahtangga adalah perkara paling penting..nak plak kalau usia dah makin meningkat...Ilmu rumahtangga kurang...haaa...sebab tu la macam-macam hal sekarang kan...Jangan tak percaya..Salah satu punca perceraian adalah Kurang Kepuasan Sex.. 


Feeling aummm...dengan Sexy Lingerie


Tadaaa...ni pilihan aku warna hitam..tak sexy sangat tapi bila tersarung di 
badan terus aura sexy tu sampai..aura je la sampai..hehehe..teruja betul bila dah ada kat tangan...Selalu x pentingkan pun..tapi Sejak beberapa tahun ni memang belajar pakai lingerie.. masuk ni dh ada 5 pasang dh..takut weiii kalau laki lari...gigit jari nanti...


Suka dengan material satin lembut dan corak lace di dada..


Fabrik yang lembut dan sangat berkualiti setanding dengan yg ada di butik ternama..dengarnya kain di pilih dan di nilai oleh pemilik IG ini sendiri sebab beliau pentingkan kualiti dari kuantiti..sebab tu semua baju tidur dalam IG beliau cantik2 Dan aummm sangat...affordable luxury katanya..semua jenis pakaian dan rekaan didatangkan dari Guangzhou..


Nak beli tapi segan?

Ala korang...Sekarang ni kan semuanya dah senang..semuanya dihujung jari, so x perlu rasa malu atau segan sampai Tak Berani masuk butik atau pi kat section baju tidur kat mall dh..klik2 je apa yg korang order confirm sampai kat rumah..org pun tak nampak apa yg korang pilih dan fesyen mana yg menjadi idaman korang..

Jom tengok antara baju tidur sexy yang ada  yang sempat aku kongsikan


Tadaaaaa......cantik Tak?


Kalau korang jenis daring dan mempunyai watak nakal boleh je pikat suami korang dengan

 Malu nak sexy2 boleh je pakai yang Agak sopan skit..tapi macam tak thrill je kan..tak mencabar


Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik..


Yang macam ni pun cantik gak ni...suami bukak pintu bilik x sempat apa pun terus terkam...ahhh sudah...


Wah...Koleksi yang macam ni blom ada lagi la...kena beli gak ni..


Aummnyaaa kaler pepel ngan dusty pink ni


Baju tidur untuk Anak dara pun ada Ni ha...cantik2 lagi..


Pelbagai jenis corak ada...pilih je....kena belajar pakai dari sekarang supaya nanti bila dah bersuami takde rasa segan silu nak pakai lingerie sexy...


Bukan Setakat baju tidur sexy je tau kat IG ni..Haa meh nak citer pasal LOVE BITE ni....ini yang paling best sebab boleh memulihkan keintiman hubungan suami isteri..korang tengok gambar korang faham...fungsinya ada di kotak product....korang yang ada masalah miss V boleh guna..setiap malam bagai malam pertama tau....confirm tak mengecewakan korang suami isteri..Ingat....suami isteri je bleh guna...lain dari tu aku x nak amik tau..

Nak Cuba???


Teruja tak? suka tak?
Kalau suka boleh follow IG kat bawah ni...sure korang tak keruan...kang jadi macam aku...semua aku suka..semua cantik..cakap banyak pun tak guna korang follow je diorang...

Sales team : 018 24 88850

Sales team : 017 257 1281

Sales team : 018 24 888 50

No phone sale team : 018 24 888 50

Boleh follow facebook


Wednesday, June 29, 2016

Selera Plak Diorang Makan Dalam Mangkuk Jamban

Apa nak jadi dh sekarang ni...terlebih hipster ke nie...Astaga.. boleh plak diorang berselera makan dalam macam tu ha...makanan di letakkan dalam mangkuk jamban..kalau aku memang tak la nak makan...


Sedap ceduk lauk eh Kak..


Boleh Senyum lagi tu..


Dh elok2 Makan dalam pinggan nak Makan gak macam Ni...


Tgok no phone macam kat Indonesia

Gambar Sumber FB

Aduhai..boleh diorang happy giler Makan macam Ni ha kat cafe jamban....erkkkk...
Loya plak tekak Aku...Tak yah la nak ubah sangat kan..Konon new style...Konon hipster..diorang tau ke x maksud hipster tu....

Kalau macam Ni la food review..bayar Aku RM700 pun Aku x nak de....rentikan la....


Menu Berbuka Ramadhan 21

Sejak mak dalam hospital blog aku xde la citer lain kan...sure korang boring ye tak...Aku malas nak angkut laptop pi spital..mana nak layan mak aku lagi..dapat update pun bila mak tido,tido mak pun x tenteram..x lena sebab mak x leh bernafas..
Buat masa Ni x banyak bahan utk blog Aku nak plak Aku menghadapi masalah ngan blog Ni...Sejak tukar domain semua entry Aku lambat update kat timeline..so page views Aku pun jatuh merudum..apatah lagi unique visitor..takpe la...biar la dulu

Jom tengok menu Ramadhan ke 21 Aku...


Kari kambing


Hati ayam goreng berlada


Kangkung belacan


Sup Kepala Ikan jenahak untuk Mak 

That's all for now..mohon jasa baik korang doakan Mak Aku...tengok gaya memang Tak dapat keluar ward Raya nie..beraya kat spital la nampaknya..takpe dugaan bulan puasa kan....


Tuesday, June 28, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 20

Hi korang...haih hari ni dh ramadhan ke 22 kan..x lama je lagi kita semua akan menyambut hari raya..minggu ni minggu akhir kerja..minggu depan dh ramai bercuti dah..termasuk la Aku...saje cuti awal..harap minggu ni Mak boleh keluar ward...lama sangat Dah Rasanya..dari 12hb ari tu Mak masuk ward..sedih sgt..nak Raya dh...

Jom tgok menu rutin berbuka Kami di IJN


Ikan baung masak lemak cili api


Sup cendawan


Telur dadar Dan Ikan masin tenggiri jeruk

Alhamdulillah rezeki masa tu...Makan ramai2 memang best...laju je makan...blom citer Ramadhan ke 21 lagi tu...masing2 Makan bertambah..Aku dari xde selera terus ada selera...masa Hari pertama Mak operation Kami Makan kuih je..pas tu decide bawak bekal..sebab kat spital mmg Takde Sgt orang jual makanan....


Monday, June 27, 2016

PESANAN BUAT ANAK DAN MENANTU

PESANAN DARI  MAK@MAK MERTUA kepada ANAK, MENANTU dan CUCU-CUCU jika balik beraya :



1⃣
Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak..

2⃣
Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak..

3⃣
Rumah mak bukan 'TAMAN PERMAINAN'.. jadi kawal anak masing-masing..

4⃣
Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....

5⃣
Mak bukan ada kedai dobi layan diri utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik kerumah masing-masing...

6⃣
Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai, biras miras nak kecik2 hati sesama sendiri....

7⃣
Rumah mak bukan 'HOTEL'.... diulang HOOTELLL..., MAK taulah korang dah bagi duit raya..... jadi SURUH bini masing-masing ringan²kan diri utk tolong keja di dapur..

8⃣
Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai biras miras yg bukan mahram pun ada...

9⃣
Jaga pergaulan antara anak2 kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...

Last... Yg ke 🔟
Rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak selfie atau rakam gambar famili di pagi2 raya sampai terlupa nak ziarah rumah jiran2....

Yang ikhlas....

MAK dan MAK MERTUA
korang!!!
😁😁😁😁

Kaulah Raniaku Teaser 3


Berbumbung awan emas yang berarak,
Ada kamu yang memimpin aku,
Setiap jatuh bangunku bersamamu,
Kaulah Raniaku

REMY ISHAK . NORA DANISH . AIZAT AMDAN
AKAN DATANG
“RANIAKU”
20hb Julai 2016

#SRGRaniaku #safiraniagold #safimalaysia #raniaku


Biobax Cool Theraphy, Sembur- Sembur Je Kurangkan Sakit...

Korang pernah dengar produk Biobax? Tak Pernah? takpe...meh aku nak terangkan serba sedikit tentang Biobax dan kehebatannya yang hangat diperkatakan sekarang..Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat. teknologi terkini untuk korang yang mengalami sakit2 otot, sakit pinggang, sakit lutut dan pelbagai jenis penyakit lagi...Jangan tak percaya Biobax Cool Theraphy kini menjadi pilihan wanita2 mengandung...

Macam aku plak..hari- hari pergi kerja lepas tu terus ke IJN sebab rutin melawat dan jaga mak...kadang- kadang sakit pinggang sebab tak selesa kan...penat nya hanya tuhan yang tahu..bila dah balik semula ke rumah sewa terus semua sendi sakit...so..jalan penyelesaianya terus spray je kat tempat sakit tu...terus lega dan boleh tidur dengan nyenyak.Utk pengetahuan korang, Biobax ni adalah spray yg dibuat khas utk mengurangkan rasa sakit belakang dan sendi2.. Sekiranya dipakai secara berterusan, dgn izin Allah, sakit tu blh sembuh... sbb kandungannya ada Habbatus Sauda, Minyak Zaitun dan eucalyptus oil. Lagipun, ianya sgt senang meresap dlm kulit utk memberikan kelegaan dlm masa yg cepat. Kalau korang orang perempuan yang nak datang bulan or tengah period pain pun sesuai guna Biobax ni..



Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy


Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy


- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Testimoni





Artis Raja Farah pun dah percaya dan menggunakan Biobax..jangan tak tau ye..ada jugak yang bawak Biobax ni hingga ke labour room....wahhh...penangan Biobax kan...



Harga 1 botol Biobax adalah RM85. Tapi sekarang ada promosi RM70 sebotol. Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan. Tahan sehingga 3 bulan.

Kalau korang berminat boleh whatsapp kod "biobax" kepada Suria Amanda (Agent sah Biobax) - 0123319641

Harga 1 botol Biobax adalah RM85. Tapi sekarang ada promosi RM70 sebotol. Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan. Tahan sehingga 3 bulan.

Biobax wajib ada dalam handbeg semua wanita. Haa apa lagi? Jom lah dapatkan seorang satu atau beli dan hadiahkan kepada insan yang tersayang! Bukan tertakluk kepada wanita sahaja ye..lelaki pun boleh guna...Alhamdulillah ramai yang happy selepas menggunakan Biobax ini...

Korang bila lagi??

Meremaja Dan Mencerahkan Kulit Dengan Safi Rania

Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold & Masker Pencerah Safi Balqis White Trilogi

Kecantikkan adalah anugerah dan lumrah untuk semua wanita, Kecantikkan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Bagi wanita memperolehi raut wajah yang cerah sempurna dan sentiasa kelihatan muda remaja adalah satu kelebihan yang perlu dititik beratkan.Walau sesibuk mana sekalipun seorang wanita menguruskan kerjaya dan keluarga atau apa sahaja tugas harian pasti meluangkan sedikit masa untuk memberikan yang terbaik untuk tampil mempersona..


Memahani keperluan wanita moden kini, SAFI sebuah jenama halal no 1 tempatan melengkapkan rejimen penjagaan wajah dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold

Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan dengan Vitamin B3, Masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu dan kusam, segar bermaya bermula dari dahi hinggalah bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih anjal dan segar.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogi

Memanjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus ,ulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah anda terasa lembap dan lembut. Gunakan selama 20 minit sebelum anda tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus dan cerah sempurna keesokkan harinya..


Menyahut cabaran aku cuba menggunakan masker Safi Balqis White Trilogi...bab nak putih memang jadi pilihan la kan...sebab aku ni bukan la putih pun...lebih kepada sawo matang..best woo...letak je kat muka..sejuk je..best..dan betul...segar sangat...


Tadaaa.....
sehari selepas menggunakan masker Safi Balqis White Trilogi..kulit muka rasa segar dan anjal...seminggu aku guna 2 kali...keremajaan kulit kena jaga kan..nak plak usia aku dah hampir mencecah ke era 40..semua nak kena jaga..

korang bersedia untuk menikmati kulit cerah dan muda remaja dalam langkah mudah?
Dapatkan Masker Keremajaan SAFI Rania Gold 22ml pada harga RM6.90 dan Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy 17ml pada harga RM5.90.

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya besar utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman sesawang SAFI

Nak Anjal, Nak Putih Mulus?

Jom cuba SAFI


Saturday, June 25, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 19

Hai korang..
Sekejapan jer dah tinggal 10 hari terakhir ramadhan kan..sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas..rutin aku selain pergi kerja..berulang ke hospital tengok mak...dari awal mak operation sampai la sekarang, tak pernah gagal sehari pun pergi hospital.sampai tak sedar pun masa berlalu...tau- tau dah nak raya. Raya pun tak tau dapat balik rumah ke tak..kalau tak memang beraya kat hospital la nampaknya..dugaan kami tahun 2016 ni kan...tak apa la asalkan mak sihat..

Sepanjang berulang alik hospital ni kami bawak bekal untuk berbuka...terima kasih pada adik aku mommy si qhaira bertungkus lumus masak..sama- sama la kita tempuh dugaan ni ye...doa banyak- banyak supaya mak boleh keluar ward...

Jom tengok menu yang sempat dia masak..


Ikan bilis goreng tempoyak...siap tapau sikit bawak balik rumah sewa..konon nak makan untuk sahur...last2 tak bangun pun...ada tersimpan dalam fridge...


Ayam Bakar


Ikan Kembung Goreng Berlada


Bihun Goreng

Sana sini buat persiapan hari raya kan...
Aku tak buat apa pun persiapan...takde rasa nak beraya pun...baju raya pun beli untuk anak je..ada sepasang untuk diri sendiri...tinggal kasut raya Dania je lagi belum beli...raya tahun ni sederhana ajer la..harap saudara mara faham keadaan kami...bukan lah susah cuma mak tak sihat..so tak elok beraya sakan kalau mak tak sihat kan....Kuih raya pun tak dan nak buat...nak beli pun takde semangat..apa yang ada jer la nanti...itupun kalau boleh balik rumah...itupun kalau ada rezeki beraya...

Berharap sangat mak dapat keluar ward sebelum raya...mengharapkan keajaiban allah...semoga allah sembuhkan mak....amin...

Friday, June 24, 2016

Resepi Udang Goreng Kicap Suriaamanda

Asyik makan udang je aku ni kan...sebenarnya ni menu ntah puasa ke berapa ntah...senang je nak buat..nama pun menu bujang...tapi nak bagi sedap lauk Ni korang Jangan buang kulit udang..buang muncung tajam kat kepala tu je..jangan buang kepala tau...kalau korang nak tau dari kulit dan kepala udang tu la manis udang tu datang.

Jom tgok Resepi..


Resepi Udang Goreng Kicap


  1.  Udang size besar 10-15 ekor
  2.  2 labu Bawang Holland potong memanjang
  3. Bawang Putih ngan merah di hiris halus
  4. Sos tiram 2 sudu besar
  5. Sos cili 2 sudu besar
  6. Sos tomato 1 sudu besar
  7. Kicap Tamin
  8. Halia dihiris
  9. Cili api di racik ikut Tahan pedas byk Mana
  10. Jagung muda 
  11. Capsicum Hijau dan merah
  12. Daun Bawang
Cara-cara masak

  1. Udang di goreng Separuh masak Angkat Dan toskan Minyak
  2. Tumis Bawang Putih, Bawang merah kecik Dan Halia sampai Naik bau
  3. Masukkan sos tiram,tomato Dan sos cili
  4. Masukkan cili api Dan capsicum
  5. Masukkan Jagung muda Dan Bawang Holland
  6. Masukkan udang 
  7. Tuang kicap tamin ikut banyak yg Kita nak
  8. Masukkan daun Bawang
  9. Siap Dan boleh dihidang..

Selamat mencuba ye...




Kad Raya Pengganti Diri Dari Blogger

Sememangnya bila tiba musim perayaan kad raya di hantar sebagai pengganti dirikan..Sekarang dh Tak ramai yang hantar kad raya malah lebih ramai memilih kad ucapan elektronik seiring peredaran zaman kan...pendapat aku kena kekalkan tradisi menghantar kad raya supaya tak luput di telan zaman..bila Ingat balik Zaman remaja dulu banyak betul dapat kad raya..sekarang dh kurang dapat..


Baru baru ni aku terima kad raya dan ini kad raya yang ke 2 dan 3...Alhamdulillah ada jugak yang sudi bagi kad raya kat aku..
Tahun ni aku x sempat nk hantar kad Raya kat kawan- kawan pun..sibuk dengan Mak yang tengah sakit..Tak tau bila Mak boleh keluar..Kemungkinan beraya kat hospital...

Buat Sally Samsaiman Dan blogger Cik Akak...terima kasih diatas kiriman kad..really appreciated.. Sayang korang ketat2


Thursday, June 23, 2016

Tepung Pelita...Mana Pelitanya???



Suka tepung pelita?
Kalau nak tau tepung pelita memang kegemaran aku sepanjang masa..aku suka gak tepung pelita yang siap ada buah sengkuang yang di mayang halus..Tak berapa manis..sedap je..bulan puasa Ni Aku memang tak berkesempatan berkunjung ke bazaar ramadhan..so kirim kat adik ipar je dan kami berbuka hari- hari Sama2..bulan puasa ni dugaan Kami besar..Tak tau la kami beraya kat hospital tahun ni atau berpeluang beraya kat rumah...
Berbalik kepada tepung pelita...Kenapa Namanya tepung pelita Erk?korang tau ke..ikutkan rupa paras kuih ni memang x jumpa la pelitanya..
Kenapa namanya tepung pelita erk?
Ada sesapa tau?


Wednesday, June 22, 2016

Resepi Udang Goreng Kunyit Suriaamanda

Percaya x kalau Aku cakap menu ni hanya amik masa 15 minit lebih kurang...paling senang, paling simple...campak2 je dah siap...untuk orang bujang sangat sesuai ni..ye la penat balik kerja..pas tu nak masak untuk berbuka dan sahur kan..


Bahan bahan Bawang Putih, merah Dan Bawang besar, cili api semua hiris


Udang buang ekor Dan Kepala..basuh bersih Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam..goreng dengan Minyak yang Panas..dh masak Angkat Dan letak ke tepi


Bahan yang hiris Tadi goreng guna Minyak lebihan goreng udang Tadi..biar sampai Naik bau..kemudian masukkan udang tu semula..Gaul2 Dan Perasakan garam..tutup api Dan dh siap...

Selamat mencuba


Tuesday, June 21, 2016

Resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Api


Hi korang...

Hari ni terpanggil nak share resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Api...kali ni bukan masak lemak semata tapi siap campur dengan asam limau kasturi....sedap..ni resepi yang mak aku selalu buat dan kami semua suka sangat...alhamdulillah kali ni dapat ikan patin yang agak besar dan tak hanyir..takde bau lumpur pun..selalunya ikan patin sedap masak asam tempoyak atau singgang atau masak asam pedas kan..kita tukar plak masak lemak...

Jom tengok resepi


RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API

  1. Beberapa keping ikan patin ( dicuci bersih dengan asam jawa)
  2. Cili api * di tumbuk
  3. Sejengkal kunyit hidup *
  4. Santan sebiji kelapa
  5. 8 Biji limau kasturi * ambil airnya

Cara - cara masak

  1. masukkan ikan dalam kuali, 
  2. masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk
  3. biarkan kecut dengan api perlahan...
  4. dah kering air ikan terus masukkan santan
  5. tambah sedikit air...
  6. kacau sentiasa untuk elakkan bertahi minyak
  7. dah menggelegak masukkan jus  limau kasturi
  8. perasakan garam dan biarkan sampai ikan masak
  9. tutup api dan sedia dihidang

Simple kan?

Selamat Mencuba



Jom Berbuka Di Restoran 10 years Sri Petaling

Hi korang...
Bersempena Ramadhan tahun ni Aku berpeluang menikmati hidangan lazat yang diperkenalkan oleh restoran Ten Years..Ini merupakan kali pertama aku ke sini so perasaan teruja untuk mencuba lebih menguasai diri...tertarik dengan pelbagai menu Malaysian Cuisine yang pelbagai dan terkenal dengan kesedapan..memang rasa bertuah kali ni sebab di beri peluang untuk mencuba hidangan yang telah di sediakan...boleh dikatakan semua yang di hidangkan menarik minat untuk mencuba tetapi setakat mana la perut kecil aku ni boleh makan kan...

Jom kita tengok apa yang istimewa di Ten Years...


Tahun ini Ten Years memperkenalkan menu kombo Ramadhan yang telah pun bermula dari 6 Jun sehingga 15 Julai setiap 6 petang.
Harga yang ditawarkan adalah
RM60 nett (termasuk 10% service charge dan 6% GST) untuk 4 pax
Sah untuk dine-in dan take away.
( pre-order, 3 jam sebelum datang)


Kali ini Ten Years memperkenalkan kombo yang menawarkan 4 jenis nasi iaitu 
Kak Tum Nasi Kuning (Tawau), Kak Pah Nasi Dagang (Terenggnu), Kak Yati Nasi Lemak Dan Nasi Kerabu (Kelantan)..kombo yg sangat Menarik sebab 4 jenis makanan tersedia..siap boleh kongsi lagi kan..pilihan Sesuai mengikut citarasa untuk 4 orang..Jangan pening sebab set ini di datangkan dengan set Sate ayam sekali..
Menarik kan?


Set Kombo 4 jenis nasi


Lauk pauk untuk Set Kombo..


4 jenis nasi


Abu Pasembor Indian Rojak RM12.90


Kuah satay complete dengan ketupat timun dan bawang


signature juice yang pelbagai di sini, sedap dan fresh..


Linguine Chicken Sambal Tomato RM19.90


Nancy Nyonya Laksa  RM16.90 


T& T Prawn Mee RM14.90


Prawn Curry Carbonara RM22.90


Tiger Char Kuew Teow Penang



korang yang dah takde idea nak berbuka kat mana boleh jer terjah 10 Years ni...mana tau kena dengan citarasa dan selera kan..menarik semua makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan...jangan risau sebab semua harga adalah termasuk GST..korang boleh pilih mana yang menjadi pilihan hati...tapi ingat...jangan membazir ye..pilih setakat yang mampu di makan sebab tak baik order banyak- banyak tapi tak habis kan...but trust me..makanan di 10 Years adalah terbaik...

Selamat Mencuba...

TEN YEARS
Sri Petaling:
No 1, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9054 9688

Evvolve Concept Mall:
G08, Ground Floor, Evolve Concept Mall, Jalan PJU 1A/4,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78310996

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah