Tuesday, May 31, 2016

Cuti Sekolah Yang Suram Demi UPSR


Hi korang...
Cuti sekolah dah mula kan....tahun ni takde istilah bercuti bagi Dania..Dia kena focus UPSR bulan September nanti...Alahai kesian anAK mama..takpe la kakak..lepaskan exam dulu nanti lepas exam Kita pi bercuti kat Penang...
Aku sebenarnya tengah panas hati..Aku Tak tau macam mana nak lepaskan apa yg terbuku di hati..Ni tentang seseorang yg pertikai Aku cuti masa Mak Aku warded kat IJN last week padahal Aku tak report kat Dia pun..siap pertikaikan Aku takde adik beradik lain ke yg boleh take over..even Aku ada adik beradik lain pun..Tetap tanggungjawab aku selagi Mak aku hidup..lain la Mak Aku dah takde..time tu ko nak pertikai OK ko boleh pertikai..Takde perikemanusiaan langsung..
Kadang2 org yg jenis x faham Ni Agak kejam kan...bercakap atau bagi pandangan Tak fikir hati orang..Benda Tak kena kat batang hidung sendiri..Cuba kalau kena kat Dia..Agaknya apa yg dia rasa...

Haih lagi banyak Dia bercakap lagi Terserlah kebodohan Dia walau jawatan Dia lagi besar dari Aku...

Birthday Celebration Si Kembar dan Atuk

Hi Korang,

Birthday Si Kembar dan atuknya..sambut Ahad lepas minum petang..asalnya nak sambut tengahari tapi lambat masak...buat petang je la...si kembar memang ingat birthday Atuk..sebab birthday diaorang dah sambut kat tadika..sampai ke sudah diorang tak tau sebenarnya sambut sekali birthday diorang ngan birthday atuk...ala sambutan ala kadar je...sambut antara kami je...


Ice Cream Cake mama sponsor...


Punya la excited nak potong cake..si Qhaira plak macam blurr...


Si kembar ni buat apa2 mesti nak Qhaira ada sekali..sebab tu Qhaira macam blurrr


Si kembar sibuk posing Qhaira masih takde perasaan..kecik lagi kot...tak faham sangat


Amik gambar ngan ayah dan Ibu...


Time baik bukan main lagi berpeluk2


Tak sabar- sabar nak bukak hadiah...eh...Qhaira pun dapat hadiah?


bukak yang ibu dan ayah bagi dulu


diorang dapat set violin


mama bagi baju princess...boleh pakai raya....

Settle dah majlis diorang...tiap- tiap tahun habis la mama..si kembar jer dah 2 hadiah...pas ni relax...tunggu bulan 9 plak birthday Dania...insyaallah ada rezeki nak buat majlis skit untuk dia...hehehe....

Happy birthday si kembar...dan Happy Birthday atuk....


Love,
Suria Amanda

Sajian Ibunda Di Ramadhan Buffet Vivatel Hotel

Hi korang...

Berpeluang memeriahkan Ramadhan Buffet di Vivatel Hotel Kuala Lumpur bertemakan 'Sajian Ibunda'. Tahun ni banyak hotel yang mengadaptasikan air tangan ibu dalam mempromosikan buffet ramadhan kan..sememangnya resepi- resepi dari air tangan ibu sangat- sangat menepati citarasa semua orang...Hebat kan masakan ibu kita...sebab tu resepi dari air tangan ibu diberikan pengiktirafan yang tertinggi sebab tiada yang terbaik melainkan Sajian Ibunda kita..itu lah yang paling hebat dan sukar di tandingi.

Bertempat di Retro Cafe's Ramadhan Buffet Sajian Ibunda akan bermula pada 6 June - 4 July 2016. Residents Chef, Chef Ashar Daud yang terkenal dengan Hidangan Warisan Melayu membawakan sentuhan istimewa untuk hidangan buffet seperti Kari Kepala Ikan, Gulai Kawah, Patin Tempoyak, Sup Urat Keting Sup Gear Box dan macam- macam lagi...Aku nak pilih dan nak merasa pun macam buntu. Terlalu banyak pilihan...tak tercapai dek akal kalau nak cuba semua..so aku pilih mana yang aku rasa aku nak cuba rasa.Jom ikut aku tengok gambar yang sempat aku rakam untuk tatapan korang...

Hidangan Pencuci Mulut


Banana Kataifi


Sago Gula Melaka


Dodol


Tapai Pulut

Hidangan Utama


Ayam Goreng Berempah & Puyuh Goreng ( Mamak Style)


Kari Kepala Ikan


Ketam Masak Lemak Cili Api


Kailan Goreng Belacan


Kambing Kurma


Patin Tempoyak


Sambal Udang Galah


Gulai Kawah


Kambing Bakar


Tak Lengkap Kalau Ramadhan Buffet takde Kambing Bakar kan?


Pilihan Sambal dan Ulam


Pilihan Aneka Kerabu


Seafood On Ice


Oyster / Tiram


Mussels / Kupang...


Boiling Pot ( Viatnamese Beef Noodles)


Mee Rebus


Buah- Buahan Tempatan


Kurma dan Strawberry


Air Batu Campur


Sajian Ibunda Ramadhan Buffet di Vivatel Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet RM98 nett untuk dewasa dan RM68 nett untuk kanak- kanak. Jangan tunggu lagi..cepat tempah meja untuk berbuka puasa.

Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi :-

Tempahan Restoran > +603 9205 8888


Alamat : Vivatel Hotel Kuala Lumpur
              No 85, Jalan Loke Yew
             55200 Kuala Lumpur 


Selamat Mencuba

love,
Suria Amanda

Monday, May 30, 2016

Riak Berfesyen Namanya Ni..

Hi korang..

Terperanjat???aku lagi terperanjat...speechless..rasa macam duduk kat planet lain..siapa la yg cipta pakaian ibadat kita sampai huduh macam tu...dah macam apa aku tengok...bertingkat-tingkat jadinya tu ha..pada aku tak salah kalau nak Berfesyen tapi jangan la melampau sangat sampai cenggitu jadinya...ini telekung la..Telekung..pakaian untuk beribadat..Tak perlu di ubah suai jadi cenggini
Subhanallah, nak pergi beribadah bukan berfesyen, cukuplah sekadar menutup aurat yg wajib sahaja, tapi kalau dah serupa mangkuk tingkat, ini riak fesyen namanya, lagi satu telekung dah direka zaman nenek moyang kita tau, tapi jangan kerana kejar keuntungan hinggakan telekung beribadah nak di hipsterkan.. alahai kak khadijah! 🙂🙂

Aku macam pelik lagi ni...Betul ke telekung Kak Siti Khadijah ni?

Kuasa Dan Beban Ringgit


Hi korang...
Perasan Tak?kalau shopping barang dapur Dan keperluan rumah sekarang memang boleh naikkan darah...kan?compare 10 tahun dulu..penuh satu troli baru cecah RM200..semalam aku shopping barang dapur x penuh pun troli dh RM200 lebih..nak kata apa kan..keperluan memang kena beli..tak beli kang semua tak makan plak..
Beras kena beli
Telur Dan Ikan bilis pun Mahal
Sardine setin pun Mahal
Sabun basuh baju pun nak kena beli..
Minyak masak kena beli
Lauk pauk pun kena beli..
Takkan nak Makan megi je..takkan nak Makan ayam je kan?sayur pun boleh Tahan Mahal Sekarang..tanam sayur sendiri pun Sama je..takkan nak Makan sayur tu je kan...Haih..makin terasa dengan peningkatan taraf hidup Ni..bila la ekonomi negara Kita nak pulih kembali...belum cerita bil elektrik ngan bil air lagi tu..
Pening oii..pening....


No Monday Blues Please...


Assalammualaikum...
Hi korang...sihat?
Amacam hujung minggu korang? Sure best kan..nak plak cuti Sekolah kan..weekend Aku penuh ngan aktiviti..Kazen Aku kawen..sambut birthday si kembar ngan Abah..tak tau kenapa penat sangat2 padahal Takde buat keja apa pun..maybe kurang rehat kot masa jaga Mak kat IJN last week...no Monday Blues please...shuhhhh..go away...
Hari ni masuk kerja macam malas je..Hahaha...korang dah sarapan ke..aku dh dan hari ni makan bihun goreng je..itupun tak habis, lately takde selera..x tau la nak cakap macam mana..faktor umur la ni kot..asyik xde selera je sekarang ni...Tak tau la tekak ni nak makan apa ntah..
Letih dan bosan dengan benda yang sama je..


Love
Suria Amanda

Friday, May 27, 2016

Lunch RM6, Murah ke Mahal?


Hi korang...lunch today nasi goreng kampung telur mata ngan hati ayam..cost me RM6...hehehe...mahal ke murah pada korang?Aku rasa murah sebab biasa aku sure kena paling tidak RM8

Alhamdulillah..rezeki hari ni...
Happy weekend korang

Love,
Suria Amanda

Kuning Dan Coklat Cair Pilihan Suriaamanda

Hi korang..Alhamdulillah impian nak cat rumah dah terlaksana.. kali pertama tukar warna setelah 5 tahun lebih tinggal kat rumah baru ni..setelah kaler sebelum ni jadi agak kusam..fixture wall pun buat sikit so nampak modern skit...Kenapa aku pilih kaler Kuning?sajer nak play safe with the color since perabut Aku banyak kaler dark..so memang masuk kaler tu dengan perabot..Kali Ni pilih Cat yang kalu Anak2 conteng boleh Sapu balik..sebab musabab utama Aku cat rumah pasal dinding dh banyak corak grafik yg pelukis amatur dlm rumah aku tu tunjuk bakat...ikutkan geram je..tapi nama pun budak2 kan..marah macam mana pun tetap buat..





Sebenarnya Aku dh 2 minggu Tak balik tgok rumah..gambar ni semua dari whatsaap yg adik aku hantar..
So apa pendapat korang dengan warna baru rumah aku?OK Tak?

Aku nak pasang curtain kaler pepel nanti..Kuning ngan pepel memang serasi..

Love,
Suria Amanda

Overview Stats Blog Suriaamanda

Hi korang...aku teruja kejap bila belek-belek stats kat blog Aku ni...Takde niat nak bangga diri atau bermegah-megah..Cuma nak share jer dengan korang...pencapaian blog Aku sehari berapa pageviews...alaa..kat blogspot ni banyak la kiraan pageviews..cuba kat google analytics...sure tak mantap mana punya...Apapun aku bangga pencapaian sehari aku tu...bukan senang nak dapat jumlah pageviews 12k lebih dalam masa sehari..


Ada yang cakap ala..senang jadi blogger kalau content copy paste...Cuba buat la kalau senang..nak karang ayat bagi Menarik..bagi org rajin nak bertandang kat blog..nak buat entry berbayar..nak puaskan hati client..Ingat senang ke..semua nak kena fikir..Kang ayat over orang menyampah org kutuk..pas tu kecik hati kan..x kena masa kena plak viral...lg haru...semua tu nak diambil kira..Susah nak puaskan hati semua org..tapi kan satu je Aku nak bagi tau..kalau Tak sebab minat..Aku Tak blogging de..

Love,
Suria Amanda

Thursday, May 26, 2016

Lelaki Mandul Boleh Mengubah Takdirnya...


Dunia perubatan Kita Sekarang memang canggih..pelbagai kepakaran ada dalam dunia perubatan Sekarang..contohnya kejayaan Pembedahan teknik Spermatid memberi sinar Baru kepada pasangan yang telah berkahwin 6 tahun. Mereka berjaya mendapatkan zuriat melalui teknik tersebut.

Apa itu Spermatid?
Spermatid adalah sperma Pra matang. Spermatid diambil menerusi Pembedahan kecil di testis boleh disenyawakan dengan di sunrik ke dalam ovum pasangannya untuk menghasilkan embrio menerusi proses Suntikan Intra-saitoplasmik Sperma (ICSI)

Menerusi teknik perubatan moden,sperma Masih boleh dicari menerusi Pembedahan kecil ke atas testis. Terdapat Lelaki yang mempunyai sperma pramatang dan tidak dapat disenyawakan secara semulajadi kerana tidak mempunyai untuk bergerak
Menerusi teknik berikut kansungan akan dipantau sehingga lahir secara normal atau Pembedahan bagi membuktikan bayi sihat.

Dalam kes ini PrakashRao Sinniah menjadi Lelaki pertama di rantau Asia Pasifik mendapat zuriat menerusi teknik berkenaan...

Kepada kaum Lelaki yang mempunyai masalah Mandul, boleh mengunjungi Pusat Reproduktif Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia unruk mendapatkan khidmat atau penerangan tentang teknik Spermatid. Tak Salah kalau mencuba kan..

Love,
Suria Amanda

Step By Step Resepi Tom Yam Bangkok

Terasa nak makan tomyam sebijik macam kat bangkok tapi takda masa nak pegi Thailand?

Kau orang jangan bimbang, hakak akan kongsikan cara nak buat dia.

Nak buat Tomyam Bangkok Versi Humban atau campak - campak... Senang woih, tak pakai pes atau kiub tomyam langsung.

Moh kita ke dapur yok...

Tomyam Bangkok Versi Humban.


Bahan-bahannya ialah:

1kg udang - buang kepala.
500gm sotong - buang tulangnya. Kepala tak.
5 keping dada ayam dipotong kiub.
15 biji limau nipis
5 biji limau kasturi
5 biji tomato separa masak (yang tak berapa nak merah)
7 batang serai muda
5 inci halia muda
3 inci lengkuas
1 genggam cili padi
2 biji bawang besar Holland
1 batang lobak merah
19 helai daun limau purut
3 liter air.
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa.

Moh kita masak. Kau jangan nak main henpon sangatttt....letak tepi henpon tu...kasik focus...

Tengok gambarnya ya langkah2nya tau....

Step By Step...ikut..jangan nak derhaka...


Didihkan air guna periuk paling besar kau ada. Tak ada!! pi beli di kedai. Biasanya ada..menda korang kat rumah takde periuk...


Dah mendidih terus masukkan halia yang telah dihiris, bawang Holland dan lengkuas. Ha kenapa guna bawang Holland? Tak boleh ke bawang India? Baik dengar sini hakak nak bagi tau.. bawang India sesuai untuk masakan berempah macam kari, kurma dan sebagainya. Kalau masakan Thai, kau guna bawang Holland yang kuning tu. Ia lebih manis.

Kau tak percaya? ikut suka kau lah


Lepas tu guna bekas eskrim yang sama konon-konon lawa susun macam itu, masukkan dalam periuk bila bahan tadi tu dah mendidih. Itu ayam, udang dan sotong. Ngeri pulak tengok mata sotong tu memandang kita semua kan seolah olah berkata, "sampai hati kau nak makan aku."


Dah mendidih, kau buang sikit menda-menda macam lelemak yang naik ke atas. Biasanya menda ni rasanya agak pahit hujung-hujung. Masa hakak pergi belajar di Bangkok dulu, memang depa buang. Kita pun ikut. Kahkahkah...hakak dah cakap jangan derhaka kan...ikut jerk...heppp tutup mulut..jangan banyak bunyik.....


Yaaa berjumpa lagi bekas eskrim ini. Itu lobak dan tomato, potong macam itu. Kasi masuk semua dalam periuk.


Ini daun limau purut. Humban juga bersama perahan limau nipis dan limau kasturi. Tak sempat hakak ambil gambar tadi. Harap kau tak tanya ramai-ramai, mana limau mana limau? Matila nak menjawab tu karang


Lepas itu kau tumbuk cili padi dengan 2-3 juring bawang Holland sampai lumat. Humban lagi dalam periuk.


Dah mendidih, kau tabur daun ketumbar sikit. Renjis macam kau renjis pengantin guna tangan kanan, tangan kiri kau pegang senduk tu..ko ikut tak ni...ko jangan derhaka kang tak jadi Tomyam Bangkok ko...


Masukkan garam sambil muncungkan mulut kau berselawat. Semoga sedap...Selawat tau...bukan hakak suh jampi serapah...


Dah rasa semua cukup. Hidang ke laki kau. Kompom tak lari dan tak berpenyakit. Kau tak guna sikit pun pes atau kiub yang penuh dengan perasa tambahan yang bukan-bukan tu. Cewah. Haha matilah kena kecam.

Kalau kau nak ada rasa cili sikit, kau tumis cili kering sikit dan tambah dalam 1 sudu besar masa letak garam. Nanti ia akan merah dan lawa.

Kalau kau nak jadikan ia tomyam putih, dah tutup api kau tambah susu cair dalam 1 tin. Juga masukkan 1 sudu besar cili pes yang dah ditumis.

Senang tak? Selamat mencuba dan kongsilah sampai pengsan!


Credit Resepi Asal : RESEPI ABUAIN FB

Maaf la ye..ada yang aku tokok tambah dan aku copy bulat2 dari FB beliau...suka plak aku baca resepi selamba yang dia kongsikan..aku suka Tomyam Bangkok ni...sebab tu share kat sini...senang nak cari nanti...

Selamat mencuba ye korang...resepi ni pun sesuai untuk berbuka puasa nanti tau...