Tuesday, April 5, 2016

Duit Hantaran Lebur,Pengantin Perempuan Lesap

 Pengantin Perempuan Bakal Disaman Malu

Hi Korang....ini lagi kesian..lagi sadis...terserlah kerugian berkali2 ganda...tak tahu nak kata apa dh sekarang ni..duit menguasai segala2..bukan bakal pengantin perempuan dh ni..ni penjenayah namanya..tak dapat aku bayangkan kalau aku yang kena macam ni...menyakitkan la..terus rasa nak kawen tu macam terkubur kejap..


TAMPIN - Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah.

Bakal pengantin itu terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu susulan telah menyerahkan wang hantaran  RM16,000 sebelum hari pernikahan.

Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.

Difahamkan, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Menurut sumber, bakal pengantin lelaki berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat  menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber berkata, bakal pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira- kira 3 kilometer dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu dan pada awal Mac lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.

Kata sumber, baki sebanyak RM3,000 lagi bakal diserahkan lelaki itu kepada bakal isterinya itu di hari mereka disatukan dengan ikatan akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.

Bakal pengantin lelaki difahamkan turut mengalami kerugian lebih RM30,000 berikutan sudah membuat pelbagai persediaan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang  mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi dari pihak bakal pengantin perempuan semalam tidak berjaya.

Kes melibatkan pasangan pengantin merupakan kes kedua berlaku dalam dua minggu ini. Sebelum ini hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak kesampaian selepas dia ditumbuk  ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, gara- gara tidak menyediakan wang hantaran RM15,000 yang mencukupi.

Kredit - www.mizisempoi.com

20 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI. KUNJUNGAN PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. err, yg ni kes pengntin lari pulak...aduyaii..mcm2,,

    ReplyDelete
  3. satu kes dah jadi, mulalah jadi trend,huishhhh

    ReplyDelete
  4. Hari itu kes bertumbuk hari ini kes lain pulak
    Macam-macam dah sekarang ni. Menakutkan betul.
    Baik tak payah tunang, terus nikah. Setel satu hari semuanya.
    Kesian yg terkena tu.

    ReplyDelete
  5. adoii kesian sgt. perangai cmnilah buat org lain trauma nak kawen :(

    ReplyDelete
  6. macma jadi trend pulak pasal hantaran ni

    ReplyDelete
  7. astaghfirullah...kenapalah boleh jadi mcm ni...
    lebur semuanya...huhu...

    ReplyDelete
  8. uihhh... mcm2... ni skrg masuk musim hantaran pulak ker... kat Malaysia ni kalau ade kes mesti bermusim dan berturutan...

    ReplyDelete
  9. pe la nak jadi skang.
    hal nikah kawin da jadik mainan.
    ia patut nyer jadik sesuatu yg dinantikan.
    yg dimuliakan. yg dihormati...

    ReplyDelete
  10. hot sgt isu hantaran skrg ni.. Allahu. Macam macam kejadian.

    ReplyDelete
  11. ish3.. ada jugak org mcm ni ye.. makin takut pulak nak kawen..

    ReplyDelete
  12. Kejam sangat ni siap larikan duit hantaran lagi. Biar lah kenal dulu mak pak semua baru decide kawen.. Aduhh sedih la dengar macam2 kes kawen ni..

    ReplyDelete
  13. Sekarang ni macam2 kes dah kat malaysia ni...sekejap isu tu isu ni..ni isu hantaran pulak dah..makin takit plak kita duk baca kisah2 ginj

    ReplyDelete
  14. Ttakut sekarang . Cam tu pun ada jugak..sebab tu kena kenali seseorang bukan dari luaran tapi agamanya, akhlaknya..

    ReplyDelete
  15. macam2 kes dah berlaku. ambil kesempatan atas kesempitan. ni memang tak patut. bukan kerana keikhlasan tapi kerana harta semata

    ReplyDelete
  16. Adoii kesiannya lahaii bila dengar kes macam ni kan.

    ReplyDelete
  17. Aish...kene buat vetting dulu ni sebelum jd menantu hehehhehe.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......