Thursday, April 7, 2016

Rindu Ainnul Dania Huda....

Hi korang...

Pernah tak korang alami apa yang aku alami..anak yang korang lahirkan yang korang timang dari kecik tetiba dah besar panjang sekelip mata....ye aku tak puas besarkan Dania dengan tangan aku sendiri..seawal umur Dania Setahun lebih aku dah bergelar ibu tunggal. Sejak tu aku harpkan Dania di jaga kedua ibu bapa aku..Mak Abah dan adik beradik aku yang ambik alih tugas aku sementara aku bekerja. Cari rezeki sebab aku bukannya di tinggalkan dengan harta dan wang ringgit yang banyak..sorang- sorang mencari rezeki.Nasib baik family aku membantu. Pagi aku kerja sampai pukul 11 malam ( PR Shopping Complex). Malam je aku dapat bergurau senda dengan Dania...
Tahun demi tahun sampai lah aku bertukar kerjaya, berhijrah ke KL semata- mata menambah pendapatan mencari rezeki untuk Dania dan kedua Ibu Bapa aku.Tahun demi tahun bersabar membanting tulang, cari rezeki, berbagai dugaan aku hadapi, jatuh sakit dan bangun semula, Pengorbanan demi pengorbanan aku lakukan sampai la sekarang...tup- tup anak aku dah menjadi anak dara, remaja yang membesar..hanya hujung minggu aku bersama Dania..itu la rutin aku saban tahun...
tohmahan demi tohmahan jangan cakap la..dah jadi makanan harian dah..tapi aku dah tak kisah...


Belek folder dalan PC terjumpa gambar Dania masa baby ni...ya allah rindunya aku saat ni..saat Dania baru berumur 6 bulan..


Masa ni berumur 9 tahun...


Dan sekarang dah 12 tahun

Sekejap je rasanya...

Sekejap aje dia dah bertukar menjadi anak dara...beberapa tahun lagi nanti dia menjadi milik sang teruna..dan akan berkeluarga...ya allah takutnya...aku dah la tak puas besarkan dia...nak lepaskan ke tangan orang lain lagi aku takut...

Haih jauh dah ni aku melamun...sebenarnya aku tengah stress...ada la masalah sikit kat tempat kerja..bestnya jadi macam korang yang hari2 duduk serumah dengan anak kan...how i wish to be like korang semua...cuma masa yang akan tentukan..aku menanti dan akan terus menanti sampai saat tu sampai...

Eh ok la...aku nak buat kerja...( sambil lap mata ngan tisu Premier..hahahah...neng yatimah aku ni..)

5 comments:

  1. Baca entry ni teringat entry you yang lama2 SA.. dah lama tak skodeng entry lama2 u..
    Kekuatan u itu jadi sumber inspirasi buat ai.. thanks for being my mental friend.. ;)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah Suria..
    Akhirnya nanti ada kebahagian buat Suria..
    Tabah dan redha menghadapi dugaan hidup ini..
    Akak pun sedih baca..
    Nak cari tisu juga ni..

    ReplyDelete
  3. Mak yang boleh kata besarkan anak2 sendiri (kecuali waktu kerja), pun tiba-tiba rasa anak2 dah besar. Malahan dah bercucu pun mak ni. Macam baru sahaja lagi rasanya lahirkan mereka. Tahu-tahu sekarang mereka kononnya lebih bijak dari mak dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan...

    ReplyDelete
  4. moga kebahgiaan menanti akak di hadapan...aamiin

    ReplyDelete
  5. Besar dah dania...makin manis tgk anak dara SA ni...alhamdulilah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......