Hi Korang...
Sihat ke korang??? Sekejap je dh sampai hari Jumaat kan...eh kan aku cuti kecemasan hari Isnin dan Selasa sebab Mak aku masuk ward kan..tu yg terasa cepat masa berlaku..x aci betul kan..hahaha...
So hari ni aku nak share ngan Korang tentang bahaya tidur terlalu lama..haaa...Korang. .x elok tido terlalu lama...not good tau...no..no..no...
Comel plak baby ni tido...
Tidur adalah keperluan setiap orang namun Tidur secukupnya bergantung kepada umur dan keadaan tubuh. Ada antara kita yang suka tidur lama..so Korang kena ambil tahu kesan yang mungkin berlku sekiranya kerap mengamalkan tabiat ini
Risiko Tekanan
Kajian dijalankan pada 2014 menjelaskan aktiviti tidur dalam jangka masa lama meningkatkan tekanan pada seseorang. Respondents dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama Tidur antara 7-9 jam. Tekanan terhadap kumpulan ini dilaporkan meningkat 27 peratus manakala 49 peratus bagi kumpulan ke 2 yang tidur selama 9 jam.
Otak Rosak
Kajian pada 2012 ke atas wanita dewasa dengan mendapat kesan buruk kepada itak akibat Tidur Terlalu Lama atau Terlalu singkat.Waktu Tidur lebih daripada 9 jam Dan kurang Dari 5 jam memperlihatkan perubahan fungsi otak seperti 2 tahun lebih tua daripada usia sepatutnya.
Sukar Hamil
Sekumpulan pengkaji dari Korea menganalisis pola tidur lebih 650 wanita yang sedang subur. Kajian mendapat potensi hamil bagi wanita yang tidur antara 7-8 jam lebih tinggi bersanding yang Tidur antara 9-11 jam. Penelitian ini Tidak dapat menjelaskan sebab utama kesukaran hamil walaupun cara tidur mampu mempengaruhi kesuburan hormon.
Berat Badan Meningkat
Hasil penelitian Di Quebec, Kanada dijalankan ke atas anak muda dalam tempoh 6 tahun mendapat mereka yang Tidur sedikit atau terlalu lama terdedah kepada potensi berat badan meningkat bersanding Tidur 7-10jam. Kebanyakkannya 25 peratus daripada respondents meningkat berat badan sebanyak 5 kilogram
Jantung Rosak
Kajian Kolej Kardiologi Amerika pada 2012 menunjukkan tidur selama 8 jam atau lebih setiap malam berhubung kait dengan meningkatnya risiko terkena penyakit jantung koronari..
Oleh itu Korang...tetapkan had waktu untuk rehat Dan ketahui kesan jika masa diambil lebih daripada sepatutnya....
alaaa tido la best! hehehee...
ReplyDeleteKalau baby tu lainlah kan..
ReplyDeleteTapi kalau kakak memang tak bolehlah tidur lama-lama - pening
Tapi anak kakak kalau cuti sekolah aduhai... selagi tak kejut SA
tapi tido lama memang best....hahaha
ReplyDeletetidur lama jadi lebih malas dan pening kepala..biasa tak cukup tidur pun, ganti tidur sekejap je.
ReplyDelete