Tuesday, May 31, 2016

Sajian Ibunda Di Ramadhan Buffet Vivatel Hotel

Hi korang...

Berpeluang memeriahkan Ramadhan Buffet di Vivatel Hotel Kuala Lumpur bertemakan 'Sajian Ibunda'. Tahun ni banyak hotel yang mengadaptasikan air tangan ibu dalam mempromosikan buffet ramadhan kan..sememangnya resepi- resepi dari air tangan ibu sangat- sangat menepati citarasa semua orang...Hebat kan masakan ibu kita...sebab tu resepi dari air tangan ibu diberikan pengiktirafan yang tertinggi sebab tiada yang terbaik melainkan Sajian Ibunda kita..itu lah yang paling hebat dan sukar di tandingi.

Bertempat di Retro Cafe's Ramadhan Buffet Sajian Ibunda akan bermula pada 6 June - 4 July 2016. Residents Chef, Chef Ashar Daud yang terkenal dengan Hidangan Warisan Melayu membawakan sentuhan istimewa untuk hidangan buffet seperti Kari Kepala Ikan, Gulai Kawah, Patin Tempoyak, Sup Urat Keting Sup Gear Box dan macam- macam lagi...Aku nak pilih dan nak merasa pun macam buntu. Terlalu banyak pilihan...tak tercapai dek akal kalau nak cuba semua..so aku pilih mana yang aku rasa aku nak cuba rasa.Jom ikut aku tengok gambar yang sempat aku rakam untuk tatapan korang...

Hidangan Pencuci Mulut


Banana Kataifi


Sago Gula Melaka


Dodol


Tapai Pulut

Hidangan Utama


Ayam Goreng Berempah & Puyuh Goreng ( Mamak Style)


Kari Kepala Ikan


Ketam Masak Lemak Cili Api


Kailan Goreng Belacan


Kambing Kurma


Patin Tempoyak


Sambal Udang Galah


Gulai Kawah


Kambing Bakar


Tak Lengkap Kalau Ramadhan Buffet takde Kambing Bakar kan?


Pilihan Sambal dan Ulam


Pilihan Aneka Kerabu


Seafood On Ice


Oyster / Tiram


Mussels / Kupang...


Boiling Pot ( Viatnamese Beef Noodles)


Mee Rebus


Buah- Buahan Tempatan


Kurma dan Strawberry


Air Batu Campur


Sajian Ibunda Ramadhan Buffet di Vivatel Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet RM98 nett untuk dewasa dan RM68 nett untuk kanak- kanak. Jangan tunggu lagi..cepat tempah meja untuk berbuka puasa.

Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi :-

Tempahan Restoran > +603 9205 8888


Alamat : Vivatel Hotel Kuala Lumpur
              No 85, Jalan Loke Yew
             55200 Kuala Lumpur 


Selamat Mencuba

love,
Suria Amanda

7 comments:

  1. boleh terliur tengok patin tu...hahaha. dha lama tak makan sebenarnya ni

    ReplyDelete
  2. wah siap ada kurma and stoberi.

    ReplyDelete
  3. aduiiii kak terliur nyerrrr ! semua pun sedappppppppp

    ReplyDelete
  4. Sally suka makan bubur yang pelbagai tu...ada bubur cha cha, bubur pulut hitam dan banyak lagi laaa...hihihi...Sago Gula Melaka, Tapai Pulut, Lompat Tikam Dengan Pulut Merah, dan Dodol pun ada!!

    ReplyDelete
  5. Wah.. ada dodol dan tapai pulut.. Bestnya...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah