Hi korang,
Dah tamat dah realiti tv Clever Girl Malaysia ni malam tadi kan...tahniah buat peserta Clever Girl dari Kelantan yang dipilih sebagai Juara. Fatin Nuraisya juara Clever Girl Malaysia yang pertama.
Shah Alam: Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl Malaysia (CGM) malam ini.
Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin (Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).
Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.
Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.
CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3, adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.
Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).
jom skodeng biodata Fatin Nuraisya
Biodata Fatin
Nama penuh: Fatin Nuraisya Bt. Mohd HaniphaUmur: 28 Tahun
Asal: Kelantan
Pekerjaan: Peguam
kredit: Harian Metro
kredit: Instagram Fatin Nuraisya
Tahniah, full package ni...;-)
ReplyDeletewahhh, tahniahh :)
ReplyDeleteTahniah..fatin
ReplyDeletetak sangka dia juara...rezeki
alaa tak tgk citer ni along...ish lieya ni citer ape je layan kat tv..tak sempat laa...drama pun tgk online ..tu pun kalo org kate best2 baru tgk hahahaahah
ReplyDeletetahniah fatin..:)
ReplyDeletemuka di macam neldya tu kan.. peguam tu..
ReplyDeleterasanye mcm nasib lebih menyebelahi dia ... lebih byk berdiam dr mencuba ... anyway tahniah
ReplyDeleteoh peguam rupanya..tahniah !
ReplyDeletetahniahh fatin.. =)
ReplyDeletetaniah2... moga lps nih soalannya lebih mencabar lg
ReplyDelete