Monday, May 16, 2016

Preview Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Hi korang...

Sekali lagi di jemput untuk memeriahkan Preview  Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort, seperti tahun- tahun lepas BGR meriah dengan makanan yang pelbagai jenis mengikut citarasa pengunjung. Buffet Ramadhan di BGR akan bermula pada 9 Jun hingga 7 julai akan datang. Terkenal dengan penyediaan pelbagai juadah menarik dengan harga yang berpatutan dan memang tidak dinafikan BGR menjadi tumpuan penduduk sekitar Bangi, Kajang dan tempat2 berdekatan. BGR merupakan salah satu daripada resort golf yang menerima pentauliahan dan pengiktirafan HALAL oleh JAKIM sejak 2009.

Untuk tahun ini BGR mengetengahkan konsep baru bercirikan selera Melayu dan Timur dan dengan bangganya memperkenalkan menu Selera Pantai Timur iaitu masakan terkenal dari negeri Kelantan sebagai daya tarikan utama.

Jom kita tengok sebahagian hidangan yang sempat aku snap semasa preview semalam.


Lemang


Rendang Daging Taik Minyak


Pulut Kuning


Kambing Panggang


Slices yang siap dihiris untuk memudahkan pengunjung supaya tidak perlu beratur panjang


Sup Kambing ( mulanya aku ingat gulai kawah)


Bahagian Bihun Soto


Bahan- bahan untuk Nasi Kerabu


Ikan Sardin Goreng ( Nasi Kerabu)


Bahan- Bahan Mee rebus


Kuah Mee Rebus yang yummy sangat..


All time fav aku...Masak Lemak Cili Api Sipu Sedut campur Pucuk Paku....


Red Velvet...psst...aku ulang 2 kali tau....sedap...


Cream Puff


Cream Puff


Oreo Cheese Cake


Pelbagai Kuih Traditional


Puding


Korang juga berpeluang menyaksikan kemahiran chef- chef mengukir buah- buahan...memang secara live 


Ternyata chef- chef ini sangat berbakat...


tak sempat makan pun buah- buah tu semua...

Kali ni aku tak berpeluang nak tunggu lama...sempat berjumpa dengan rakan- rakan blogger yang lain...ada yang sempat amik gambar...ada yang tak sempat...ada yang baru kenal dan ada yang dah selalu jumpa...rakan- rakan dari KBBA pun nampaknya ramai jugak tahun ni...



Bersama Blogger popular Yuyu Zulaikha


Dengan Mommy Blogger Azlinda Alin


Sempat Selfie dengan Kambing Panggang


Dengan Blogger Sally Samsaiman


Selain hidangan, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari sepanjang Buffet Ramadhan ini berlangsung

BGR menawarkan lebih dari 800 ruang parkir untuk kemudahan korang serta ruang solat untuk para tetamu.so korang jangan risau tentang parkir...memang lebih dari cukup dan surau juga disediakan untuk solat..tak perlu terkejar- kejar berbuka kan...

terima kasih BGR atas undangan...


details selanjutnya :

Bangi Golf Resort
No 1 Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
Selangor 43650

Tempahan dan pertanyaan : 03-8925 3728 / 03-82100265

Harga Buffet : DEWASA RM58 / KANAK2 - RM29

Website : www.bgrrest.com


Love

Suria Amanda

18 comments:

  1. nice to meet u kak ! Rindu pulak siput sedut tu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...ingat rindu akak TD..hahahhaha...

      Delete
    2. Laaa...ingat rindu akak TD..hahahhaha...

      Delete
  2. Tahun lepas tak berkesempatan nak buka kat sini..
    insyaÁllah tahun nie nak try kat sini..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk gi time ramadhonnn nnt kak hihihi..jom kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak x pi...akak bg adik akak..cik Abe x nk pi plak

      Delete
  4. kalo mcm ni mmg tak makan semua sebab bnyak sangat. heheheh

    ReplyDelete
  5. Semalam tu kan pasal siput sedut.. ada yg susah nk sedut..awat eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal x semua montot siput tu dipotong...hahaha

      Delete
  6. teruja kaknoor tengok makanan nya SA semuanya menyelerakan macam nak makan je semua nya
    tapi mampu kah kannn
    mesti kena pilih2 tu hebattt sangat

    ReplyDelete
  7. Juadah berbuka puasa kat BGR ni memang mantap2, lepastu sedap pula tu. Huaaaaa rugi tak dapat mai ritu ni... Hurmmm

    ReplyDelete
  8. selfie dengan kambing ye kak. hehehe. dessert tu menggoda sangat. kalau pegi hentam dessert dulu la >,<

    ReplyDelete
  9. pernh berbuka mkn sini menang contest...suka dessert redvelvet tu..byk kali ulang mkn...pilihan menu pn byk

    ReplyDelete
  10. tu dia haihh menu tu masyallahhhhhh
    sedap2 belaka..lagi sedap kalau iols pun join sekali kan kan kann haha

    ReplyDelete
  11. wow... kambing panggang sememangnya mana2 pun yg no 1 dicarik.
    tapi tu la. mr.asben aida x brape gemar makan kat hotel or even berbuka pose kat luar.
    dia memang tak mau punyer :(
    prefer berbuka kat umah walaupun makanan beli luar.
    dia risau nanti kelam kelibut nak solat maghrib.
    hu hu hu takde can ler aida makan kambing panggang golek golek gitu :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah